GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

10 Tips Pilih Daging Ayam!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

sumber: google images

Tinggal di bandar susahnya nak dapatkan ayam segar kan.. walaupun kat pasar tani atau paar borong.. susah nak cari ayam segar sebenarnya.. kalau ada mahal la pula.. MF pernah terkena sekali beli ayam lama...dan pernah kena keracunan makanan akibat makan ayam lama... Fuh.. fobia juga nak makan ayam.. sekarang ni kami beli filet daging ayam je... tak beli lagi ayam seekor.. 

Namun, tips-tips berikut boleh dijadikan panduan untuk kita memilih daging ayam yang selamat bebas dari keracunan makanan.. insha Allah...

WARNA
Apabila anda membeli ayam segar di pasar basah atau pasar raya, perhatikan warna dagingnya. Daging ayam yang masih baik kelihatan lebih segar dan memiliki kulit yang berwarna merah. Jika warna daging ayam kelihatan biru, berkemungkinan daging ayam sudah busuk. Perhatikan juga keadaan daging ayam sama ada bersih atau tidak.

BAU
Tidak salah jika anda menghidu bau daging ayam itu sendiri. Daging ayam yang masih segar tentunya memiliki aroma daging yang segar dan semulajadi. Jika terdapat bau yang kurang menyenangkan dan lendir, usah membelinya walaupun ramai yang beratur seakan berminat untuk membeli.

TEKSTUR
Sebagai pembeli, anda berhak memeriksa tekstur daging ayam dengan menekan dagingnya. Daging ayam yang segar mempunyai mempunyai pembuluh darah di sekitar leher dan kepak. Malah daging ayam segar lebih kenyal dan tidak lembik apabila ditekan dengan jari. Apabila daging menjadi lembik apabila ditekan, ia memang daging ayam yang sudah lama.

CARA SELAMAT:
  1. Sebaik saja membeli daging ayam, cuci segera dengan bersih kerana ayam yang dijual adalah terbiar tanpa ais.

  2. Ada petua mencuci daging ayam menggunakan tepung atau asam jawa untuk mengelakkan bau hanyir.

  3. Sebaiknya simpan di dalam bekas tertutup di dalam peti ais.

  4. Suhu simpanan ayam bagi bilik sejuk (cold room) ialah -15 darjah Celcius, Ikan -18 darjah celsius, Daging segar -5 darjah celcius. 

  5. Jika anda membeli ayam sejuk beku (frozen), pastikan ayam tersebut dibungkus rapi dan tidak mempunyai bahagian ayam yang telah lembut dan cair dari pembekuan.

  6. Elak menyimpan kembali di dalam peti sejuk untuk pembekuan semula kerana proses ini menggalakkan pembiakan bakteria yang bahaya seperti salmonella akan menjadi sangat aktif apabila tiba-tiba suhu kepanasan berubah tinggi.

  7. Jangan cairkan ayam beku pada suhu bilik (Room Temperature)  iaitu membiarkan cair didalam sinki atau pun didapur. Kecairan (deforosting) perlu dilakukan didalam peti sejuk bahagian dingin (refrigerator).

  8. Ayam yang segar perlu masak selepas 12 jam di sembelih dan dibersihkan.

  9. Ayam segar sekiranya disimpan dalam peti sejuk perlu digunakan dalam tempoh dua hari saja.

  10. Beli jumlah ayam yang hanya perlukan untuk masak. Jangan simpan ayam sejuk beku yang dibeli di pasar raya dalam keadaan lembut atau cair.  Sekiranya ingin  membeli untuk simpan, beli yang sedia telah dibekukan.

10Ulasan

  1. tips yang bagus maria..sebelum ni tak tau pun pasal cara penyimpanan daging frozen.lebih suka beli yang tak dibekukan lagi tu

    BalasPadam
  2. Salaam mf.. Thanks sharing tips.. Kt Paka Alhamdulillah, masih senang dan byk utk dptkn ayam..

    BalasPadam
  3. bagus tip ni..aad setengah tu cam takleh elak je

    BalasPadam
  4. info terbaik.. terima kasih.. memang susah nk crik y segar..

    jom join --> http://ridmasrm.blogspot.com/2015/05/tangkap-gambar-like-post-dan-share.html

    BalasPadam
  5. wah bagus tips ni.. boleh lah diamalkan klu pilih ayam nti..:)

    BalasPadam
  6. Terima kasih atas perkongsian ini...
    Bagus buat panduan...

    Jemput singgah ke blog saya:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com

    BalasPadam
  7. memang kena amek tahu ni sebab setiap minggu memang beli ayam..thanks share tips

    BalasPadam
  8. Thanks sharing MF.. mmg kita perlu tahu perkara2 mcm ni..

    BalasPadam
  9. Cn duk kg je,mmg xde masalah cr ayam fresh

    BalasPadam
  10. thanks sharing... perkongsian menarik..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ