GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Khasiat Kunyit!

Tidak ramai yang mengetahui kehebatan kunyit yang mampu menandingi ubatan moden, tetapi tanpa kesan sampingan.

Oleh sebab itulah kini semakin ramai pakar perubatan dan makmal di negara luar terutama Eropah dan Amerika mula memandang serius keajaiban kunyit sebagai penawar ­kepada pelbagai masalah kesihatan terutama pe­nyakit kronik seperti barah, kencing manis dan darah tinggi. 

Sumber: google images
Rahsia penawar daripada kunyit ini ialah daripada warna kuningnya yang dinamakan sebagai kurkumin (curcumin). Ia bahan penyembuh terbaik di dunia yang 100 peratus diekstrak dan dipiawaikan untuk kesihatan tubuh badan. 

Menurut pengkaji herba dari Universiti Oxford di United Kingdom, Prof Gerard Bodeker, kunyit salah satu daripada herba penawar penyakit terbaik di dunia dan sudah lama digunakan secara meluas terutama di Asia.

Menurut beliau, kurkumin adalah bahan aktif utama yang mampu menguatkan sistem imunisasi atau pertahanan badan daripada serangan penyakit.

Ia juga dikenali sebagai bahan penyembuh terbaik dalam dunia perubatan tradisional dan moden. 

Ekstrak kurkumin mengandungi polifenol adalah komponen bioaktif kunyit yang sedia diserap untuk kegunaan tubuh bagi membantu mencegah tanda awal kanser. 

Walaupun kebaikan dan manfaat kunyit sudah diketahui ramai, sebelum ini ianya tidak dipiawaikan dengan cara yang betul untuk kegunaan komersial. 

Selain itu, kunyit perlu diekstrak untuk mendapatkan bahan aktif utama yang dinamakan kurkumin supaya ia memberi kesan lebih maksimum berbanding serbuk kunyit biasa. 

Manfaat kunyit tidak harus terhad kepada warisan cerita turun-temurun, tetapi ia perlu dikaji secara ilmiah agar tidak menimbulkan keraguan kepada orang awam. 

Ini kerana hanya dengan kajian saintifik kita akan dapat mengetahui dengan jelas keberkesanan kunyit untuk menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan. 

Anti radang yang berkesan 

Menurut Prof Bodeker yang lama berkecimpung dengan kajian herba dari Asia, kunyit bukanlah terhad kepada wanita bersalin seperti yang dipercayai ramai. 

“Sebahagian besar masyarakat Melayu masih mempercayai bahawa kunyit hanya baik untuk wanita bersalin. Ini sangat merugikan kerana khasiatnya sangat banyak terutama sebagai antiinflamatori atau dalam terma Melayu, radang. 

Ia adalah keadaan setempat fizikal di mana sebahagian daripada badan menjadi merah, bengkak, panas dan sering menyakitkan, terutama sebagai reaksi kepada kecederaan atau jangkitan. 

Setiap penyakit bermula dengan radang dan kurkumin adalah anti-radang yang sangat baik,” katanya. 

Kajian mendapati kurkumin menyekat molekul NF-kB daripada bergerak ke dalam sel nukleus dan menghidupkan gen yang berkaitan dengan keradangan. NF-kB dipercayai memainkan peranan utama dalam banyak penyakit kronik. 

Meneutralkan radikal bebas dalam badan 

Menurut sekumpulan pakar perubatan dari Pusat Kanser Texas, Amerika Syarikat, kurkumin salah satu komponen kunyit mempunyai keupayaan untuk meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel badan. 

Radikal bebas adalah bahan kimia yang terkandung di dalam badan akibat pemakanan dan gaya hidup tidak sihat. 

Ia tidak stabil dan boleh mempercepatkan peng­hasilan sel kanser, penyakit kardiovaskular dan penyakit yang menyebabkan penuaan kulit. 

Oleh kerana itu, kurkumin bersifat antioksida, maka ia mampu melawan radikal bebas ini di dalam badan dan mengu­rangkan risiko penyakit kronik. Malah, kurkumin juga meningkatkan aktiviti enzim antioksida secara semula jadi di dalam badan. 

Bertindak balas de­ngan­ sel kanser 

Prof Bharat Aggarwal dari Anderson Cancer Center di Amerika Syarikat menjalankan banyak uji kaji terhadap sekumpulan besar pesakit kanser hati yang tidak menjalani proses kemoterapi. 

Didapati saiz tumor atau ketumbuhan mengecil de­ngan sendirinya. Beliau menerangkan bahawa kurkumin efektif terhadap beberapa jenis penyakit barah kerana ia mampu me­nyekat angionesis, iaitu pembuluh yang membekalkan darah kepada sel kanser. 

Beliau menegaskan: “Pada pendapat saya setiap penyakit barah mampu bertindak balas dengan kurkumin. 

Kurkumin begitu berkesan terhadap kanser kerana ia mencecah bukan sahaja sasaran tunggal atau isyarat sel laluan (cell signaling pathway), tetapi berpuluh-puluh sasaran terhadap kanser.” 

Ini bukanlah penemuan pertama mengenai tindak balas kur­kumin terhadap kanser, tetapi terlalu banyak kajian yang sudah dijalankan sebelum ini berkenaan kesan kurkumin terhadap pelbagai penyakit barah. 

Cegah kemurungan Alzhei­mer 

Suatu masa dulu, dunia perubatan mempercayai bahawa neuron otak tidak membiak atau membahagi selepas zaman kanak-kanak. Tetapi, kini kajian terbaru menyangkal kepercayaan sebegitu. 

Neuron mampu membentuk sambungan baru, malah pada bahagian tertentu di dalam otak, neuron juga ­boleh membiak dan meningkatkan bilangannya. 

Salah satu daripada pemacu utama proses ini adalah Brain-Derived Neurotrophic Factor (BDNF) iaitu sejenis hormon pertumbuhan yang berfungsi di dalam otak. 

Banyak gangguan dan kelemahan otak dikaitkan dengan tahap penurunan hormon ini. Ini termasuk kemurungan dan penyakit Alzheimer. 

Menarik­nya, kurkumin boleh meningkatkan tahap hormone BDNF di dalam otak. Oleh yang demikian, ia mungkin berkesan melambatkan atau merungkai ­masalah penyakit penu­runan aktiviti otak yang berkaitan dengan faktor usia. 

Atasi masalah ­pe­nyakit jantung 

Penyakit jantung adalah pembunuh terbesar di dunia. Ia dikaji selama beberapa dekad dan penyelidik mula memahami sebab berlaku­nya serangan jantung. Ternyata pe­nyakit jantung sangat rumit dan ada pelbagai perkara yang menyumbang kepadanya. 

Kajian di Amerika Syarikat mendapati kurkumin membantu memper­baiki fungsi endothelium yang merupakan lapisan saluran darah. 

Adalah diketahui umum bahawa kerosakan endothelial sebab utama serangan sakit jantung. Ia membabit­kan ketidakupayaan endothelium untuk mengawal tekanan darah, pembekuan darah dan pelbagai faktor lain. 

Berdasarkan kajian di atas, kita dapat membuat kesimpulan bahawa kunyit sememangnya adalah herba yang mempunyai kesan pemulihan semula jadi terbaik. 

Melalui pengambilan berterusan dan teratur, kunyit dapat membantu mengurangkan pelbagai masalah kesihatan yang kita hadapi. 

Namun, kita juga seharusnya mengamalkan cara hidup yang sihat dengan menjaga pemakanan dan selalu bersenaman agar kesihatan lebih terpelihara.

3Ulasan

  1. wow! terbaik la kunyit.
    nampak kunyit tu simple aje, buat goreng ikan (kunyit serbuk la).
    pastu kunyit idup sedap buat masak lemak.
    sotong kunyit...
    nyum nyum...
    besar khasiat nyer...

    BalasPadam
  2. Orang2 tua memang guna kunyit untuk ubati demam :)

    BalasPadam
  3. la xtau lak kunyit sampai k sane
    skg pon ramai yang pakai serbuk knyit tu
    tapi kalau buat masak lemak mmg kunyit hidup nie

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ