GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Buku Untuk Anak Yang Banyak Tanya!




Buku Untuk Anak Yang Banyak Tanya! | Masa anak tak banyak cakap.. Nak anak cakap..bila dah bercakap memang tak reti diam... Itulah ragam anak kecil... 

Pengalaman MF sendiri, mempunyai anak yang banyak tanya... si kakak Faiqah.. ringan mulut... usia setahun lebih dia dah mula bercakap walaupun pelat baby,. Masuk usia dua tahun.. dia dah fasih.. 

Masuk usia tiga tahun, dia mula bertanya... anak yang bertanya bagus,.tanda sel-sel otaknya berhubung. Jadi... memang jawab je la... cuma kengkadang dia suka bertanya tentang hal yang dia dah tahu... bagi soalan macam tu, MF jawab dengan soalan semula.. 

Memandangkan kakak yang semakin banyak belajar dari alam sekeliling melalui pemerhatian dia.. MF perlu bersedia untuk anak yang suka bertanya ni... Jadi, MF tertarik dengan satu buku yang MF beli masa jualan di tempat kerja MF... iaitu buku IBU KU INGIN TAHU.

Menariknya MF tertarik dengan buku ni... sebabnya menjawab pertanyaan anak dengan mengkaitkannya dengan Allah untuk mengukuhkan akidah. 

Antara soalannya: 
Allah kat mana???
Allah ada tangan???
Hantu macam mana??? 

Ada banyak lagi soalan yang dinyatakan dan jawapan yang menarik untuk memuaskan hati anak yang suka bertanya... 

MF pun tak habis lagi baca buku ni.... tapi memang seronok Dan menarik.., menambah ilmu keibubapaan.. harga buku ni pun tak mahal.. RM30 ke bawah je.. keluaran PTS... Memang sesuai buku ni dimiliki oleh ibu bapa yang mempunyai anak tengah membesar dan bijak serta banyak membaca... 

Entry ni sekadar perkongsian ilmu... bukan review berbayar dari pihak penerbit pun.... moga sama-sama dapat manfaatnya... 

5Ulasan

  1. Menarik buku nie. Senang kita nak kongsi dengan anak2 tanpa perlu buat cerita yang kita tak tahu takut tersasar maksud sebenar.

    BalasPadam
  2. tgu anak dah pandai bace mesti beli,,
    hehehe firash yang xpandai berckap pon kuat jugak berbual
    tah apa yang dibualkan

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ