GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

PERINGATAN KETIKA BERHIAS!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

sumber: google images

🎀🎀Boleh dikatakan hampir kesemua kaum wanita suka berhias. Kebanyakkan kaum wanita gemar berhias apabila hendak keluar rumah  dan hanya segelintir yang berhias ketika berada di rumah.

💌💌Alasan yang lazim didengari ialah supaya penampilan kelihatan lebih kemas, cantik dan menarik kerana itu melambangkan keperibadian seseorang wanita, tetapi jarang benar jika tujuan untuk menjaga kehormatan sebagai wanita muslimah.

Berhias supaya kelihatan cantik tidaklah dilarang kerana ibnu mas’ud r.a melaporkan,
Rasulullah SAW bersabda;
 “Sesungguhnya ALlah SWT itu indah dan mencintai keindahan.”

Manakala Ibnu Al-Handhalliyah melaporkan.
Rasulullah SAW bersabda;
“Kalian akan mendatangi saudara-saudara kalian, kerananya perbaikilah kenderaan kalian, dan pakailah pakaian yang bagus sehingga kalian menjadi seperti tahi lalat di tengah-tengah umat manusia. Sesungguhnya Allah tidak menyukai sesuatu yang buruk.” - Hadis Abu Dawud & Al-Hakim

📝📝Berpandukan kepada hadis tadi, Islam menggalakkan umatnya supaya sentiasa berpenampilan elok. Manakala, tidak menjadi kesalahan apabila seseorang perempuan sentiasa berhias asalkan menjaga kehormatan, tidak menunjuk-nunjuk, dan berlebih-lebihan dalam berhias serta tidak melampaui batas yang disyaratkan.

📮📮Berhias bagi kaum wanita selagi tidak bertentangan dengan syarak yang dituntut dalam islam. Sebagai contoh, Allah SWT memerintahkan agar manusia memakai perhiasan setiap kali pergi ke masjid, sebagaimana ditegaskan dalam Al-Quran surah Al-A’araf ayat 31 yang bermaksud; “Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) mesjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.”

💈💈Bagaimanapun, dalam Islam sudah ditetapkan garis panduan yang menentukan bahan-bahan perhiasan yang boleh dan yang tidak boleh digunakan, atau dipakai sama ada lelaki dan perempuan.
💍💍Berhias juga termasuk dalam kategori menhaga kebersihan badan dan sewajarnya seorang wanita menjaga kebersihan tubuhnya.

👤Daripada Abu Hurairah r.a menceritakan;

“Daripada Abu Rofi’, ia berkata, bahawa Rasulullah SAW pada suatu malam berkeliling mengunjungi beberapa isterinya (untuk menunaikan hajatnya), maka beliau mandi setiap kali keluar rumah isteri-isterinya. Maka Abu Rofi’ bertanya, “Ya Rasulullah, tidakkah mandi sekali saja?” Maka jawab Rasulullah SAW, “Ini lebih suci dan lebih bersih.” - Hadis Ibnu Majah dan Abu Dawud.

📌📌Dalam erti kata lain berhias yang dimaksudkan ialah memotong kuku, mencukur bulu kemaluan, berkhitan, menipiskan misai, mencabut bulu ketiak serta menjaga kebersihan mulut seperti berkumur dan menggosok gigi. Dalam hal ini, Rasulullah SAW berpesan, “Seandainya tak memberatkan umatku, nescaya aku akan memerintahkan kepada mereka untuk bersiwak setiap kali akan solat.” - Hadis Bukhari & Muslim

💇Rambut merupakan mahkota bagi kaum wanita dan sebagai muslimah, menjaga keindahan dan kebersihan rambut sangat digalakkan sebagaimana pesanan Rasulullah SAW katanya; “Barang siapa yang memiliki rambut maka hendaklah dia memuliakannya.” - Hadis Abu Dawud

💇Selain rambut, kebersihan pakaian perlu juga diutamakan kerana islam amat tidak menyukai orang yang berpakaian kotor sedangkan mereka mampu mencucinya. Ketika hendak bersolat, islam mensyaratkan supaya berpakaian bersih kerana kebersihan itu melambangkan kesucian hati💗 seseorang.

❄❄Dalam hal berhias, ada 3 kategori yang perlu diambil perhatian oleh kaum wanita iaitu;
1. Berhias untuk suami.
2. Berhias di hadapan wanita dan lelaki yang haram dinikahi.
3. Berhias di hadapan lelaki yang bukan muhrim.

Islam tidak melarang keinginan umatnya untuk berhias supaya kelihatan cantik dan kemas dipandang, bagaimanapun ini tidak bermakna mereka bebas berhias mengikut keinginan atau selera sendiri sedangkan Islam sudah menetapkan syarat-syarat berhias.

Syarat-syarat yang ditetapkan juga bukan bertujuan untuk menyekat tetapi untuk mengelakkan daripada terjebak dengan sifat sombong, bermegah-megah, pembaziran dan sebagainya.

Bagi kaum wanita yang suka berhias, mereka masih dibolehkan berhias asalkan tidak mengorbankan maruah sebagai wanita muslimah. Sebagai contoh apabila wanita memakai tudung, walaupun sudah menutup aurat tetapi tudung tidak harus dihiaskan dengan pelbagai hiasan yang dapat mengundang rasa riak dan sombong.

🌷Kerana bidadari tempatnya di syurga🌷

Sumber: Facebook

4Ulasan

  1. yang selalu wanita leka dan memandang remeh

    BalasPadam
  2. berhias secara sederhana.
    betu tu maria, jgn sampai dtg nyer riak !!!

    BalasPadam
  3. terima kasih atas perkongsian
    ye skg ni orang menutup aurat bknnye utk mnjaga maruah
    lebih kepade fesyen pon..
    ade yang melebih2 berhias

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ