GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

15 Khasiat Buah Naga Untuk Kesihatan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


15 Khasiat Buah Naga Untuk Kesihatan! | Buah naga sejenis buah tempatan yang diimport dari luar negara. Digelar buah naga sebab bentuknya seakan-akan naga. Tapi betul ke naga macam tu rupanya??? 😂😂😂.

Apa pun, buah ni ada khasiat tersendiri... Rasa yang manis dan berlemak lembut dan sedap ketika dimakan sejuk. 

Asal Usul buah naga:

Buah naga (Inggris: pitaya) adalah buah dari beberapa jenis kaktus dari marga Hylocereus dan Selenicereus. Buah ini berasal dari Meksiko, Amerika Tengah dan Amerika Selatan namun sekarang juga dibudidayakan di negara-negara Asia seperti Taiwan, Vietnam, Filipina, Indonesia dan Malaysia. 

Buah ini juga dapat ditemui di Okinawa, Israel, Australia utara dan Tiongkok selatan. Hylocereus hanya mekar pada malam hari.

Pada tahun 1870 tanaman ini dibawa orang Perancis dari Guyana ke Vietnam sebagai tanaman hias. Oleh orang Vietnam dan orang Cina buahnya dianggap membawa berkah. 

Oleh sebab itu, buah ini selalu diletakkan di antara dua ekor patung naga berwarna hijau di atas meja altar. Warna merah buah terlihat mencolok di antara warna naga-naga yang hijau. 

Dari kebiasaan inilah buah itu di kalangan orang Vietnam yang sangat terpengaruh budaya Cina dikenal sebagai thang loy (buah naga). Istilah Thang loy kemudian diterjemahkan di Eropa dan negara lain yang berbahasa Inggris sebagai dragon fruit (buah naga). [Wikipedia Indonesia]

15 Khasiat Buah Naga Untuk Kesihatan!


Khasiat buah naga untuk kesihatan tubuh badan manusia. 

1. Sumber Vitamin C

Buah naga kaya dengan vitamin C yang dapat meningkatkan sistem imunisasi badan. Buah naga yang dikeringkan terbukti mengandung 10 kali lebih banyak vitamin C yang diperlukan badan.

2. Sumber Vitamin B1 (tiamin)

Vitamin lain dalam buah naga adalah Vitamin B1 atau tiamin. Fungsinya untuk memproses karbohidrat dengan pantas dan menghasilkan tenaga untuk badan.

3. Sumber Vitamin B3 (niacin)

Buah naga mampu menurunkan kolesterol kerana kandungan vitamin B3 atau niasin di dalamnya. Vitamin ini juga mampu membuat kulit halus dan bercahaya secara semulakadi dari dalam.

4. Sumber Vitamin B12

Kandungan vitamin B12 membuat buah ini menjadi perangsang nafsu makan yang baik. Terutama bagi orang-orang yang sedang dalam masa penyembuhan, buah naga sangat dianjurkan untuk dikonsumsi.

5. Kaya Serat

Buah naga mengandung serat yang cukup tinggi, sehingga berkhasiat untuk mengatasi beberapa masalah pencernaan seperti sembelit atau susah buang air besar.

6. Kaya Mineral

Mineral yang terkandung dalam buah naga adalah fosfor dan kalsium. Keduanya memiliki peranan dalam pembentukan tulang, gigi, dan perkembangan sel.

7. Kandungan Antioksida

Buah naga merupakan sumber antioksidan yang baik untuk mencegah dari serangan radikal bebas yang menyebabkan kanser dan masalah kesihatan yang lain.

8. Kandungan Protein

Protein merupakan nutrisi penting yang diperlukan oleh badan untuk membentuk hormon, enzim, dan sebatian lain. Jagalah kadar protein dalam tubuh dengan amalan secara teratur buah.

9. Rendah lemak

Biji-biji kecil dalam buah naga merupakan lemak tak tepu yang baik untuk kesihatan sebab menambah kolesterol baik dan menghilangkan kolesterol jahat.

10. Mengawal gula dalam darah

Bagi pengidap lencing manis, amalkan buah naga untuk mengawal gula dalam darah agar tetap seimbang.

11. Menurunkan tekanan darah

Amalan makan buah naga mampu mengembalikan tingkat hipertensi seseorang menjadi normal. Baik bagi yang berisiko terkena serangan jantung dan stroke.

12. Meneutralkan toxin

Racun/toxin dalam tubuh seperti merkuri, arsen, dan lain-lain, membahayakan kesehatan. Namun, semua racun dalam tersebut dapat dineutralkan dengan amalan makan buah naga.

13. Baik untuk kesihatan mata

Mengandung karoten yang membantu menjaga kesehatan mata dan memperbaiki penglihatan.

14. Menurunkan berat badan

Makan buah naga sebagai makanan ringan hari-hari. Dengan amalan beberapa bulan, anda akan melihat badan anda terlihat ramping dan ideal.

15. Mengubati asma

Batuk dan asma, beberapa gangguan pernafasan yang sering menyerang anak-anak dan orang dewasa. Kurangkan risikonya menagna amalan buah naga.
sumber: facebook

MF tak makan buah naga... masa awal-awal kenal buah naga ni, macam pelik je... siap cium dulu bau... tapi MF mula makan masa kat Universiti... bapa kawan MF mengusahakan ladang buah naga.. jadi, dari situ MF rasa dan makan... sekali makan sedap la pula.. dari situ MF suka buah naga.. Buah naga ada warna purple dan warna putih... rasa keduanya hampir sama... tapi MF lebih suka yang warna purple...sebab manis... warna putih baunya kuat sikit dan kadang rasa masam sikit... Memang banyak khasiat buah naga ni rupanya... patutlah susah nak jumpa... Pokok naga pun tak susah mana nak tanam... cuma dia perlukan tempat yang tinggi... dari 'belalai' tu nanti akan keluar bunga dan buahnya... cantik juga pokok buah naga ni jika dijadikan hiasan. 

7Ulasan

  1. Suka makan buah naga ni..kalau musim buah naga senang nak cari

    BalasPadam
  2. bestnya ada ladang buat naga... hehehe.. sedap.. :D

    BalasPadam
  3. saya suka yg purple juga
    yg naga putih ayh saya ada tanam dulu.sempat juga la makan 2,3 kali.skrg dh x da dh.

    BalasPadam
  4. dulu masa awal-awal buah naga susah nk jumpa yang isi maroon selalu isi putih tu, masa yang putih tu tak berapa sedap bagi akak... tapi yang maroon ni selain warna nya yang wow rasa dia pun lagi sedap...

    BalasPadam
  5. husband tanam buah ni tepi pagar. ada few pokok. bila berbuah, berebut makan dgn anak anak.

    BalasPadam
  6. suka juga buah naga..lg2 buat air dia sedap mix dgn buah2 lain :)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ