GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tak Pernah Puas!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Hati tak pernah puas

Hidup kita kalau terlalu memikirkan dunia, pastikan rasa tak puas kan... 
Jika setiap hari fikirkan apa yang nak kita dapat tanpa fikirkan apakah yang kita dapat tu dapat jadi bekalan akhirat atau tak..maka kita tak kan pernah rasa puas... nafsu kita akan sentiasa meminta dan meminta... tambahan jika lihat apa yang ada..hati lagilah merasa tak sempurna... 

Manusia ini sifatnya tamak… bahkan ketamakan manusia ini kata Allah, kalau diberi segunung atau selembah emas, dia tetap mahukan dua tiga gunung dan lembah lagi. Manusia juga selalu lalai..waktu susah doanya merintih tangis mohon belas kasihan Allah, tapi bila terlepas daripada kesusahan dan kesempitan, doanya ala kadar sahaja. Masanya disibukkan dengan perkara lain. Waktu susah cakapnya merendah bila dah senang cakapnya tinggi melangit..Itulah yang dinamakan manusia. Sedikit amat yang benar-benar menyedari segalanya hanya sementara.

Banyakkan bersyukur dan lihat orang yang lebih susah dari kita... 
Letakkan akhirat tujuan utama..
Muhasabah diri setiap hari, apakah perbuatan, perkataan dan hati kita setiap hari itu dapat jadi bekalan di akhirat sana.. 

2Ulasan

  1. MashaAllah ...
    btw mcm mne nak letak related post tu ye..hehe newbies

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya guna responsive template.. Dah memang tersedia.. Tapi utk letak widget related post...boleh guna linkin within atau outbrain.

      Padam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ