GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Teknik Berniaga Online Di Facebook!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Teknik Berniaga Online Di Facebook! | Perniagaan anda dilakukan untuk pelanggan, jadi anda perlu membina hubungan yang rapat dengan mereka. Salah satu cara yang paling mudah, efisien, murah dan efektif adalah melalui akaun khusus untuk perniagaan anda di Facebook. Anda boleh menemui ramai pelanggan dan potensi angka jualan anda meningkat amat besar.

Lebih daripada satu bilion orang menyukai (like) dan komen di Facebook dengan purata 3.2 bilion kali setiap hari. Apabila anda datang dengan impak yang cukup besar, perniagaan anda akan menjadi sebahagian daripada perbualan ini dan memiliki akses kepada pemasaran yang cukup berkesan iaitu mulut ke mulut (cadangan di antara rakan). Secara umumnya, ada tiga langkah untuk perniagaan anda menempa kejayaan di Facebook.


Teknik Berniaga Online Di Facebook!


Teknik Berniaga Online Di Facebook!

01.  REKAAN PAGE. 

Page ialah tempat utama untuk peningkatan perniagaan, membina jenama dan menjalinkan hubungan dengan pelanggan. Apakah cara yang paling tepat untuk membina Facebook Page untuk perniagaan dalam talian anda :
  • Pilih kategori dan nama Page yang memperkenalkan perniagaan anda.
  • Dapatkan logo atau imej lain yang mendapatkan perhatian berkaitan perniagaan anda sebagai gambar profil.
  • Tulis sedikit penerangan berkaitan perniagaan agar orang faham apa yang sedang anda lakukan.
  • Tetapkan alamat web untuk Page yang boleh anda gunakan sebagai material pemasaran untuk mempromosikan kehadiran anda di Facebook.
  • Pilih gambar cover yang mewakili jenama dan pamerkan produk atau perkhidmatan anda. Ini ialah perkara pertama yang akan orang nilai apabila melihat Page anda.

Maklumat Penting

  • Lihat insights, suntingan kandungan Page, jejaki aktiviti baru dan respons kepada mesej peribadi daripada panel admin anda.
  • Klik pada butang Edit Page dalam panel admin dan pilih Update Info untuk memasukkan maklumat lain berkaitan perniagaan anda.

Kuasa Facebook News Feed

  • Page anda ialah tempat anda untuk meletakan pelbagai post terkini yang merangkumi kemas kini, foto, video dan sebagainya. Dan ia akan terus terpamer di News Feed.
  • 40% daripada masa orang ramai di Facebook telah dihabiskan di ruangan News Feed mereka.
  • Perniagaan anda boleh terlibat dalam perbualan setelah post anda keluar di bahagian News Feed mereka. Ia akan dikongsi bersama rakan-rakan lain.

Rahsia Kejayaan Post

  • Pendek : Post di antara 100 dan 250 karakter dapat kira-kira 60% lebih Like, komen dan kongsi (share)
  • Visual : Album foto, gambar dan video mendapat 180^, 120% dan 100% lebih penglibatan.
  • Di optimum : Page Insight membantu mempelajari perkara seperti kandungan yang mendapat lebih penglibatan dan waktu yang sesuai untuk post sesuatu.


02. LIBATKAN PENONTON.

Apabila anda post kandungan dan mendapat respons semula pada Page anda, ia sebenarnya suatu proses positif untuk membina kepercayaan dan mewujudkan peluang untuk menjana jualan. Belajar bagaimana untuk mencipta kandungan yang akan membuatkan orang ramai berminat.

Kekerapan Post Kandungan Berkualiti

Apabila orang mulai like pada Page anda, ini menandakan bahawa mereka mulai ambil tahu berkenaan perniagaan anda dan mereka mahu tahu apa yang sedang berlaku. Post kandungan yang relevan ialah perkara yang paling penting yang boleh anda lakukan bagi memastikan mereka berminat.

Bagaimana menulis post berkualiti

  • Pastikan mesej anda adalah relevan kepada penonton dan perniagaan anda.
  • Jadilah ringkas, mesra dan rajin berbual.
  • Kongsi gambar dan video kerana mereka cenderung untuk menjadi lebih tertarik.
  • Mengemukakan soalan atau mendapatkan input.
  • Memberikan akses kepada maklumat eksklusif dan istimewa.
  • Menyiarkan tentang peristiwa-peristiwa semasa, cuti atau berita tepat pada masanya.

TIP PENTING!

  • Post sekurang-kurangnya 1 atau 2 kali seminggu untuk menjadikan anda kekal relevan dan sentiasa mendapat tumpuan pengguna yang like pada Page anda.
  • Untuk menggalakkan lebih ramai dan mengembangkan hubungan dengan Page anda, terus libatkan diri dan bertindak balas kepada komen dan mesej peribadi.
  • Jika ramai yang mengulas pada sesuatu masa, anda boleh membalas kepada spesifik orang dengan tag pada nama mereka dengan menaip @ sebelum nama.
  • Apabila orang menghantar mesej peribadi, anda akan melihat pemberitahuan mengenainya dalam panel admin anda. Jejak mesej baru dan bertindak balas kepada mereka untuk membiarkan pelanggan tahu bahawa anda mendengar.


03. PENGARUHI RAKAN FANS.

Apabila orang berinteraksi dengan Page anda, rakan-rakan mereka boleh melihat dan mengetahuinya dalam News Feed mereka sebagai cerita. Ia akan mengembangkan penonton anda dengan memberikan promosi percuma kepada rakan-rakan orang yang terlibat dengan Page anda.
  • Anda perlu menggalakkan ramai orang untuk berinteraksi dengan perniagaan anda. Pengiklanan dari mulut ke mulut ialah bentuk pengiklanan yang paling berkesan.
  • Apabila seseorang berinteraksi dengan perniagaan anda di Facebook ia mewujudkan sebuah cerita.
  • Orang ramai boleh melihat apabila rakan-rakan mereka menyokong perniagaan anda dengan menyukai atau berhubung dengan Page anda, dan ia boleh mempengaruhi keputusan pembelian mereka sendiri.
  • Menggalakkan orang ramai untuk check in pada perniagaan anda dengan sign in, atau dengan menawarkan diskaun khas untuk orang-orang yang check in
  • Buat acara pada Page anda dan menjemput orang ramai untuk menyertai mereka.
  • Tanya soalan dan buat post yang menggalakkan penglibatan.
  • Kongsi maklumat eksklusif dan tawaran yang membuatkan orang ramai mungkin mahu ikut bersama-sama dengan rakan-rakan mereka.

Kembang Capaian Kepada Rakan Fans

Cerita tajaan ialah mesej yang datang daripada rakan berkenaan penglibatan mereka dengan perniagaan anda. Sebagai sebuah perniagaan, anda boleh membayar untuk mempromosikan berkenaan cerita anda, tetapi cara ini merupakan suatu langkah percuma dan interaksi sebegini amat digalakkan. Cerita tajaan ini akan muncul di bahagian News Feed di desktop dan platform mudah alih, serta di ruang sebelah kanan Facebook anda.

FAKTA : 80% daripada pengguna berkata, mereka lebih menyukai untuk mencuba sesuatu yang baru berdasarkan kepada cadangan oleh rakan di dalam media sosial.

# SUMBER DARIPADA FACEBOOK
Sumber: Karangkraf.com


Update: Tahun 2020, iklan di Facebook kena cukai 6%... huhu... Tak pasti la yang guna marketplace untuk jual barang tu kena juga ke tak... tengok je la nanti.. 

2Ulasan

  1. Nampak mudah tapi sebenarnya bukan senang. Perlukan modal yang besar untuk mencapai audien yang sesuai dengan produk yang nak di iklankan...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ