GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Sesaknya Bila Gaji Awal!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Terasa lama betul takde gaji, rasa macam gaji dibayar dua bulan sekali... Bagi yang takde banyak tangunggan mungkin tak terasa... Tapi, bagi yang hidup dibandar besar yang memerlukan banyak kos sara hidup.. memang agak terasa kan... Tapi ada beberapa cara untuk elakkan rasa sesak bila gaji awal ni.. Sebabnya, sebagai penjawat awam kita dah sedia maklum tarikh pembayaran gaji setiap bulan... Jadi, dari situ kita dah boleh merancang agak tak rasa sesak menunggu gaji akan datang.

1. Bayar Perbelanjaan Wajib
Selesaikan semua perbelanjaan wajib bulanan seperti sewa rumah, kereta, bil-bil, termasuk duit untuk ibu bapa... Tolak semua yang wajib....

2. Buat tabungan/simpanan lebihan gaji di akaun lain.
Duit lebihan belanja wajib, transfer kan ke akaun lain... Kiranya akaun tu akaun terdesak je... Bila dah habis duit dari akaun sedia ada, baru guna duit bila perlu.

3. Buat Tabungan Syiling Setiap Bulan.
Hargailah duit syiling walaupun RM0.05. Duit lebihan belanja boleh dikumpulkan.. Satu hari duit syiling ni sangat berguna. sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

4. Duit Selit
Amalan menyelit duit ni, amalan mak saya.. suka selit duit kat tempat tertentu..tapi tak tetap tempat tu.. selit bawah tikar, bawah lipat baju, dalam buku, dalam laci... bila terdesak.. duit selit ni sangat berguna..

5. Belanja secara pukal sebagai stok.
Kumpul stok barangan keperluan dapur yang utama.. seperti beras, minyak masak, sabun basuh, garam dan barangan kering yang lain.. waktu terdesak...takdelah pening kepala nak beli barangan dapur.

6. Side Income
Cuba jana side income sendiri... Tak semesti jual produk MLM je boleh jana side income.. jual burger, jual kuih ke.. atau jual nasi lemak di hujung minggu pun boleh dikira side income.

7. Ajar Anak Hidup Susah
Ajar anak agar hidup susah.. Jangan terlalu mengikut selera anak.. sebab dah banyak pengajaran saya lihat..akibat anak yang tak pernah hidup susah... Sesekali ajar lah anak makan nasi lauk kicap dan ikan masin.. tak salah ajar anak survival dalam hidup.

8. Jangan Ikut Kehendak
Amalkan rasa syukur dan elakkan ikut nafsu dalam bebelanja.. terutama orang pompuan.. sekarang ni shopping online.. istighfar bila rasa nak membeli... jangan ikut nafsu.. tengok almari baju, almari kasut bila rasa nak shopping tu ya.. 

9. Elakkan Berbelanja Guna Kad Kredit
Kad Kredit ni sebenarnya kad hutang... memang sedap berbelanja... sebab guna dlu bayar kemudian..  Elakkan guna kad kredit... kecuali bila betul-betul terdesak sahaja!

10. Berdoa dan Tawakal
Dalam segenap usaha kita, jangan lupa untuk berserah diri kepada Allah SWT. Berdoalah moga Allah sentiasa tunjukkan jalan untuk kita mencari rezeki yang halal.. Insha Allah...

Gaji awal atau tidak.. kena syukur... Makan gaji atau kerja sendiri tak penting.. yang penting syukur kerana rezeki tu dari Allah.. Walaupun tiada gaji, tapi kita masih mampu hidup tanpa meminta dengan orang lain... Itu pun kira rezeki dari Allah.. Alhamdulillah.. syukur...

Apa-apa pun rezeki banyak atau sikit itu adalah ujian dari Allah.. dan rezeki Allah bukan hanya duit.. tapi segala nikmat kurniaan Allah adalah rezeki dari DIA.

6Ulasan

  1. Memang sesak sgt!
    nak belanja pun takut2...

    BalasPadam
  2. barang dapur mmg kena beli secara pukal, MF. mmg agak sesak jugak kesan dari gaji keluar awal ni.

    BalasPadam
  3. wlau aina blum kerja, masih mentah kut. hehe tapi faham situasi mreka yg bkerja ni. dan betul tu, yg penting kita kena syukur dgn rezeki yg kita dapat.

    BalasPadam
  4. :) Alhmdulillah..dpt claim awal income tax..ada juga backup..lega sementara tggu next gaji. haha. Bila salah atur duit gaji..mmg merana

    BalasPadam
  5. CT pun slalu tngk mak ayah ngeluh bila dapat gaji awal..
    rasa macam tak ada gaji kan.. sbb nak kena bayar kereta bill semua macam dapat gaji ujung bulan..
    cabaran.. kami yg x duduk kat bandar besar pun trasa..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ