GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kutipan GST 42 Juta Sehari???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ternampak keratan akhbar ni kat Facebook semalam... Huhu... Rasa nak nangis pun ada... hilang kata-kata... Huhu... Kayanya la negara kita kan...

Rupanya RM42 JUTA sehari adalah purata kutipan GST oleh pihak kastam dari pintu-pintu masuk ke negara ini... 

Beritanya ada dalam Kosmo semalam... Kiranya keratan ni dari akhbar Kosmo.

PUTRAJAYA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) semalam mengumumkan telah mengutip Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak RM922 juta ke atas barang yang diimport ke negara ini dalam tempoh 22 hari sejak 1 April lalu.

Secara purata, pihak kastam membuat kutipan GST sebanyak RM42 juta sehari di semua pintu masuk ke negara ini.

Pengarah GST JKDM, Datuk T. Subromaniam (gambar kecil) berkata, cukai itu dikutip di semua pintu masuk utama negara ini namun, ia tidak termasuk GST yang akan dikutip daripada 373,668 syarikat berdaftar.

“Syarikat berdaftar itu tidak bayar (GST) pada setiap hari.

“Cukai itu hanya dibayar oleh pihak yang mengimport. Sebahagian jumlah cukai yang dikutip itu akan ditebus semula oleh pihak berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Kementerian Kewangan di sini semalam.

Itu kutipan dari pintu masuk je...belum kutipan dari peniaga berdaftar kat Malaysia... Huhu.. Harapan rakyat..moga duit tu diuruskan sebaiknya... Sebab kalau digunakan untuk kepentingan peribadi Atau golongan minoriti, Memang ZALIM dan KEJAM!!! Sebab GST dikutip dari hasil dan jerih perit duit rakyat!!! Mohon guna duit tu utk rakyat juga!

3Ulasan

  1. tau x betapa susahnya rakyat ni nak cari duit untuk hidup...kalau lah boleh bersuara...emmmm....

    BalasPadam
  2. kalau dah ada GST pun kena bayar cukai gak kan huhu

    BalasPadam
  3. semoga duit-duit tu diuruskan dengan baik.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ