GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Suami Kepada Seorang Blogger!

Suami Kepada Seorang Blogger! | Ini tulisan suami MF sebagai ingatan MF dan juga blogger lain... Suami MF beri sokongan dan dalam masa yang sama penasihat MF dalam berblog...

Dia akan baca entry MF tulis terutama yang berkisarkan hal peribadi... Lelaki tahu, wanita ni kalau bercerita memang tak ingat dunia... Jadi, peranan suamilah menjadi penasihat dan pengingat setia si isteri...

Hal dan kisah peribadi MF ditapis oleh suami... Mana yang tak melampaui batas... Dia luluskan... Ibarat Lembaga Penapisan Entry dah gayanya... Tapi itulah sebenarnya hakikat sebagai seorang suami yang isterinya bergelar blogger....

Si suami... Jangan lepas tangan... Pantaulah entry-entry isteri anda... Ada isteri dia tak nak babitkan suaminya dalam dunia blog... Jadi, dia bercerita hal peribadi luar dan dalam tanpa sedar... Ini realiti sebab MF penah jumpa blog yang macam ni... MF sebagai isteri pun malu nak baca...

Buat si isteri yang bergelar blogger... Hormatilah suami mu... Walau pun dia tak arif pasal dunia blogger... Tapi..sesekali tanyalah pendapatnya berkaitan entry yang kita nak buat tu... Memang blog kita... Tapi ingat... Setiap dosa si isteri buat... Suami pun dapat sahamnya...

Terima kasih sebab suami MF sentiasa pantau entry MF... Nasihat dan beri idea untuk up entry... Dia tahu minat MF, dan pun dapat hasil dari MF berblog juga... Tapi sokongan dan nasihat dari suami tak diabaikan...

Pergaulan bersama rakan blogger pun dipantau... Walaupun di alam maya... Tetap dan wajib jaga batasan dan tatasusila... Nak bersembang dengan lelaki di alam maya atas alasan sama-sama blogger pun wajib minta izin suami... Sebab tu juga setakat ni hanya ada satu group whatsapp blogger yang MF ada... Nak join yang lain... Kena la minta izin dulu kan... Mungkin ada suami tak kisah... Ada isteri tak kisah... Tapi MF kisah...sebab kita tak tahu bila kita akan diuji...

Maaf ada yang terasa.. Coretan ini hanya atas peringtan bersama... Bukan nak tunjuk baik... Tapi muhasabah diri bersama... Sebagai blogger yang bergelar isteri... Jagalah tatasusila... Jaga adab... Hormati suami... Jaga akhlak dan jadilah penjaga rahsia rumahtangga yang amanah!!!

Memang blog peribadi, tetapi tak semua perkara kita boleh kongsi...


10Ulasan

  1. Ini Kathy setuju sangat. Blogging blogging juga,batas harus di jaga.

    BalasPadam
  2. Menarik entry ini. Memang suami MF sgt supporting. Respek ar.

    BalasPadam
  3. betul tu..bukan semua benda boleh diceritakan...suami saya pun suka baca entri2 yg saya buat...kalau dia tak berkenan apa2, nanti dia akan tegur..

    BalasPadam
  4. InsyaAllah sama2 jaga batas dlm blog.. suami sy jarang baca.. tapi dia sllu pesan jg tulis lah yg baik2.. :)

    BalasPadam
  5. Setuju sangat. Walaupun hanya melalui alam maya, tetapi adab juga perlu dijaga lebih-lebih lagi sebagai seorang isteri dan ibu.. Malu andai pekung rumahtangga dibuka..

    BalasPadam
  6. Betul .kesian suami menanggung beban dosa isteri.

    BalasPadam
  7. Setuju. Akan sentiasa ingat untuk tidak menambah beban dosa yang ditanggung oleh suami.. :)

    BalasPadam
  8. betullah tu. suami saya juga baca entry saya
    tapi setakat ni dia tak penah kata apa. kalau terperasan yang tak elok di blog saya, tegur lah ye. manalah tahu, kadang tak perasan. bukan sengaja

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ