GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hukum Pakai Gelang Berloceng!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

loceng

Hukum Pakai Gelang Berloceng! | Sengaja atau tidak, kebanyakan wanita hari ini bergelumang dengan dosa tanpa disedari. Mungkin ramai yang sudah menyedari memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuh dan memakai wangian adalah berdosa tetapi memakai aksesori seperti gelang kaki dan tangan berloceng adalah tidak mengapa.

Adakah haram memakai gelang kaki dan apakah hukum memakai aksesori yang mengeluarkan bunyi ini?

Menerusi firman An-Nur: 31, jelas menunjukkan para wanita tentang tertib berpakaian seperti yang dituntut dalam Islam. Apabila memperkatakan tentang tertib, wanita perlu berhati-hati dalam berfesyen supaya dapat mengelak perhatian yang bukan mahram melihatnya sehingga menimbul fitnah.

Oleh disebabkan itu, Allah SWT melarang wanita berjalan hentak-hentak kaki dan mengeluarkan bunyi. Jika anda memakai gelang kaki berloceng, semestinya anda menghasilkan bunyi, bukan? Maka, ia boleh menarik perhatian dan minat lelaki yang bukan mahram.

Tegahan ini telah dibuatkan di dalam Kitab Bahrul Mazi, memakai loceng adalah ditegah oleh syarak kerana bunyi loceng itu menyebabkan tiada malaikat Rahmat mendekatinya. Penegasan ini berdasarkan kepada Hadis Rasulullah yang bermaksud :
“Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng” (Riwayat Tarmizi)

Larangan ini termasuk gelang tangan yang berloceng. Mungkin ada yang bertanya, bolehkah memakai gelang kaki dan tangan yang tidak mempunyai loceng?

Boleh kerana ia tidak mendatangkan masalah kerana ia tidak berbunyi dan tentunya tidak dapat menarik perhatian orang lain. Lebih-lebih lagi, aksesori ini tersembunyi di sebalik pakaian anda.

Walau apa pun, semuanya bergantung pada niat. Jika anda memakai dengan niat untuk menunjuk atau menarik perhatian yang bukan mahram maka ia berdosa. Sebaiknya, kecantikan bukan terletak pada aksesori tetapi akhlak!
Source: Majalah I

SEDERHANA ITU LEBIH INDAH DAN MEMPERSONAKAN!!!

3Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ