GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tips Bawa Anak Keluar Shopping!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tips Bawa Anak Keluar Shopping! | Setiap kali ke pasaraya besar pasti akan dengar pengumuman.. "seorang anak lelaki...berpakaian.... sila jumpa di kaunter pertanyaan".. pernah tak dengar pengumuman macam ni.. Kes anak hilang di pasaraya tu dah macam biasa pula... MF tak nafikan bila anak besar, kawalan makin sukar... dia nak gerak bebas... Mf pun ada pengalaman tu.. Si kakak tu kadang meronta-ronta nak keluar dari troli bila keluar membeli belah... Tapi suami la sanggup dukung, dari biarkan dia bebas.. 

Kalau MF pula, memang pegang erat tangan anak.. bukan apa.. takut terlepas... Namun, tak lupa juga MF doa untuk elak kita dari lalai dan leka... biasalah, kadang dah habis berjaga-jaga, tapi lalai dan leka juga... JAdi, mohonlah bantuan Allah kan.. 

Tips Bawa Anak Keluar Shopping!


Tips Bawa Anak Keluar Shopping

Namun ada beberapa tips yang MF baca di website karangkraf online,  untuk kita beringat andai kata, anak kita terlepas dari pandangan kita atau sesat dalam pasaraya:
  • Ajarkan anak menghafal alamat dan nombor telefon ibu bapa.

  • Bantu anak menulis data-data dirinya pada kertas dan lapisi dengan plastik laminate. Gantungkannya pada beg anak. Ingatkan anak untuk menunjukkan kad tersebut pada petugas atau orang yang menemuinya.

  • Biasakan mengajak anak melakukan orientasi ruang setiap kali ke tempat awam. Contohnya, menunjukkannya kaunter pertanyaan atau memperkenalkannya kepada polis bantuan atau pengawal keselamatan melalui uniform yang dipakai. Minta anak merujuk kepada pihak tersebut jika terpisah daripada anda. 

  • Biasakan anak-anak memakai pakaian berwarna terang atau cerah. Ini memudahkan anda mencarinya jika berada di antara kerumunan orang ramai. Begitu juga anda agar mudah dikenali anak.

  • Lakukan latihan dan simulasi di rumah secara berkala untuk mengingat kembali ‘pelajaran’ anda tentang apa yang perlu dilakukannya dalam situasi tersebut. Dengan cara ini anak akan terus-menerus diingatkan mengenai apa yang harus dilakukan jika ia terpisah daripada anda.
Tips ni lebih kepada anak yang dah pandai hafal, tulis dan baca... Tapi anak yang kecil jangan sesekali biarkan sendirian... pegang tangan atau letak dalam troli atau stroller,,, biar anak menangis tak selesa, dari kita menangis akibat kecuaian dan kelalaian kita... Jangan lupa sentiasa zikir dan doa mohon pertolongan Allah.. agar kita tak lalai dan leka... 

3Ulasan

  1. bagus tips2 ni.. selalu ugak pergi mall , pastu ada budak2 yg hilang.. cari ibubapa.. tak tau la.. sama ada parents yg hilang ataupun budak tu yg hilang..

    BalasPadam
  2. anak saya dah beso pun, saya sumbat dalam trolley cikgu. tak berani lepas gitu aje. malang datang tak berbau

    BalasPadam
  3. Tips yang sangat bagus.Zaman sekarang ni memang kena ajar anak2 gitu kn.Bahaya.Terlepas pandang skjp pun macam bole jadi.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ