GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Peta i-Think (Peta Alir) | Cara Berwuduk!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Peta i-Think...macam peta minda, cuma bezanya peta ni ada lapan jenis sahaja dengan 8 konsep dan makna yang berbeza... 

Masa mula MF kenal peta i-Think ni, rasa susah... Tapi MF study dan cuba fahamkan dan aplikasikan dalam Pengajaran dan Pembelajaran... 

Rupanya, peta i-Think ni banyak membantu pelajar kelas akhir untuk faham... 

Macam contoh kat atas tu, Peta Alir... Untuk tajuk Berwuduk bagi Pendidikan Islam Tingkatan 1. 

MF minta pelajar lukiskan tatacara berwuduk yang lengkap yang biasa pelajar lakukan sehari-hari... 

Dari peta yang pelajar lukis... MF dapat la kesan pelajar yang masih tak betul cara berwuduknya... Ada pelajar masih keliru antara rukun dan sunat wuduk.. 

Melalui peta i-Think ni, pelajar lebih faham dan mudah ingat... Sekarang ni, selesa guna peta i-Think... Cuma peta ni terhad bentuknya... Tak boleh nak buat bentuk awan ke pokok ke... Bentuknya petak atau bulat sahaja... Bujur, lonjong, tiga segi tak.boleh.. Kalau buat juga tak dinamakan peta i-Think la... Di situlah kekurangan peta ni... Tapi penggunaan peta konsep macam ni bagus untuk lebih kefahaman dan ingatan kepada pelajar. 

3Ulasan

  1. lebih kurang macam peta minda lah ni ...

    BalasPadam
  2. Tira sendiri lebih suka peta minda berbanding ayat yang panjang berjela. Cukup sekadar peta minda/carta aliran macam ni. Mudah difahami.

    BalasPadam
  3. teringat zaman sekolah dulu
    cikgu selalu suruh buat nota dlm bentuk peta

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ