Tuesday, 14 April 2015

Kicap Lembu Berlaga!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kicap Lembu Berlaga! | Balik kampung baru-baru ni... ada buah pelam muda... Suami ku si Mr.F apalagi.. memang teruja la tengok pelam muda tu.. terusnya dijolok empat biji.. sebiji terus dikupas... Tapi takde kuah rojak nak dicicah.. ada kicap je.. kicap pun kicap lah.. sekali rasa.. aik..sedapnya kicap ni... sekali tengok botol.. owh.. ni kicap lama ni.. 

Kicap Lembu Berlaga... kicap jenama kampung yang memang dah lama bertapak di Baling. Kicap kampung ni dibuat oleh orang kampung je... Tempatnya di Kg. Parit Panjang.. Memang tak tersebar luas pun.. sekitar daerah Baling je ada jual ni... 

Pak MF pun cerita la serba sedikit latar belakang perusahaan kicap ni... Kilang kicap ni diusahakan turun temurun oleh keluarga... Sekarang ni... anak sedara kepada pengusaha yang pertama ambil alih sebab bapa saudaranya dah meninggal dunia.. Bapa saudaranya tu, rakan sepengajian pondok dengan bapa MF. Jadi, kenal sangat la dengan owner pengusaha kicap ni... 

Kicap buatan kampung.. sedap.. lemak, manis, masin cukup rasa.. satu kicap cukup tiga rasa ni... pekat pula tu... Sekali rasa dah sedap.. terus cakap kat pak nak bawa balik KL lah.. terus pak belikan tiga botol bawa balik KL... 

Kicap buatan kampung pun berkualiti jika kena gayanya kan.. bestnya bila limited edition.. kualitinya dapat dikekalkan kan... Yang penting kicap ni takde GST.. hehe... 

4 comments:

  1. Zumal belum pernah jumpa lagi kicap nie...

    ReplyDelete
  2. kat kampung pun memang beli kicap nih.. kicap tuh kat Kulim ada, Kepala Batas, Penang pun ada.. kiranya kawasan yang berdekatan jelah yang ada..

    ReplyDelete
  3. nak rasa satu boleh? tak pernah rasa dan tak pernah tau, macam sedap jer gayanya...

    ReplyDelete
  4. alaaa kenapa x diperluaskan ? kalo kat penang ni penuh kicap orang cina buat..
    dlu penah kecoh area bukit mertajam.. apek pijak2 je nak buat kicap.. eeeerk..

    ReplyDelete

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^