GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Rahsia Disebalik Buah Mangga!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

sumber: google images

Dapat mangga manis dengan isinya oren kekuningan memang buat kecur air liur. Mangga mungkin bukan kegemaran semua orang, tetapi jika anda tahu khasiatnya, anda mungkin nak makan mangga hari-hari.

Mengurangkan paras kolesterol
Tahap vitamin C, pectin dan serat yang ditemui di tahap yang tinggi dalam mangga mampu untuk mengurangkan tahap kolesterol serum di dalam badan, khususnya LDL atau (low-density lipoprotein) juga dikenali sebagai kolestrol jahat.

Mangga dapat elak kanser
Kajian telah menunjukkan sebatian antioksidan dalam buah mangga telah ditemui untuk melindungi anda daripada kanser kolon, kanser payudara, kanser prostat dan leukemia. Sebatian ini adalah isoquercitrin, quercetin, fisetin, astragalin, methylgallat serta kandungan enzim yang banyak.

Membantu penghadaman
Terdapat banyak buah-buahan serat termasuk mangga yang mempunyai kualiti serat yang dapat membantu proses penyingkiran bahan yang tidak diperlukan badan juga memperbaiki penghadaman.

Kesihatan mata
Secawan jus mangga yang dihiris membekalkan 24 peratus daripada nilai harian Vitamin A yang diperlukan oleh badan yang dapat membantu memperbaiki tahap kejelasan mata anda serta mencegah mata daripada menjadi kering.

Merangsang sistem imuniti badan
Kandungan vitamin A dan juga vitamin C dalam mangga ditambah dengan 26 jenis carotenoids penuh manfaat pada badan manusia dapat membantu memastikan sistem imuniti anda menjadi lebih kuat dan sihat.
 [Sumber]

Nota: 
Sedapnya kalau dapat mangga harum manis ni kan.. susah nak dapat area KL ni... Mangga masam dan tawar banyak la.. 

6Ulasan

  1. sedapnyerrr meleleh dh ni
    all the best jom join ga ni pulak
    http://adna2029.blogspot.com/2015/04/jom-sertai-giveaway-mudah-di-merryfendy.html

    BalasPadam
  2. ohh mangga masak ranum manis isinya memang peberet

    BalasPadam
  3. tetiba rasa nak makan mangga.. balik nanti boleh makan laa, kat umah pun ada..

    BalasPadam
  4. buah mangga ni kak sgt sedap dimkn time pregnant..hihi
    byk khasiatnya..alhamdulillah..buah tempatan..senang kita nak cari dan beli, boleh ditanam sendiri

    BalasPadam
  5. ya Allah sedapnyeee lahai mangga.. mesti lawas kalo makan mangga ehehe..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ