GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tak Semua Orang Mampu Berfikir Positif!

Semalam... Sembang-sembang santai dengan rakan-rakan... Tertiba keluar topik pasal anak... Biar MF gelarkan anak si A ni belajar di satu sekolah... Namun, result anaknya biasa-biasa sahaja... Sebabnya anaknya tidak minat kepada pelajaran tapi lebih kepada aktiviti luar...

Bila masuk bab pelajaran... Memula sembang biasa... Tapi tak lama lepas tu, perasan yang wajah si A berubah... Dan keluar juga kata-kata... "setiap anak tak sama, biarlah tak pandai akademik...asalkan dah besar nanti dia pandai survive hidup dia..." dari riak wajah... MF dapat tahu... Dia pasti terasa juga...bila rata-rata anak rakannya berjaya sehingga ada yang melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Walaupun tiada perbandingan dalam sembang santai tu... Tapi dia sendiri terasa...bila lihat anak-anak rakannya yang berjaya...

Itulah yang MF nak katakan... Tak semua orang mampu bersikap positif bila melihat kebahagiaan, kejayaan dan keseronokan yang orang lain terima... Kadang-kadang...bukan niat kita nak tunjuk... Tapi bila orang yang kurang dari kita dapat tahu... Pasti terdetik di hati sifat cemburu...

Bukan mudah nak didik hati kita positif...dan tak cemburu dengan kelebihan orang lain... Terus terang MF katakan... Kengkadang MF cemburu tengok kebahagiaan kengkawan MF, tapi cepat-cepat tangkis sifat tu dengan istighfar dan terus doakan dia...

Ada yang kata... Eh... Saya upload kt facebook, blog... Bukan nak tunjuk kat orang... Tapi secara logiknya la... Walaupun takde niat nak tunjuk..  Kenapa perlu upload untuk orang tengok dan baca kalau tak nak menunjuk... Kalau betul tak nak tunjuk... Kita akan setting private pada apa yang kita post tu... Itu baru kata tak menunjuk... (Nauzubillah...ampunkan aku ya Allah...kerana mungkin aku juga begini... sama-sama kita muhasabah diri)

Maaf MF katakan... Kadang kita cuma nak kongsikan keseronokan... Tapi, tak sedar kita guriskan hati orang lain... Rakan blogger ni MF percaya semuanya positif orangnya kan...sebab tu kita boleh jadi blogger...

Namun, bab anak ni memang MF sendiri tak suka nak citer lebih... Sebab nanti takut ada yang terasa... Walaupun kita tahu anak ni tak sama perkembangannya... Tapi kengkadang nak juga dibandingkan dengan anak sendiri dan sebagainya...

Biarlah kita je tahu pasal anak kita.... Tak perlu orang lain tahu... Mak MF pun bukan jnis suka sembang pasal anak-anak... Mungkin MF pun ikut style mak MF la kot... Tak minat sangat nak kisahkan pasal anak-anak... Yang mana patut je MF masukkan kat blog ni...

Sebab kita tahu... Tak semua orang mampu fikir positif...
Maaf andai yang terasa... kerana MF sendiri pun kadang kala leka.... 
sama-sama kita muhasabah dan perbaiki diri.. insha Allah... 

Renungan bersama.... Checklist untuk hati yang bahagia... 

4Ulasan

  1. Rezeki masing2.. apa yang kita nak, kita kena berusaha. Lepas usaha baru tawakal dan redha. Gagal sekali tak bermakna selamanya akan gagal. Yang penting be positif..

    BalasPadam
  2. mmg susah bila berdepan dgn org yg suka berfikir ngatif ni..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ