GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

10 Kegunaan Lain Smartphone!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

10 Kegunaan Lain Smartphone!

10 Kegunaan Lain Smartphone! | Smartphone dicipta untuk kemudahan manusia... selain fungsi sebagai telefon, banyak kegunaan lain yang jarang kita ketahui... Antara kegunaan lain smartphone ialah:

1. TV Strim
Anda boleh menonton rancangan kegemaran anda di mana sahaja. Muat turun TV striming secara langsung dan filem ke telefon anda untuk tontonan pada bila-bila masa dan di mana pun jua. Walaupun skrin telefon pintar anda sedikit kecil, ia ialah cara yang mudah bagi memastikan anda tidak terlepas rancangan kegemaran walaupun sibuk dengan tugasan seharian.

2. Kamera web
Untuk desktop yang tidak memiliki kamera web, usah gusar kerana telefon pintar anda boleh melakukannya. Dengan aplikasi menakjubkan yang digelar Mobiola (tersedia untuk platform iOS, BlackBerry, Windows Mobile dan Symbian), telefon pintar anda boleh menjadi kamera web dengan memiliki rangkaian yang sama dengan PC. Anda hanya perlu memasang perisian Mobiola WebCamera Desktop percuma pada PC, dan aplikasi akan menyambung ke PC serta-merta. Tugasnya sama dengan panggilan video untuk perisian seperti Skype, Yahoo, Windows Live Messenger, AIM, ICQ dan lain-lain.

3. Alat Kawalan jauh
Jadikan telefon pintar sebagai alat kawalan jauh yang mampu mengawal pelbagai peranti termasuklah kamera, TV, PC dan sebagainya. Anda hanya perlu muat turun aplikasi terpilih sama ada di Google Play atau App Store untuk melakukan kerja ini. Selain itu, anda boleh menarik perhatian rakan sepejabat anda dengan menggunakan iPhone sebagai alat kawalan jauh pada Power Point atau Keynote ketika bermesyuarat. (MF pernah try yang ni... tapi tak jadi.. mungkin kena smart tv juga kot... try la ye,., memang ada aplikasi remote tv di Google Play)

4. Modem
Anda bole menggunakan telefon pintar anda sebagai modem untuk menyambung komputer riba anda ke internet. Jika anda memerlukan skrin yang lebih besar daripada telefon pintar sedia ada, anda perlu konfigurasi tetapan terlebih dahulu untuk penyambungan ini. (Yang ni memang selalu buat... sejak ada smartphome, MF dah tak guna broadband... smartphone dijadikan modem lagi laju line internet bebanding broadband.)

5. Kadar Denyutan Jantung
Pantau kadar denyutan jantung anda dengan aplikasi Heart Rate Monitor Pro yang boleh dimuat turun di App Store. Ia akan menggunakan lensa kamera untuk mengukur aliran darah dan mengira kadar denyutan jantung anda. Anda juga boleh mengukur keupayaan pembakaran lemak dan seberapa cepat kadar denyutan jantung anda pulih selepas melakukan senaman. (Serius, yang ni tak pernah tahu dan tak pernah cuba... boleh cuba lepas ni...)

6. Panggilan percuma
Perkara paling penting untuk telefon pintar adalah memiliki sambungan internet. Kini, anda turut boleh membuat panggilan percuma kepada semua rakan anda dengan menggunakan aplikasi seperti Viber. Selain itu, Skype juga telah boleh digunakan di telefon pintar dan itu sudah tentu menambahkan lagi kelebihan telefon pintar dengan melakukan panggilan video percuma pada bila-bila masa sahaja. (Yang ni aplikasi Whatsapp dan Wechat pun sediakan... dan boleh call...jika orang yang kita nak hubungi tu da smartphone, aplikasi dan juga line internet... wifi free pun dah cukup untuk buat panggilan... jimat kredit... )

7. Cetakan awan
Sesetengah pengeluar pencetak memberikan kepada anda kelebihan untuk terus mencetak dokumen terus melalui telefon pintar anda. Selain itu, anda juga boleh menggunakan aplikasi Cloud Print untuk platform iOS dan Android. Secara tanpa wayar, anda boleh mencetak dokumen tanpa perlu memindahkan ke PC secara manual terlebih dahulu. ( Aplikasi ni ada, tapi MF tak pernah cuba lagi... menarik jika boleh print terus dari smartphone.. mudahkan kerja kan... )

8. Awasi keluarga anda
Aplikasi seperti Find My iPhone dan Verizon Family Locator membolehkan anda untuk memeriksa isyarat telefon pintar lain menggunakan penjejakan melalui GPS. Sesetengah aplikasi penjejakan akan menghantar isyarat apabila sesuatu telefon pintar itu tiba atau meninggalkan kawasan yang ditetapkan. Ia sudah tentu sesuai untuk mengawasi anak-anak anda. (Aplikasi yang menarik ni... boleh sangat kalau nak cuba kan...)

9. Kecemasan
Jika anda berada dalam situasi kecemasan dan ingin menghubungi rakan untuk meminta bantuan, anda sudah tentu memerlukan lokasi tepat di mana anda berada ketika itu. Tidak cukup sekadar menghubungi melalui panggilan sahaja. Jadi telefon pintar anda sebenarnya boleh melakukan lebih daripada itu. Aplikasi seperti Help My Friend yang boleh digunakan pada platform Android dan iOS ini akan segera menghantar pemberitahuan dengan lokasi sebenar kepada rakan anda. Selain itu, anda turut boleh merakam mesej SOS terlebih dahulu untuk menyedarkan rakan atau keluarga anda jika anda benar-benar dalam keadaan kecemasan. 

10. Tanpa wayar
Kebanyakan telefon pintar sekarang dilengkapi dengan cip NFC terbina. Secara asasnya, ia adalah untuk digunakan sebagai pengganti kepada dompet dengan dapat melakukan pelbagai urusan pembayaran. Tetapi ia masih belum digunakan secara meluas. Cip NFC ini juga melaksanakan pelbagai tugasan lain seperi penghantaran data dengan hanya melakukan sentuhan dan pemindahan tanpa wayar semudah sentuh dan hantar.
Sumber: Karangkraf

Banyak rupanya kegunaan smartphone yang kita tak tahu kan... lepas ni boleh cuba aplikasi-aplikasi yang disediakan... MF sukajuga cuba... lepas tu uninstall la balik sebab kalau tak guna buat berat je nanti... 

4Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ