GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Poligami?? Sanggupkah???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Poligami?? Sanggupkah??? | Dah kenapa Maria ni, tengah hari citer pasal poligami... isu poligami ni dikatakan isu sensitif bagi kaum hawa... dan dikatakan isu best bagi kaum adam... ye ke??? Cer komen sikit kaum adam... hehe...

MF terjumpa printscreen ni kat facebook.... MF tak sure inireal atau rekaan semata-mata... tapi ianya tak bernama... MF share kat blog ini, sebagai perbincangan pendapat dan perkongsian pengalaman...


Zaman MF anak dara dulu kan... MF pernah juga dituduh "perempuan jalang" ... bukan sebab MF berkawan dengan lelaki... tapi hanya kerana MF SMS pada abang angkat MF... Tanya nak jemput MF kat bus stand atau tak... sebab masa tu MF baru di tahun 1, UTM... Takde sedara mara kat Johor masa tu... jadi, keluarga angkat MF tu ada kena mengena bau-bau bacang dengan jiran sekampung MF, kiranya mak bapak MF kenal la... 

Kakak angkat dan abang angkat MF jadi tempat MF minta tolong... memula ok... tapi sebab SMS tu je, kak angkat MF mengamuk dan tuduh MF nak rampas laki dia... huhu... pengalaman pahit masa tu... tapi MF dah maafkan dia dah.. MF pun dah tak berhubung dengan dia... 

Selepas part tu... dalam mencari jodoh, MF kenal pula dengan seorang lelaki... melalui telefon.. lama berkawan... sekali suatu hari, ada wanita bagitau bahawa lelaki tu dah berkahwin... punyai anak yang dh besar pun... huh! rupanya MF tertipu... terus MF putuskan ..dan tak berhubung lagi dengan lelaki tu... 

Dan alhamdulillah... jodoh MF yang terbaik... lelaki bujang... tapi rupanya MF tetap dimadukan... 

Iaitu dimadukan dengan kereta,,, hehe... tapi MF naik pangkat, jadi bini nombor satu.. kereta dia dah jadi nombor dua... 


Itulah... poligami??? sanggup ke??? MF pernah yang soalan ni pada suami... dia sendiri tak sanggup... katanya... kereta motor yang ada pun tak larat nak layan karenah, kejap minyak, kejap gearbox, kejap road tax... pening kepala dah... apalagi nak berbini lagi... tu dari fizikal je... tapi wanita ada emosi... boleh ke nak kongsi dan bahagi kasih sama serata??? Tak mungkin kita mampu... adakalanya ada anak lebih dari seorang pun susah nak adil... apalagi banyak bini kan... 

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. 
(Surah An-Nisaa’: Ayat 3)

Wanita memang patut tentang suami nak poligami asalkan jangan menolak hukum poligami... sebab hukum poligami dari Allah... jika suami tak mampu... tentanglah dengan hikmah... 

Lelaki pun kalau tak mampu nak kasih pada yang satu, suruhan Yang Satu pun tunggang terbalik, janganlah cuba nak pasang dua tiga... Jika ada tak kena pada isteri, tegur dan perbaiki isteri.. bukan cari lagi... jika isteri tak cantik, cantikkan isteri... jika isteri dah gemuk, carilah ubat kurus... jika isteri penat buat kerja, bantu buat kerja rumah... 

Terdidik seorang isteri dari suaminya... seorang isteri tak mampu nak didik, jangan berangan nak pasang dua tiga... 
Poligami itu memang ada dalam Islam... memang Allah berikan kelebihan kepada lelaki, tapi bukan indah di mata tapi penuh tanggungjawab yang berat... 

MF tak tahu nak komen lebih, sebab kita tak tahu takut kita diuJikan, nauzubillah... janganlah Allah uji aku dengan sesuatu yang tak mampu aku hadapinya....

Cuma, suami isteri, masing-masing jagalah ikhtilat... pergaulan lelaki dan perempuan jaga sebaiknya... lelaki, jangan dengar luahan hati mana-mana wanita yang bukan mahram baginya... begitu juga wanita, jika nak meluahkan rasa, curahkan pada Yang Esa... carilah yang sama jantina... jagalah pergaulan walaupun dah berkahwin... elakkan bergurau dan bergaul berlebihan dengan lelaki bukan mahram dengan kita... MF pernah tengok satu drama, tapi penuh pengajaran. Nanti MF kongsikan.

Moga Allah pelihara kita dari ujian yang tak mampu kita hadapi... jika ada yang terpilih untuk berpoligami, sama-sama lah didik suami untuk berlaku adil dalam rumahtangga... macam ending drama Madu 3... 

Namun, MF nak kongsi hikmah poligami dalam Islam:
1. Ada manusia yang kuat keinginannya untuk mempunyai keturunan, akan tetapi mendapat isteri yang mandul. Lebih mulia suami menikah lagi untuk memperoleh keturunan dengan tetap memelihara isteri yang pertama dan memenuhi hak-haknya.
2. Ada juga di antara kaum lelaki yang kuat syahwatnya tetapi mendapat isteri yang dingin keinginannya terhadap laki-laki kerana sakit atau masa haidnya terlalu lama dan sebab-sebab lain. Elok jika lelaki itu menikah dengan wanita lain yang halal daripada menceraikan isteri pertama.
3. Kaum wanita itu mempunyai tiga halangan iaitu haid, nifas dan keadaan yang belum betul-betul sihat selepas melahirkan anak. Islam mengharuskan berpoligami untuk menyelamatkan suami daripada terjerumus ke jurang perzinaan.
4. Selain itu jumlah wanita terbukti lebih banyak daripada jumlah lelaki, terutama setelah terjadi peperangan yang memakan banyak korban dari kaum lelaki. Disini terdapat kemaslahatan sosial dan kemaslahatan bagi kaum wanita itu sendiri, iaitu untuk bernaung dalam sebuah rumah tangga, daripada usianya habis tanpa merasakan merasakan cinta kasih dan pemeliharaan, serta nikmatnya menjadi seorang ibu.
5. Poligami diharapkan agar dapat menghindarkan perceraian kerana isteri mandul, sakit atau sudah terlalu tua.
6. Terdapat ramainya kaum telaki yang berhijrah pergi merantau untuk mencari rezeki. Di perantauan, mereka mungkin kesepian ketika sihat atau pun sakit. Lebih baik berpoligami daripada si suami mengadakan hubungan secara tidak sah dengan wanita lain.
7. Untuk menghindari kelahiran anak-anak yang tidak sah agar keturunan masyarakat terpelihara dan tidak disia-siakan kehidupannya. Dengan demikian dapat pula menjamin sifat kemuliaan umat Islam. Anak luar nikah mempunyai hukum yang berbeza dari anak yang dari pernikahan yang sah. Jika gejala ini dibiarkan berleluasa dan tidak ditangani dengan hati-hati ia akan menghancurkan umat Islam dan merosakkan fungsi pernikahan itu sendiri.
8. Untuk memberi perlindungan dan penghormatan kepada kaum wanita daripada keganasan serta kebuasan nafsu kaum lelaki yang tidak dapat menahan syahwatnya.

Jangan menentang poligami, kerana ini hukum Allah, namun boleh tentang poligami jika suami tak mampu..dari segi zahir atau batin...

Adoii... Panjang pula entry ni... Poligami... Hmmm... Hukum Allah, pasti ada hikmahnya tapi pasti tak semudah disangka kan... 

17Ulasan

  1. aduh...hangat topik ni cikgu MF
    tanyalah sesapa pun, pasti tak sanggup! tak ada orang rela berkongsi
    terlalu banyak yang perlu dicederakan hatinya.
    saya juga tidak menolak hukum ALLAH, buatlah kalau dia mampu dari segala segi.
    bukan hanya nafsu syahwat semata.
    hati pasti amat terluka...hanya yang melaluinya faham.
    buat wanita yang disebutkan di atas, saya rasa eloklah berdepan kan
    bersembunyi hanya melukakan diri dia dan pihak satu lagi

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum kak, sheila pun ada baca ni. ramai dah viralkan. tentanglah dengan hikmah. hehehhe

    BalasPadam
  3. suka ayat-ayat dalam entri apakan lagi penutup...

    "Jangan menentang poligami, kerana ini hukum Allah, namun boleh tentang poligami jika suami tak mampu..dari segi zahir atau batin...

    Adoii... Panjang pula entry ni... Poligami... Hmmm... Hukum Allah, pasti ada hikmahnya tapi pasti tak semudah disangka kan... "...

    #deep ok... ha ha ha... thanks Maria for the entry....

    Poligami bukan sesuatu yang mudah, ada yang terluka, ada yang terasa, ada yang sentap, ada yang cemburu... bukan sekadar sebelah pihak, semua pihak isteri pun merasakan benda yang sama... dan faham sangat perasaan tu...

    Perempuan ni bukan nak dimadukan, tak ada mana-mana perempuan yang nak dimadukan dan bermadu sebenarnya... Hurmm... nak explain panjang lebar nanti jadi lain... Ha ha ha...

    Yang dimadukan sepatutnyalah kan, kalau dah terlepas dimadukan... yang sana kena faham yang sini, yang sini kena faham yang sana... nama pun sama-sama kongsi suami... tapi kalau buat-buat tak nak faham itu yang payah tu... dan jadi kelam kelibut, akhirnya suami yang pening dan semak kepala...

    Bukan mudah poligami buat perempuan apatah lagi buat lelaki yang bergelar suami...

    BalasPadam
  4. salam singgah tengahari..
    entry berilmu hari ni...;

    BalasPadam
  5. huhu..statement sangat berani nyer..

    BalasPadam
  6. Salute tgk mereka yg boleh hidup bermadu dan tinggal serumah pulak tu...sue x sanggup kot
    .

    BalasPadam
  7. poligami isu yg sgt sensitif, mmg poligami di boleh kn dlm islam tp biar betul cara dan sebab nya...

    kalu akak lah, akak lebih rela sendiri kot, mungkin hati tak kuat nk berkongsi...
    yelah, sbb bkn calang2 org blh terima berkongsi suami nih...

    BalasPadam
  8. baru je semalam kena present debat psal tjuk poligami.. tp sy jd pihak pmbangkang. hahahaa...
    poligami ni dibolehkan , tp sbolehnya biarlah jd plihan trakhir stelah dh xde jln laen dh.. sy nk ckp byk pun xbleh sbb sy xkawen lg. huhuhuuu..

    BalasPadam
  9. rasa2 macam tak sanggup. tak mampu nak berkongsi kasih kot. hihi. dulu masa bujang pernah kena tipu dengan seseorang yang katanya bujang rupanya masa berkawan dengan Cie dia dah bertunang. even dia dah kahwin pun dia still kawan dengan Cie. pernah la jumpa wife dia then Cie cerita semuanya kat wife dia. lepas tuh memang tak contact dah dengan dia. memang kalau boleh elak kawan dengan laki orang.

    BalasPadam
  10. siapalah kita untuk menolak poligami,cn tak menghalang dan cn tak juga merelakan..hanya encik suami yang faham..hehe

    BalasPadam
  11. Memang isu yg senditif. Siapa yg sanggup dimadukan? Rata² pompuan tak sanggup. Bercakap memang mudah. Tapi nak menhadapinya bukan senang, Saya tak menolak poligami. Tapi kedua² belah pihak kena tengok pada situasi orang yg nak berpolingami. Tak mamou tapi tetap nak jugak. Membantah dan menolah sekalipon,...tetap diteruskan jugak. Alasan cliche..'Dah takdir'.

    Bukan kita menolak takdir allah. Tapi meletakkan segala² pada takdir tanpa kita berusaha merubah keadaan adalah fahaman Jabariah yang mengelirukan.

    Allah sendiri mengatakan bahawa allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri mengubahnya dan allah hanya berikan 'caranya' sahaja.

    Sedangkan Aisyah masih cemburu bila Rasulullah sentiasa terkenang-kenangkan zaman monogaminya dengan Khadijah walaupun Khadijah telah lama wafat inikan kita wanita biasa yg mempunyai perasaan yang fitrahnya ada sifat cemburu. Jika para Ummul Mukminin yang mulia mempunyai sifat sedemikian, bagaimana pula kita? Adakah kita mampu elakkan semua sifat-sifat wanita fitrah kita?

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ