GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Umur Persaraan Kakitangan Kerajaan Bakal Dilanjutkan ke Usia 62 Tahun!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Oh My... Terkejut juga dapat berita printscreen dari KGM kat Facebook.. Cuepacs minta kerajaan lanjutkan usia persaraan kakitangan kerajaan dari umur 60 tahun kepada 65 tahun.

Printscreen dari Astro Awani

Alasannya, negara maju dah amalkan pencen 65 tahun... Lepas tu sayang nak lepaskan golongan yang berpengalaman ni... kerja kejap dah nak pencen, tak sempat nak khidmat lama dalam pembangunan negara.

Huh!... MF sebagai kakitangan kerajaan... tentulah tak setuju... alasan.. biarlah rahsia.. nanti diluahkan dikatakan buka rahsia negara.. tak pasal kena saman.. tapi sapa-sapa dok dalam perkhidmatan awam tahu la camne kerjanya.. terutama golongan bawahan.

Dan lagi satu.. Umoq 62 tahun, tak larat dah kot cheq nak jerit kat anak murid lagi kot... nak panjat tangga pun ketaq lutut baq hang..

Untung kalau hidup sampai 60 tahun.. cukup lah kan.. nak men dengan cucu la pula.. tak dak la nanti orang tanya cucu, mak tok p mana.. cucu jawab, mak tok pi sekolah... ada sukan.. hangpa bayangkan lah kan...

Ni entry luahan nih... tu yang sampai terkeluaq habih loghat cheq... sorry lah no..
Minta-mintalah cadangan ni hanya cadangan.. Bagi lah kat orang muda pula berbakti, cari pengalaman.. Orang muda, kalau tak diberi peluang belajar jadi pakar, camne nak pandai ye dak..

Hangpa pikiaq kot mana pula..
Harap.. pertimbangkanlah betui-betui kan... 

5Ulasan

  1. Makin sukarlah generasi sekarang nak berkhidmat dalam sektor kerajaan. :(

    BalasPadam
  2. Makin susah lah yang muda nak dapat kerja kerajaan camni nak kena tunggu orang lama bersara

    BalasPadam
  3. setuju kata kak khaty,bagilah peluang kepada generasi baru untuk menyandang pekerjaan di sektor awam..ramai yang menganggur..

    BalasPadam
  4. alahai..umo 60 pun dah rasa lama sgt, nak tambah lagi? takmo!! hehe

    BalasPadam
  5. mati laaaa...harapan cdgan ditolak haha adoi..stress je baca~

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ