GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Isu: Susah Nak Dapat Bantuan Zakat???

Isu hangat diperkatakan di media sosial terutamanya di facebook.  Kisah seorang pak cik yang oku mempunyai tiga anak kecil yang bersekolah. 

Bila baca kisah pak cik ni... Membuatkan MF turut merasa peritnya dia mohon bantuan zakat. Bila baca keyboard worrior punya komen lagi lah... Tapi antara yang MF lihat... Keyboard worrior marahkan pemimpin yang tak jalankan tanggungjawab seperti ketua kampung atau ahli parlimen.  Tambahan pula ahli parlimen pun bagi komen macam menyalahkan pak cik tu... Tu yang buatkan orang ramai lagi marah tu.. Nak baca kisah tu? Boleh rujuk kat web Astro Awani.

Kebetulan juga kisah ni lepas MF baca satu kisah pasal mohon bantuan zakat oleh seorang blogger. Blogger ni layak dibantu sebab suaminya oku dan dia sendiri ada penyakit buah pinggang yang memerlukan rawatan heomodalisis. Dia mohon zakat... Tapi berbulan-bulan ditunggu rupanya borang permohonannya hilang... Dah hantar kat pusat zakat tapi dihilangkan... Pastu kena buat balik... Kalau kena kat diri kita... Apa kita rasa.

Tak kurang juga yang nak sebelahkan pusat zakat dan majlis agama... Ya kita tahu... Tak patut kita kata yang bukan-bukan pada pusat zakat dan majlis agama... Tapi kata-kata tu ada benarnya... Nak suruh g tegur bebaik... Hahaha... Buat lawak lah... Ada berani ke nak pergi pejabat agama atau pusat zakat tegur.. Suruh buat kerja bebaik...  Setakat nak cakap memang boleh la kan..

Sebab tu lah zaman sekarang orang guna medium media sosial untuk isukan perkara sebegini... Barulah pemimpin dan segala pentadbir tengok dan celik mata...

Ini hanya pendapat peribadi MF... Selama mf bekerja guru.. MF juga terlibat dengan kebajikan pelajar... Sebab MF juga guru kebaikan.. Duit zakat ada yang disalurkan ke sekolah-sekolah untuk diberikan kepada golongan pelajar yang memerlukan.

Sebenarnya bukan satu perkara mudah nak cari pelajar yang layak terima zakat ni. Segala datanya perlu valid dan tepat.. Perlu selidik latar belakang... Dan ada cikgu pergi sendiri ke rumah pelajar sebab nak tengok sendiri keadaan pelajar seperti yang dilaporkan. Bukan mudah ye nak cari pelajar yang betul-betul susah. Sekadar tengok borang memang tak valid sebab bab gaji, bab kewangan boleh ditipu.

Jadi, pendapat MF bagi kes pak cik ni... Dia tak salahkan pusat zakat. Cuma dia bagitau dan gunakan media untuk dedahkan hal sebenar... Tapi bagi pusat zakat pun... Tak semuanya tak bagus... Cuma segelintir tu lah yang memburukkan pusat zakat.

Sebenarnya yang bekerja dan menguruskan amanah ni kena betul amanah. Jika buat sambil lewa memang akan jadi isu lah.

Gambar kat atas tu status MF di facebook... Hmm... Memang kita lebih puas hati jika serah zakat atau fidyah kepada orang yang benar-benar layak... Bukan sebab tak yakin dengan pusat zakat... Tapi sebenarnya itulah sebaiknya digalakkan dalam perlaksanaan zakat Islam. Cari sendiri yang fakir dan yang miskin atau anak yatim...

Duit zakat kita bayar...takut ada yang tak amanah dan tak serah pada yang selayaknya.. Hmmm... Harap pihak majlis agama dan pusat zakat lebih telus bab-bab macam ni.. Memang ramai sangat yang susah... Yang sakit dan kurang dapat perhatian... Dah didedahkan media baru ada yang datang... Sepatutnya kena amal macam zaman khalifah dulu... Pemimpin yang turun padang cari penerima yang layak dapat zakat.. Bukan orang tu yang pergi mohon.

Rasanya isu ni bukan masalah nak malukan pusat zakat... Tapi peringatan untuk kita semua... Amanah dalam apa jua kita buat...


4Ulasan

  1. saya pernah mintak bantuan zakat terengganu bawah bahagian belajar... sambung master..
    application senang.. kena interview... n bila lulus, tak tunggu lama, zakat dah di bank-in....

    masa kecik2 dulu pun, keluarga selalu terima duit zakat sebabnya ayah saya meninggal, mak tak kerja dan ada yang masih belajar...
    kami tak perlu pergi bahagian zakat sebab dulu jkkk and orang masjid akan datang rumah.... Alhamdulillah...
    secara jujurnya, kami tak perlu ke sana-sini, bantuan yang sampai dekat kami..

    sekarang dah tak layak terima bantuan zakat sebab kehidupan dah tak macam dulu... :)


    .

    BalasPadam
  2. yang suruh pergi tegur kakitangan pusat zakat secara face to face tu pernah terbaca statement blogger popular padahal dia nak mengkritik sistem kerajaan pun dia guna media sosial tapi bila kena pihak yang bagi publisiti pada dia ada jer alasan nak membetulkan pihak tu.. Zaman sekarang semua kena jadi viral baru ada action. Sebab tu orang guna media sosial.. bukan salah media sosial sebab sebelum ni banyak orang selayaknya dapat bantuan zakat terpinggir atau meminggirkan bantuan zakat sebab prosedur yang agak cerewet maybe susah untuk mereka penuhi... mudahkan prosedur.. mudahkan urusan & pihak zakat sila rajin keluar cari orang susah bukan time nak kutipr jer rajin letak meja tepi kaki lima.

    BalasPadam
  3. Betulku..mber ofis akak yg baru kematian suami..mempunyai 3 org anak yg masih kecil apply pun x dapat...padahal bukannya bergaji tinggi kot

    BalasPadam
  4. semoga system bantuan zakat ni dapat diperbaiki supaya mereka yang layak dapat bantuan yang sepatutnya.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ