GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Anda Bijak Jauhi Zina!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Anda Bijak Jauhi Zina! | Selasa lepas, sekolah MF ada satu program sepanjang hari untuk pelajar Tingkatan 1... Program anjuran pihak Bimbingan dan Kaunseling sekolah diberi tajuk "Anda Bijak Jauhi Zina".

Program sebegini dah dianjurkan dua tahun berturut-turut... Memandangkan pelajar sekolah menengah yang tinggal di kota metropolitan macam KL ni, program sebegini memang perlu diadakan selalu... Sebagai peringatan kepada pelajar yang meningkat dewasa.

Program ni dipenuhi dengan ceramah jemputan iaitu dari Rumah Perlindungan Raudhatul Sakinah...

Walaupun ceramah je... Dari jam 1 hingga 6 petang, tapi pelajar tak bosan... Sebab ceramah dan info yang padat dan bermanfaat... Tahun lepas MF ada juga ikuti...jadi guru bertugas... Dan tahun ni, MF hadir masa akhir dah... seronok ceramah ni... Antara pengisiannya:
Apa itu zina,
Couple
Kenapa couple haram
Kesan zina
Penyakit kelamin
Anak luar nikah
Pengguguran haram

Dan akhir ceramah diselitkan doa taubat .. Alhamdulillah, lihat wajah pelajar moga diorang faham...kenapa couple itu boleh menjurus ke arah zina...

Jika MF nak kupaskan isu ni panjang pula... Insha Allah MF akan kupas dalam isu dan entry yang lain...
Namun, MF pernah temuramah sendiri beberapa pelajar MF secara santai... MF tanya sendiri kenapa nak couple???

Rata-rata menjawab, sebab nampak sweet... terikut dengan kawan...dan nampak seronok je...

Pernah tak sepanjang couple bersentuhan??
Rata-rata jawab, ya pernah pegang tangan dan pegang bahu...

Dua jawapan ni buatkan MF meremang... Sebab MF ada dua orang anak perempuan masa ni... Huhu...

Jadi, MF terangkan... Kenapa COUPLE TU HARAM... MF umpamakan...Betapa tak seronoknya, bila kita tahu hal pasangan kita sebelum ianya halal bagi kita... bila dah kahwin, seks bukan yang utama... Tapi lebih kepada tanggungjawab... Sebelum kahwin rasa berkehendakan seks sebab syaitan banyak main peranan di situ... MF bagi juga contoh orang yang berkawan atau couple 19 tahun... Tapi tiga hari je kahwin dah bercerai... Kenapa jadi macam tu??? Sebabnya...bosan! Bosanlah bila kita tahu pasal pasangan kita tu...luar dalam sebelum kahwin... Jadi, dah kahwin nak tahu apa lagi kan... Tak ke bosan... Jadi.. Bercinta lepas kahwin... Indahnya tak tahu MF nak gambarkan macam mana... Lebih indah dari cerita dan drama tv dan novel gayanya...

Buat ibu bapa... Sama-sama kita aminkan doa ini... Moga Allah lindungi anak dan keturunan kita dari perkara yang Allah murkai...

"Ya Allah, kuatkanlah kami untuk didik anak kami dan lindungi anak-anak kami dan keturunan kami dari perkara dan perbuatan yang Engkau Murkai."

...Ameen... 

4Ulasan

  1. memang bab2 couple ni saya pun risau la..budak2 sekarang walaupun ada ilmu tetap ada rasa nak cuba..sebab tu ilmu dan iman kena ada dalam diri..

    BalasPadam
  2. "Ya Allah, kuatkanlah kami untuk didik anak kami dan lindungi anak-anak kami dan keturunan kami dari perkara dan perbuatan yang Engkau Murkai."

    Amiin.
    Alangkah pentingnya untuk ibu bapa terapkan benda ni dari kecil, dan juga mestilah beri cukup kasih sayang dan perhatian kepada anak-anak, inshaAllah mereka faham, kenapa Allah tak bagi.

    BalasPadam
  3. Terima pihak sekolah yang menjemput kami.. :)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ