GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Ringan Disebut, Berat Ditimbang!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Dari Abu Hurairah RA katanya, Nabi SAW bersabda: 'Dua kalimah yang amat dikasihi Allah Yang Maha Pemurah, ringan disebut lidah dan berat timbangannya (pahalanya) iaitu; Maha Suci Allah dan dengan kemuliaan-Nya, Maha Suci Allah Yang Maha Besar (Hadis Riwayat: al-Bukhari)

Huraian Hadith: 
  • Zikir dalam ertikata sebenarnya adalah suatu cara untuk menyebut, mengingat dan mendekatkan diri kapada Allah. Maka segala aktiviti yang tujuannya menyebut, mengingat dan mendekatkan diri kepada Allah dinamakan zikir, seperti solat juga dinamakan zikir. Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku ( Tahaa: 14 ). Namun begitu pengertian zikir yang lebih spesifik adalah menyebut nama Allah dengan lisan dan hati. Berzikir dengan lisan dan hati adalah perintah Allah yang mempunyai manfaat yang sangat besar di dunia mahupun di akhirat kelak. 
  • Firman Allah yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya ( Al Ahzab:41) 
  • Berzikir adalah suatu cara untuk mendekatkan diri hamba kepada Tuhannya. Apabila seorang hamba sudah dekat dengan tuhannya maka segala hajat yang diminta dan diinginkannya pasti termakbul sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah saw dalam hadith Baginda yang bermaksud: Dan Aku bersamanya bila ia berzikir ( HR.Muslim ).
Sumber: JAKIM

Jom amalkan zikir.. mudah, murah dan paling senang... Bila lidah selalu sebut kalimah Allah dan zikirullah..insha Allah, Allah pelihara lidah kita dari mengumpat dan mengata orang lain serta bercakap dan berbual perkara yang sia-sia... sambil buat kerja zikir, dalam bas zikir... sambil tengok handphone pun boleh zikir... mudah kan... itulah amalan paling ringan tapi berat timbangan pahala di sisi Allah..

3Ulasan

  1. In shaa Allah akan sentiasa diperingatkan diri ini utk menjadi amalan. Thanks sharing peringatan MF

    BalasPadam
  2. InsyaAllah..cuba diamalkan sekerap mgkin

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ