GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tips Ajar Anak Berpuasa!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Usia enam atau tujuh tahun adalah usia yang sesuai untuk ajar anak berpuasa. Pertama kali berpuasa memang anak-anak akan teruja tetapi mampukah mereka bertahan sehingga ke petang? Berikut beberapa tips untuk melatih anak berpuasa dengan jayanya.

Sebaiknya, latih anak-anak supaya makan dalam kuantiti yang sedikit dan ajar puasa separuh hari sebelum tiba bulan puasa supaya perut anak-anak tidak merasa terkejut. Apabila sudah biasa berlapar, anak-anak sudah boleh berpuasa penuh.

Untuk membuatkan anak-anak tidak terlalu memikirkan masalah lapar, luangkan masa bersama anak-anak dengan 'melalaikan' waktu mereka. Misalnya mengajak anak-anak menonton tv, membacakan buku cerita, mengaji, melakukan aktiviti yang tidak memenatkan dan membantu melakukan kerja-kerja rumah yang menyeronokkan.

Waktu berbuka puasa adalah waktu yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak. Sediakan menu kegemaran anak-anak sebagai ganjaran mereka berjaya menahan lapar sehingga petang. Untuk sahur pula, anda perlu rajin menyediakan masakan yang boleh membangkitkan selera anak-anak.

Sentiasa ingatkan pada anak-anak akan kelebihan berpuasa. Sekurang-kurangnya, mereka akan faham dan patuh akan kewajipan dan kebaikan berpuasa.  Jangan pula anda membiarkan anak-anak mula berpuasa sendiri, sudah tentu anda gagal mendidik kerana puasa perlu dipupuk dari kecil. 

Namun begitu, usah kecewa jika latihan kali pertama tak berjaya puasa penuh... kerana bukan mudah nak biasakan diri dengan perut kosong. MF sendiri mula puasa penuh tingkatan satu... Sekolah rendah memang tak puasa.. puasa sikit je dah semput... jadi, mak MF tak bagi puasa penuh. 

Kewajipan yang wajib ditekankan kepada anak-anak kecil ialah Solat... pasti solat mereka cukup dan sempurna.. kemudian secara perlahan ajar anak puasa. Moga Allah permudahkan proses kita medidik anak supaya menjadi anak yang soleh solehah.

Rujukan: Majalah PaMa

4Ulasan

  1. setuju tu..ida pun sedang usahakan ajar yg terbaik utk ank solat..thn dpn dh tadika..nnti die akn bljr skit2 dr sekolah insyaallah

    BalasPadam
  2. ajar anak-anak solat dulu baru ajar berpuasa. insyaALLAH kalau sy dah kawen dan ada anak, sy amalkan benda yg sama. Doakan sy MF

    BalasPadam
  3. alhamdulillah :)
    usaha aida utk ajar anak2 dara berpuasa ok.
    and mereka pun mampu, tanpa dipaksa...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ