GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

10 Kelebihan Hari Jumaat!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
sumber: google images

1. Bahwasanya ia adalah sebaik-baik hari.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa Salam Baginda bersabda,

خير يوم طلعت عليه الشمس يوم الجمعة فيه خلق آدم وفيه أدخل الجنة وفيه أخرج منها ولا تقوم الساعة إلا في يوم الجمعة

"Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya (hari cerah) adalah hari Jumaat, (kerana) pada hari ini Adam diciptakan, hari ini pula Adam dimasukkan ke dalam syurga dan dikeluarkan darinya, dan tidaklah akan datang hari kiamat kecuali pada hari Jumaat 'at ."(HR Muslim).

2. Hari ini mengandung kewajiban solat Jumaat
Kewajipan solat Jumaat merupakan sebesar-besar kewajiban Islam yang paling ditekankan dan seagung-agungnya berhimpunnya kaum muslimin. Barangsiapa meninggalkannya (menunaikan solat Jumaat) kerana meremehkannya, nescaya Allah tutup hatinya sebagaimana di dalam hadis sahih yang diriwayatkan Muslim.

3. Terdapat waktu yang orang berdo'a di dalamnya di ijabah i (dikabulkan).

Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda,

إن في الجمعة ساعة لا يوافقها عبد مسلم وهو قائم يصلى يسأل الله شيئا إلا أعطاه إياه

"Sesungguhnya di dalam hari Jumaat ini, ada suatu waktu yang tidaklah seorang Muslim menemuinya (hari Jumaat) sedangkan ia dalam keadaan berdiri sholat memohon sesuatu kepada Allah, melainkan akan Allah berikan padanya ."( Muttafaq 'alaihi )

Ibnul Qayyim berkata setelah menyebutkan adanya perselisihan tentang penentuan spesifikasi waktu ini, "Pendapat-pendapat yang paling rajih (kuat) adalah dua pendapat yang keduanya terkandung di dalam sebuah hadis yang tsabit (sahih). Yaitu, Pendapat pertama, bahawasanya (waktu ijabah tersebut) mulai dari duduknya imam hingga ditunaikannya solat, sebagaimana dalam hadits Ibnu 'Umar bahawasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda,

هي ما بين أن يجلس الإمام إلى أن تقضى الصلاة

"(Waktu ijabah tersebut) iaitu diantara duduknya imam sampai ditunaikannya solat . "(HR Muslim).

Pendapat kedua, iaitu selepas waktu 'Asar. Dan ini adalah dua pendapat yang paling kuat. ( Zaadul Ma'ad I / 389-390).

4. Bersedekah di dalamnya kebih baik daripada bersedekah pada hari lain.

Ibnul Qayyim berkata, "Bersedekah pada hari Jumaat berbanding hari-hari lain dalam seminggu, seperti bersedekah pada bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan yang lain."

Dan di dalam hadits Ka'ab (dikatakan),

والصدقة فيه أعظم من الصدقة في سائر الأيام

" Bersedekah di dalamnya lebih besar (pahalanya) daripada bersedekah pada hari lain . "(hadis mauquf shahih namun mempunyai hukum marfu ').

5. Ia adalah hari di mana Allah Azza wa Jalla memuliakan di dalamnya para wali-wali-Nya kaum mukminin di dalam syurga.

Dari Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu , beliau berkata tentang firman Allah Azza wa Jalla ,

((ولدينا مزيد))

" Dan pada sisi kami ada tambahannya . "(QS Qaf, 35)

Beliau berkata, " Allah muliakan mereka pada tiap hari Jumaat . "

6. Ia adalah hari 'Ied (perayaan) yang berulang-ulang setiap pekan (minggu).

Dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhuma berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda,

إن هذا يوم عيد جعله الله للمسلمين فمن جاء الجمعة فليغتسل ...

" Sesungguhnya hari ini adalah hari 'Ied yang Alloh jadikan bagi kaum Muslimin, barangsiapa yang mendapati hari Jum'at hendaknya ia mandi ... "(HR Ibnu Majah dalam Shahih at-Targhib I / 298).

7. Ia adalah hari yang menghapuskan dosa-dosa.

Dari Salman beliau berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda,

لا يغتسل رجل يوم الجمعة ويتطهر ما استطاع من طهر ويدهن من دهنه أو يمس من طيب بيته ثم يخرج فلا يفرق بين اثنين ثم يصلي ما كتب له ثم ينصت إذا تكلم الإمام إلا غفر له ما بينه وبين الجمعة الأخرى

" Tidaklah seorang hamba mandi pada hari Jumaat dan bersuci dengan sebaik-baik bersuci, lalu ia meminyaki rambutnya atau berparfum dengan minyak wangi, kemudian ia keluar (menunaikan solat Jumaat) dan tidak memisahkan antara dua orang (yang duduk), kemudian ia melakukan solat apa yang diwajibkan atasnya dan ia diam ketika Imam berkhutbah, melainkan segala dosanya akan diampuni antara hari Jum'at ini dengan Jum'at lainnya . "(HR Bukhari).

8. Orang yang berjalan untuk menunaikan solat Jumaat, pada tiap langkah kakinya ada pahala puasa dan sholat setahun.

Sebagaimana hadith Aus bin Aus radhiyallahu 'anhu beliau berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda,

من غسل واغتسل يوم الجمعة وبكر وابتكر ودنا من الإمام فأنصت, كان له بكل خطوة يخطوها صيام سنة وقيامها وذلك على الله يسير

" Barangsiapa yang mandi lalu berwudhu pada hari Jumaat, lalu ia bersegera dan bergegas (untuk solat), kemudian ia mendekat kepada imam dan diam, maka baginya pada setiap langkah kaki yang ia langkahkan (ada pahala) puasa dan sholat setahun, dan yang demikian ini adalah sesuatu yang mudah bagi Allah . "(HR Ahmad dan Ashhabus Sunnan , dishahihkan oleh Ibnu Khuzaimah).

Allahu Akbar ! Setiap langkah yang diayun menuju solat Jumaat sepadan dengan puasa dan sholat setahun ?!

Dimana orang-orang yang mau berlekas untuk menuju kebesaran ini ?! Dimana orang-orang yang mahukan anugerah ini ?!

((ذلك فضل الله يؤتيه من يشاء والله ذو الفضل العظيم))

" Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan Allah mempunyai kurnia yang besar . "(QS al-Hadiid, 21)

9. Jahannam itu dinyalakan -yaitu dikobarkan apinya- setiap hari dalam seminggu kecuali pada hari Jumaat.

Yang mana hal ini sebagai (salah satu bentuk) pemuliaan terhadap hari yang agung ini. (Lihat Zaadul Ma'ad I / 387).

10. Meninggal pada hari Jum'at atau malamnya merupakan tanda-tanda husnul khotimah .

Mana orang yang meninggal dunia pada hari ini akan selamat dari siksa kubur dan dari pertanyaan dua malaikat. Dari Ibnu 'Amr radhiyallahu 'anhuma beliau berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda,

ما من مسلم يموت يوم الجمعة أو ليلة الجمعة إلا وقاه الله تعالى فتنة القبر

" Tidaklah seorang muslim meninggal pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat, kecuali Alloh Ta'ala lindungi dari fitnah kubur . "(R Ahmad dan Turmudi, dishahihkan oleh al-Albani). [source]

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ