Sunday, 22 March 2015

Tunaikan Impian Kakak Sebelum Tambang Pengangkutan Awam Naik!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sekadar orang sibuk pasal GST kan..macam-macam version keluar pasal GST ni... Dan yang terbaru... Pasal kenaikan tambang pengangkutan awam sebanyak 20-60 peratus... Huhu...

Sedih juga dengar berita tu.. Kesian kat orang yang guna pengangkutan awam hari-hari... MF pula baru dalam cadangan nak balik kampung naik bas kononnya... Boleh save minyak dan tol... Tapi kalau dah naik menadadak macam tu... Baik naik kereta je la... Sama je pi mai pi mai pun kan...

Disebabkan pengangkutan awam bakal naik.. Terus suami nak tunaikan impian kakak... Si kakak Faiqah ni... Setiap hari kalau nampak bas waktu dalam kereta nak ke rumah pengasuh tu... selalu sebut... Kakak nak naik bas... Kakak nak naik bas... Alahai... Teringin betul dia nak naik bas.. Tambah pula dok dengar lagu... Tayar Bas setiap hari kan... Lagilah dia rasa pengalaman naik bas...

Jadi, semalam... kami suami isteri tunaikan impian kakak sebelum tambang bas bakal naik...

Seawal jam 7.30 pagi... suami dah kejutkan anak-anak... Dia mandikan... Dan MF bersiap sendiri... Sebab biasalah orang perempuan banyak benda nak siapkan...

Lepas sarapan... Lebih kurang jam 9.00pagi kami gerak dengan motor ke Stesen Bas Jalan Pekeliling... Parking motor kat situ... Dan naik LRT Titiwangsa menuju ke Stesen LRT Plaza Rakyat... Dulu LRT guna kad... Sekarang lepas dia wujudkan kad topup rapid tu... Dia gunakan sistem token dan pembelian token guna mesin automatik...  Adehh... Jakun la pula... Sebab lama tak naik LRT... Haha... Tak perlu malu sebab ramai je yang jakun macam tu... Hhhi... Dari Titiwangsa ke Plaza Rakyat hanya RM1.20 seorang...

Alhamdulillah... Masih pagi.. Orang tak ramai sangat... Seronok kakak dapat naik LRT... Dapat tengok bandar KL... Pagi semalam berjerebu sikit... Takde la panas sangat...

Sampai kat Plaza Rakyat... Berjalan kaki ke Hentian Pudu... Cari bas RapidKL yang boleh pusing-pusing bandar... Alhamdulillah... Memang ada bas pusing-pusing bandar... Bayar RM2 je seorang...  Naik la bas.. tak ramai orang... Seronok la dok kat depan ... Dapat tengok jalan... Kereta dan pemandangan...


Naik bas menuju ke Stesen Bas di Terminal Bas Bandar Tasik Selatan (TBS). Dalam 15 minit macam tu... Sampai ke sana... Mula ingat nak naik bas juga patah balik ke Pudu... Tapi suami decide... Kita naik LRT patah balik ke Titiwangsa...

Masa ni dah tengah hari... Orang dah mula ramai... Kakak dah mula penat berjalan... Tapi dia seronok je...
Kami turun bas di TBS dan naik LRT dari Bandar Tasik Selatan ke Titiwangsa... Harga untuk dua orang dalam RM3 lebih... Sebab suami beli tiket kat kaunter je.. Orang dah ramai dah masa nak balik ni...

Lagi sekali la kakak tengok pemandangan di dalam LRT... Cuaca dah mula panas selepas berlaku gerhana singkat semalam... adik pun dah penat... mujur tak buat perangai... Elok je dia tertido dalam baby carrier... Alhamdulillah...

Jam 12.10 tengah hari... Kami tiba di Titiwangsa... Plan nak jenjalan ke Lowyat tak jadilah sebab anak-anak dah penat... Terus je balik...

Alhamdulillah .. Dipermudahkan urusan untuk realisasikan impian kakak... Seronok dan tak tahu nak cakap macam mana dapat tunaikan impian anak ni sebenarnya... Alhamdulillah...

Seronok tengok kakak dan adik seronok semalam... alhamdulillah...



6 comments:

  1. sy pun dah lama tak naik pengangkutan awam ni. hehe. tu la masa mula2 guna token tu jakun kemain lg. buah hati kt sebelah siap sound lg malu je org nampak. hahaha!

    ReplyDelete
  2. wah... sometimes mcm best jer kn jalan2 mcm ni. tp kt malaysia ni public transport kurenggg sikit, seb tu saya prefer drive je ke mana2...hehe

    zinziemeewah

    ReplyDelete
  3. seronok bila tengok anak2 seronok :)

    ReplyDelete
  4. Kalau jalan sorang-sorang berbaloi gak naik pengangkutan awam tapi kalau ramai lebih baik kereta sendiri jew...

    ReplyDelete
  5. lame jugak ayu tak merasa nak naik pengangkutan awam nie
    suka lagi naik lrt dr naik bas

    ReplyDelete

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^