GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Jom Berkenalan Dengan Durian Belanda!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Tadi jenjalan di Pasaraya OTK Jalan Gombak, ternampak pula buah yang lama dan jarang dapat makan dan susah nak jumpa... Iaitu buah durian belanda... 

Durian belanda... ingat-ingat balik lebih 10 tahun dah kot MF tak makan... Dulu kat kampung, pokok durian belanda ni ada dekat depan rumah je... masa kecik-kecik dulu selalu la dapat makan... Lepas pokok tu mati akibat kemarau... Terus dah tak merasa dah buah durian belanda.

Mengingatkan buah ni jarang dan susah nak dapat, kami pun beli la sebiji... Nak bagi anak-anak tengok dan rasa buah ni... Yang kelakarnya, kami masing-masing dah lupa cara nak makan buah ni... Haha... nampak sangat dah lama tak makan kan... 

Disebabkan buah ni susah nak dapat, harganya bukan main mahal... Beli sebiji je tadi... Harganya RM6.80. Tu pun amik yang kecil je... 

Sedap buah durian belanda ni... Rasanya lemak-lemak manis dan takde bau... Alhamdulillah... Dapat la kakak merasa... 

Buah durian belanda ni juga banyak khasiatnya... Antaranya:

1) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

2) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

3) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

4) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah durian belanda telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

5) Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

6) Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan !

7) Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.
Artikel Penuh: Di Sini

Buah durian belanda, berkesan untuk melawan penyakit kanser...serta meningkatkan imunisasi badan... Jadi, buat pesakit kanser, buah ni salah satu rawatan semulajadi... Bagi yang takde kanser pun elok amalkan..sebagai pencegahan. 

Sekarang ni... Barang/makanan yang susah nak dapat serta banyak khasiat mahal harganya... Mungkin juga dah hampir pupus... walaupun mahal, belikan juga sebab nak bagi anak-anak kenal... 

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ