GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kisah Pelita Si Buta!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Pada suatu malam, seorang buta minta diri untuk pulang dari rumah sahabatnya. Sang sahabat membekalkannya dengan sebuah pelita minyak yang ditutupi kaca (untuk elak api pelita tersebut terpadam).

Melihat hal itu, orang buta tersebut ketawa terbahak dan berkata, "Buat apa saya bawa pelita? Kan sama saja buat saya! Saya boleh pulang juga."

Dengan lembut sahabatnya menjawab, "Ini agar orang lain boleh melihat kamu, biar mereka tidak melanggarmu." Akhirnya orang buta itu bersetuju untuk membawa pelita tersebut.

Tak berapa lama dalam perjalanan, seorang pejalan melanggar si buta. Dalam keadaan dia terkejut, ia mengomel, "Hei, kamu kan punya mata! Beri jalan buat orang buta!" Tanpa berbalas sapa, mereka pun saling berlalu.

----- *** -----

Kemudian orang buta tersebut meneruskan perjalanan. Tak berapa lama, seorang pejalan lainnya melanggar si buta. Kali ini si buta bertambah marah, "Apa kamu buta? Tidak boleh lihat ya? Aku bawa pelita ini supaya kamu boleh lihat!"

Pejalan itu menuduh, "Kamu yang buta! Apa kamu tidak lihat, pelitamu sudah padam!"

Si buta terpegun. Menyedari keadaan itu, orang yang melanggarnya meminta maaf, "Oh, maaf, sayalah yang 'buta', saya tidak melihat bahawa anda adalah orang buta."

Si buta tersipu menjawab, "Tidak apa-apa, maafkan saya juga atas kata-kata kasar saya." Dengan tulus, orang yang melanggar si buta itu tadi membantu menghidupkan kembali pelita yang dibawa si buta. Mereka pun meneruskan perjalanannya masing-masing.

----- *** -----

Dalam perjalanan selanjutnya, ada lagi pejalan yang melanggar orang buta tersebut. Kali ini, si buta lebih berhati-hati, dia bertanya dengan santun, "Maaf, apakah pelita saya padam?"

Orang yang melanggarnya menjawab, "Laa, saya ingin bertanyakan perkara yang sama."

Senyap sejenak. Secara serentak mereka bertanya, "Apakah anda orang buta?"

Secara serentak pun mereka menjawab, "Iya.," Sambil meledak dalam tawa, mereka pun berupaya saling membantu mencari kembali pelita mereka yang berjatuhan selepas berlanggar.

----- *** -----

Ketika mereka sedang mencari pelita mereka, seseorang lalu. Dalam keremangan malam, nyaris saja ia melanggar kedua orang yang sedang mencari-cari pelita tersebut. Ia pun berlalu, tanpa mengetahui bahawa mereka adalah orang buta. Timbul fikiran dalam benak orang ini, "Nampaknya saya perlu membawa pelita, jadi saya boleh melihat jalan dengan lebih baik, orang lain juga boleh ikut melihat jalan mereka."

Refleksi Hikmah:

Pelita melambangkan terang kebijaksanaan. Membawa pelita bererti menjalankan kebijaksanaan dalam hidup. Pelita, sama halnya dengan kebijaksanaan, melindungi kita dan pihak lain dari pelbagai aral rintangan (perlanggaran!).

Si buta pertama, mewakili mereka yang terselubungi kegelapan batin, keangkuhan, kebebalan, ego, dan kemarahan. Selalu menunjuk ke arah orang lain, TIDAK SADAR bahwa LEBIH BANYAK JARINYA yang menunjuk ke arah dirinya sendiri. Dalam perjalanan "pulang", ia belajar menjadi bijak melalui peristiwa demi peristiwa yang dialaminya. Ia menjadi lebih rendah hati kerana menyedari kebutaannya dan dengan adanya belas kasih dari pihak lain. Ia juga belajar menjadi pemaaf.

Orang pertama yang melanggar si buta, mewakili orang-orang pada umumnya, yang kurang kesedaran, yang kurang peduli. Kadang, mereka memilih untuk "membuta" walaupun sebenarnya mereka boleh melihat.

Orang kedua yang melanggar si buta, mewakili mereka yang seolah bertentangan dengan kita, yang sebetulnya menunjukkan kekeliruan kita, sengaja atau tidak sengaja. Mereka boleh menjadi guru-guru terbaik kita. Tak seorang pun yang mau jadi buta, sudah selayaknya kita saling memaklumi dan saling membantu.

Orang buta kedua, mewakili mereka yang sama-sama gelap batin dengan kita. Betapa sukarnya menyalakan pelita kalau kita bahkan tidak boleh melihat pelitanya. Orang buta sukar membantu orang buta lain. Itulah pentingnya untuk terus belajar agar kita menjadi makin celik, semakin bijaksana.

Orang terakhir yang lalu, mewakili mereka yang cukup sedar akan pentingnya mempunyai pelita kebijaksanaan.

Sudahkah kita "menyalakan" pelita dalam diri kita masing-masing? Jika sudah, apakah nyalanya masih terang, atau bahkan hampir padam? JADILAH PELITA, bagi diri kita sendiri dan sekitar kita.

Sumber: Kisah Islami

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ