GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

8 Ganjaran Buat Isteri Solehah!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Isteri solehah impian semua para wanita mukminah yang bergelar isteri... Cabaran menjadi wanita dan isteri solehah di akhir zaman sangat hebat kerana perlu berlawan dengan nafsu dan hasutan syaitan serta orang sekeliling... Namun, disini MF nak kongsikan 8 Ganjaran dan Pahala Bagi Isteri Solehah... Supaya kita lebih bersemangat untuk cuba menjadi isteri solehah di akhir zaman. 

“Sekali suami minum air yang disediakan oleh istrinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun...!!!” (Hadis Riwayat Muslim)

“Makanan yang disediakan oleh istri kepada suaminya lebih baik dari istri itu mengerjakan haji dan umrah...!!!” (Hadis Riwayat Muslim)

“Mandi junub si istri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin...!!!” (Hadis Riwayat Muslim)

“Apabila istri hamil ia dicatatkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad...!!!” (Hadis Riwayat Muslim)

“Pemeliharaan yang baik terhadap anak² adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)...!!!” (Hadis Riwayat Muslim)

“Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang istri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya...!!!” (Hadis Riwayat Muslim)

“Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga...!!!” (Hadis Riwayat Tarmizi)

“Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang di fardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana² pintu yang ia suka...!!!” (Hadis Riwayat Muslim)

Indahnya ganjaran yang Allah sediakan untuk isteri solehah. Moga kita berusaha dan istiqamah untuk jadi wanita solehah akhir zaman... 

3Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ