GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Teknologi Kanta Lekap : Kenyit Mata Untuk Zoom!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Teknologi makin canggih, bagi yang ada penyakit rabun, kini kanta lekap bukan untuk rawat rabun tapi boleh digunakan seperti lensa kamera... Boleh di zoom kan hanya dengan mengeyit mata kanan.
 

Penyelidik sedang membangunkan kanta lensa lekap yang memiliki teleskop kecil untuk meningkatkan keupayaan penglihatan manusia sama ada bagi zoom lebih dekat atau jauh menggunakan kawalan mata.

Inovasi kanta lensa lekap senipis 1.55 milimeter (mm) itu direka sangat nipis untuk memuatkan teleskop pantulan yang boleh diaktifkan apabila pengguna mengenyit mata.

Teknologi itu diperkenalkan kali pertama pada 2013 dan sejak itu ia dipertingkat hingga prototaipnya diperkenalkan semula Eric Tremblay daripada Ecole Polytechnique Federale de Lausanne, Switzerland ketika persidangan tahunan American Association for the Advancement of Science (AAAS) di California pada Jumaat.

Kanta lensa lekap itu hanya akan bertindak balas apabila pengguna mengenyit mata, bukannya kerdipan mata sekali gus memudahkan kawalannya daripada penglihatan normal kepada pandangan zoom atau sebaliknya.

Pengguna hanya perlu mengenyit mata kanan untuk aktifkan teleskop dan zoom bagi membesarkan objek jauh, manakala kenyitan mata sebelah kiri pula untuk mengembalikan pandangan kepada penglihatan normal.

Peranti mikro itu itu mampu mencapai pembesaran zoom objek sebanyak 2.8 kali ganda lebih besar bermakna ia mampu membantu pesakit AMD (penglihatan kabur disebabkan faktor usia) membaca dan mengenali wajah atau objek yang berada lebih jauh. - [Sumber]

Canggih betul kanta lekap ni... tapi jangan dok salah guna pula la ye... kang yang tak rabun pun nak ambil kesempatan juga.. nak zoom yang tak sepatutnya... Kadang teknologi ni memudahkan manusia, tapi ada yang mengambil kesempatan dan salah guna, tu yang nampak teknologi mendatangkan keburukan aje...

4Ulasan

  1. hahahaa biasa la ramai yang suka salah guna teknologi..

    BalasPadam
  2. best jugak kalau pakai ni.untuk tujuan yang betul la..jangan salah guna

    BalasPadam
  3. menarik ni kak ! ! tapi tak boleh kenyit mata belah kanan la pulak . kiri tak boleh ke . huhuu

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ