بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Hari Selasa lepas... dapat hadiah misteri ni ditinggalkan kat pejabat sekolah... masa datang srkolah dah nampak hadiah ni.. tapi MF tak tengok sebab tak sangka pun hadiah untuk MF kan. tapi masa nak balik... kawan MF bagitau ada hadiah untuk MF.. Terkejut juga... aikk., siapa pula yang bagi... sebab tiada kad atau apa-apa tanda dari pengirimnya... yang ada hanya tertulis nama Pn. Mariah... 

Memula MF tak nak terima... Ye lah tak tahu siapa pengirimnya... Tapi kawan MF kata cuba la amik tengok kat dalam kot ada nota atau kad di dalam beg tu... Sekali MF tengok ada kertas tertera nombor telefon... Cepat-cepat MF SMS nombor tu... 

Sekali... Bila MF balasan MF tu... Terus laju je air mata... SMS nya berbunyi: 

"Ya saya. Saya Ibu pada ******. Tahun lepas saya tak sempat jumpa cikgu. Saya ucapkan terima kasih ya tak terhingga kerana telah mengajar *****? Saya tak sangka dia boleh dpt nombor satu dan dpt kepujian dlm matapelajaran dan keseluruhan dlm tingkatan ___ tahun ___. Tiada apa yg dpt di beri cuma sekadar kenangan tu sj. Dan saya ucapkan terima kasih yg tak terhinggga pd cikgu dan cikgu yg telah mengajar *****. Terima kasih."

Ya Allah... Terharu sangat... MF jadi cikgu tak pernah harapkan balasan... Tapi MF faham kenapa ibu ni cukup tersentuh bila anak ini berjaya... 

MF Kongsikan kisah ni... Tapi MF rahsiakan namanya... Tapi kisah hidup pelajar ini... Asal usulnya... Buatkan MF tersentuh hati hingga sekarang... 

Diceritakan... 
Anak ini adalah anak terbuang... akibat nafsu muda... Anak ini hampir dibuang... Namun, nasibnya baik... Pabila pasangan ibu bapa yang telah 14 tahun berkahwin tapi tak dikurniakan cahayamata... menyelamatkan anak ini .. Ditatang anak ini sebaik mungkin... Dan tahun lepas anak ini tahu rupanya dia anak angkat... Tapi dipujuk Baik... Alhamdulillah dia terima dengan baik... 

Anak ini sangat bijak... Dapat keputusan 5A dalam UPSR... Tapi ibu bapa angkatnya itu tak punyai anak lain... Jadi, dia hanya bersekolah di sekolah harian biasa walaupun dia layak ke sekolah berasrama penuh... Namun, anak ini buktikan dia juga boleh berjaya... Dan sangat bijak.

Kisah hidup anak ini buatkan MF cukup tersentuh... anak tak berdosa kenapa hendak dibuang... Jika ada yang berpeluang selamatkan anak-anak tak berdosa ini... Bantulah... Anak ini tak berdosa... Mereka istimewa di sisi Allah... 


MF sedih bila lihat ada lagi kes bayi dibuang... 

Memang peristiwa hadiah misteri ni terungkai dan MF akan kenangkan hingga akhir hayat... MF coretkan disini untuk kita sama renungkan... Fikirkan dalam-dalam kerana kita anak yang punyai anak perempuan... Dan kita juga masyarakat yang hadapi masalah ini... Apakah tindakan kita... 

Syukur anak ini diselamatkan dan dilindungi Allah... 

MF sentiasa doakan untuk keluarga ini... Moga sentiasa dalam pemeliharaan Allah .  

11 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. ALHAMDULILLAH .. TAHNIAH KAK :)

    BalasPadam
  2. Terharu Nurul membaca entry ni Maria.. perasaan keibuan tersentuh, kenapalah anak tak berdosa jadi mangsa..

    BalasPadam
  3. Sedih baca kisah pelajar MF tu... moga dia terus berjaya...

    BalasPadam
  4. Rezeki sis. Tahniah..

    BalasPadam
  5. Tahniah sis.. apapun memang sedih tengok orang yang buang bayi tu tapi sekurang2nya dia tak campak dalam sungai.. hurmmm.

    BalasPadam
  6. tahniah kak MF
    hmm btl la tu..
    bile dah jadi sorg ibu ni mmg xpaham kenapa trgamak ade ibu yang buang anak kan
    pape pon kite doakan yang terabaik je

    BalasPadam
  7. alhamdulillah..moga pelajar istimewa itu sentiasa mendapat pelajaran yang terbaik untuk dirinya..tahniah MF

    BalasPadam
  8. Ya Allah sedih pula cik akak rasa....emm

    BalasPadam
  9. Didikan yang terbaik, menghasilkan anak yang terbaik. Alhamdulillah :)

    BalasPadam
  10. alhamdulillah.... sebak lak baca cite nih...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama