GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Koleksi Anak Patung Hias Bilik Tidur!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

sumber: google images

Saya mempunyai koleksi patung berbentuk binatang yang dihadiahkan keluarga sejak kecil hingga remaja. Saya menyimpannya sebagai tanda kenangan daripada keluarga.

Apakah hukumnya saya menghiasi bilik tidur dengan koleksi patung itu? Ini kerana koleksi itu dijaga dengan baik dan rasa sayang jika diberikan kepada orang lain.

Jawapan:
Secara ringkasnya, ada dua jenis patung yang dibincangkan iaitu patung yang dibuat sembahan dan patung yang dibuat permainan atau hiasan.

Jenis pertama adalah diharamkan iaitu patung yang dibuat sembahan sebagaimana kisah Nabi Ibrahim AS yang memusnahkan patung berhala.

Jenis kedua ialah patung dibuat permainan dan simpanan kenangan masih dibolehkan berdasarkan patung yang disimpan oleh Nabi Sulaiman AS.

Sebagaimana Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan (Kami mudahkan) bagi Nabi Sulaiman angin yang kencang tiupannya, bertiup menurut kehendaknya ke negeri yang Kami limpahi berkat padanya; dan adalah Kami mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. “Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan yang tinggi dan patung dan pinggan hidangan yang besar seperti kolam serta periuk besar yang tetap di atas tungkunya. (Setelah itu Kami perintahkan): “Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!” Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.” (Surah Saba: 12-13)

Hukum mengenai patung adalah dilihat pada matlamat penggunaannya. Kesimpulannya, ulama bersepakat bahawa patung dianggap harus jika ada faedah seperti untuk mainan anak dan dan dianggap haram jika digunakan untuk penyembahan. (Kita tak sembah, tapi kita letak patung tu tinggi-tinggi, hias cantik...selalu rapi kan.. itu juga boleh dianggap ke arah penyembahan.. Elakkan perbuatan sebegini.)

Namun ada hadis umum berbentuk larangan sebagaimana hadis Rasulullah yang bermaksud: “Malaikat tidak akan masuk rumah yang di dalamnya ada anjing dan patung.” (hadis riwayat Muslim)

Adalah lebih baik menjauhi perbuatan ini bagi mendapat kasih sayang dan rahmat Allah ­Taala. Wallahualam.
Jawapan Oleh: Ustaz Haslin

Anak patung ni sinonim dengan anak perempuan la... ada juga anak lelaki ada anak patung tapi tak banyak... Sebaiknya, bagi anak main anak patung tak salah... tapi jangan jadikan anak patung tu sebagai hiasan... Biar lah dia jadikan anak patung tu sebagai bantal busuk dia pun tak pe.. itu lebih baik dari simpan, letak di tempat tinggi hias cantik-cantik sebagai perhiasan... Itu yang tidak diharuskan dalam Islam... Kalau sebagai mainan anak-anak, dia peluk, tenyeh, usung kat lantai... tendang pijak... maknanya tidak sebagai hiasan adalah diharuskan... Wallahu'alam.

4Ulasan

  1. anak saya memang banyak anak patung.tapi tak de yang jadi hiasan..semuanya jadi bantal,jadi tempat pukul adik..hahha..tapi kan saya tengok ramai orang suka simpan patung hiasa dalam kereta..tu cemana pulak tu?/sebab ramai jugak islam yang buat..boleh ke tak?/

    BalasPadam
  2. kt umah akak pun banyak anak patung... walaupun aiyan lelaki tp aduhla... mana otomen mana boye, beruang, katak, lembu senang kata mmg dh mcm zoo kalu kumpul semua... tp tu semua mmg jd menan dia hari2... bkn yg di simpan tempat tinggi utk hiasan

    BalasPadam
  3. ada skit anak patung anak2 dara aida jadikan teman tido.
    ijat punya ada 2 ipin.
    teman permainan...
    aida x hias patung patung ni kat umah.
    anak x nak, aida buang...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ