GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tamat Sudah Perkhidmatan Astro!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Alhamdulillah tanggal 16 April 2015, tiada lagi perkhidmatan Astro di rumah kami... Rasa lega, tak perlu lagi keluar duit untuk bayar Astro ni... Walaupun kami hanya ambil family pakej dengan bayaran bulanan tak sampai RM50 pun... tapi tetap rasa membazir... 

Kenapa MF rasa membazir???
1. Jarang on Astro... kami lebih suka layan DVD dan anak-anak pula lebih suka layan kartun yang di download dari Youtube. 

2. Rancangan di Astro banyak berbentuk hiburan yang melalaikan... termasuk rancangan melibatkan kanak-kanak. MF memang kawal sejak anak dah besar ni..sebab anak mudah mengikut apa yang mereka lihat. 

3. Rancangan yang berulang. Antara sebab Astro sangat bosan... ulang sampai nak muntah rancangan yang sama... 

Maaf ye Astro.. ni pengakuan jujur selaku bekas pengguna Astro... Jadi, saya berusaha untuk tamatkan perkhidmatan Astro bila dah habis kontrak.

Pengalaman Tamatkan Kontrak Astro.


MF tamatkan kontrak Astro ikut perjanjian iaitu dua tahun atau 24 bulan... Kalau ikut perjanjian tarikh tamat kontrak dengan pihak Astro 15 Mac 2015.. tapi sebab MF lambat maklumkan untuk tamatkan kontrak tu.. jadi, delay sebulan... lagipun MF kena jelaskan baki bayaran Astro yang tinggal separuh je dari bil asal...sebab setiap bulan memang bayar lebih je... jadi, bayaran akhir tu tinggal separuh je. 

Memula MF call Astro careline... tapi selalu tak dapat.. line busy... Akhirnya MF email je.. berurusan dengan email.. mujur cepat juga dia balas... suami pula geram..dia gertak pihak Astro melalui Facebook pula... 

Lepas MF bagitau nak tamatkan kontrak tu, dia bagi tempoh sebulan dari tarikh MF bagitau... jadi tarikh dia bagi 16 April 2015. Lepas confirm tu.. masa pagi 16 April, suami buka astro masih ada lagi.. terus MF hantar email bagitau kan... dalam sejam camtu, terus takde dah... secara rasmi, tamat sudah perkhidmatan Astro...

Astro, kalau tamatkan sebelum kontak kena bayar RM500.. Dah tamatkan kontrak sepatutnya dia minta kami hantarkan decoder dan aksesori kat Astro .. tapi de kengkwan tak hantar pun... suami pun ada cakap... tak kuasa nak hantar... kalau nak datang la amik sendiri...

Rasa lega dah.. jimat belanja bulanan bila dah takde Astro.. buat apa langgan kalau tak gunakan... Jadi, terus tamatkan aje.. Nak tengok tv, cukup dapat siaran yang ada je.. pasang arial biasa tu je.. sesekali nak tengok je kan.. Cukuplah apa yang ada... 

4Ulasan

  1. ooo... ikut kontrak ye... patutlah...
    rumah famili kat kampung abang saya nak tamatkan astro tapi pihak astro cakap kena bayar 500...
    oo. rupanya ada kontrak...
    daripada pasang astro baik pasang njoi... bayar sekali pasang je... monthy tak payah..

    BalasPadam
  2. skrg ni guna njoi je tak payah nak byr monthly :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak minat sgt tengok tv... Sbb tak semua rancangan tengok...

      Padam
  3. ohh lebh prefer DVD..
    huhu ok la tu..jimt kan.. =)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ