Review Blog Pemenang GA GMBM | Dunia Shida

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Blog kedua MF review... 

Blogger Shida Radzuan Siapa tak kenal.. blogger yang terkenal.. yang pernah buat GA dan segmen gempak... serta seorang blogger yang popular dengan design dan printing.

Tiada apa yang mampu MF komen dengan blog Shida ni.. sebab blognya memang awesome.. dah terbaik dah... kandungannya pun mantap.. hah! sesiapa blogger baru atau lama yang nak belajar pasal nuffnang dan cara nak buat duit dengan nuffnang... rajin-rajin kutip ilmu kat blog shida ni.. MF pun belajar dari blog shida ni tau. 

Shida salah seorang blogger yang menjana duit dari berblog... caranya dari nuffnang, design dan print kad raya.. sesiapa nak tempah boleh la lawat blog dia ya... designnya memang terbaik.. Selain tu, Shida juga buat review produk... Sewa tapak iklan di blog dan juga advertorial... Pastinya memang Shida seorang blogger yang hebat... 

Shida pernah menyepi seketika dalam dunia blog akhir tahun lepas hingga awal tahun ini.. Tapi kembali aktif dengan design dan tempahan cetak kad rayanya... Ramai blogger dah tempah dengan Shida.. 

Sebenarnya tak banyak MF boleh nak komen pasal blog Shida..sebab dah ok sangat blog dia... Widgetnya pun tersusun cantik dah.. Loading blog sederhana.. Tapi kandungan blognya dah ok... 

Tahniah buat shida... Blog yang terbaik... Dan mungkin boleh aktifkan diri lagi lepas ni dalam dunia blogger.. Terima kasih juga atas ilmu nuffnang yang Shida kongsikan... Terima kasih atas cenderahati yang Shida berikan... Hah.. Kalau nak tahu Shida ni ringan tangan... Rajin post cenderahati kepada blogger yang rajin komen kat blog dia... MF pun pernah dapat juga... Setakat ni dua magnet fridge dan bisnes kad... Dan paling best pernah menang selendang dari Red Delima masa join contest Shida anjurkan... Alhamdulillah...  

Tahniah lagi sekali ye Shida... Moga terus maju dalam dunia nyata dan dunia blog juga.. Klik banner di atas untuk terus ke blog Dunia Shida.


P/s: Sorry kalau entry review ni melalut sikit... Haha.. Review blogger yang hebat dari kita memang camnilah gayanya... 


Post a Comment

3 Comments

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^