Friday, 10 July 2015

Permainan Percuma Yang Mampu Buatkan Anak-anak Terleka!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sumber: google images

Biasanya, zaman teknologi ni ramai yang belikan tablet sebagai mainan untuk biarkan anak-anak terleka. Sebenarnya, banyak kesan negatif jika terlalu dedahkan anak dengan tablet pada usia yang tak sepatutnya... Memang anak-anak terleka... tapi kesannya, otak mereka hanya tertumpu satu benda saja. Ada beberapa mainan percuma tanpa modal pun, tapi mampu buatkan anak-anak terleka dengan mainan tu. dan kita pun dapat buat kerja dengan senang dan mudah. 

Lampu suluh mini
Lampu suluh atau apa sahaja yang boleh keluarkan cahaya kecil... seperti laser pointer... Main dalam bilik sebelum tidur... Selimut dan suluh dia... dan main buka dan tutup lampu suluh tu berulang kali. Ini akan merangsang perkembangan otak dia agar dia faham, apa itu on and off, buka atau tutup lampu. 

Barang terbuang
Pemegang tisu gulung, kotak bijirin, perca kain, plastik bubble dan tisu boleh dijadikan bahan kreatif yang menarik seperti robot, orang mumia, teropong dan bermacam lagi. Daripada bahan-bahan tersebut dibuang ada juga manfaatnya diberikan kepada anak untuk merangsang kreativiti mereka. Dengan cara ini secara tak langsung kita dapat menghabiskan masa berkualiti dengan anak. Tapi jangan marah kalau rumah anda bersepah dengan bahan-bahan kreatif ciptaan anak anda ya! Biasanya kotak biskut, kertas tisu gulung, kain perca antara mainan yang biasa diberi untuk anak-anak cipta kreativiti mereka. 

Buih sabun
Kanak-kanak memang suka memerhatikan perbuatan orang tua mereka. Mereka gemar meniru kelakuan ibu ayah membuat kerja rumah. Tugas membasuh pinggan mangkuk di sinki dapur antara yang paling dinantikan oleh si kecil. Beri peluang mereka basuh sendiri cawan dan pinggan plastik. Peluang bermain air dan buih sabun memberikan mereka kegembiraan mengalahkan bermain permainan video di telefon pintar papa dan mama! Yang ni MF tak pernah bagi main lagi... sinki pun tinggi, tapi mandi kolam kertas atau kat bilik air pernah buat... memang tak nak masuk rumah la kan.. tapi sesekali je permainan ni.. Tak elok biarkan anak-anak di dalam tandas lelama kan.

Mangkuk dan senduk
Kanak-kanak memang suka pergi ke kawasan dapur terutama apabila ibu sibuk memasak di dapur. Agaknya mereka rasa di dapur ada banyak perkara yang boleh diteroka. Apa kata berikan sahaja si kecil bermain dengan sudu, sudip, mangkuk dan lain-lain lagi alatan yang selamat untuk mereka. Pasti si kecil khusyuk bermain meniru gaya ibu memasak dan yang pasti ibu juga mudah membereskan kerja. Yang ni memang biasa sangat. Sebab tu kalau mangkuk ke sudu ke, garpu kuali hilang...takde kat rak pinggan, tengok aje kat ruang tamu..mesti ada.,... 

Pakaian lama
Sesekali biarkan sahaja si kecil berimaginasi. Dengan memberikannya tudung, topi, kasut dan pakaian lama ibu dan ayah, alatan mekap ibu untuk anak perempuan, mereka boleh berangan untuk menjadi apa sahaja. Biarkan berseronok dan bereksperimen sepuasnya. Ia membantu kreativiti diri anak. Yang ni pun satu kemestian... ada aje digayakannya... 

Jika dilihat aktiviti di atas semua akan menyebabkan rumah bersepah dan lebih 10 kali sapu dan kemas rumah setiap hari. Tapi sabar dan biarkan.. biarkan anak-anak membesar ikut perkembangan mereka. Biarkan mereka berseronok dan berimiginasi... Untuk kemas, ajak anak kemas bersama.. itu pun satu aktiviti yang menyeronokkan juga. 

Sumber rujukan: Karangkraf

4 comments:

  1. lampu suluh tu memang betul sangt..sampai bila bangun tidur itu yang dia cari dulu..

    ReplyDelete
  2. bagus untuk perkembangan minda mereka :)

    ReplyDelete
  3. Sekarang ni umur anak baru 3 bulan. Saya guna botol air mineral kosong, letak beras sikit dekat dalam botol tu. Lepas tu bagi die cuba pegang dan control botol tu. bunyi beras dalam botol tu buat die excited

    ReplyDelete

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^