GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kemas Kini e-Filing Sebelum 30 April 2015!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Terbaca entry Kak +Farah Waheda Wahid pasal e-Filing minggu lepas.. Terima kasih dia mengingatkan.. kalau tak memang lupa habis pasal e-Filing ni... Dah teringat tentang tu, terus MF buat... dan semak tengok... 

Sekali nak masuk, alamak! lupa kata laluan... Ohh... jangan panik!, ada caranya... 

Mudah sangat, ada petunjuk bagi yang lupa kata laluan...Ada tiga cara untuk reset semula kata laluan:

1. Melalui e-mel
  • Sila ke https://ez.hasil.gov.my/
  • Klik ‘Terlupa Kata Laluan’
  • Masukkan No. Pengenalan, klik butang ‘Hantar’ dan masukkan alamat emel yang telah didaftarkan dengan LHDNM
  • Sekiranya e-mel yang dimasukkan tidak sama dengan rekod LHDNM, sistem akan memberikan bayangan e-mel sebagai panduan.
  • Jika berjaya sila semak e-mel tuan untuk mewujudkan kata laluan baru.

2. Jika ingat petunjuk kata laluan
  • Sila ke https://ez.hasil.gov.my/
  • Klik ‘Terlupa Kata Laluan’
  • Pilih Petunjuk Kata Laluan dan masukkan jawapan
  • Klik butang ‘Hantar’ untuk masukkan kata laluan baru dan pengesahan kata laluan (minimum 8 aksara dan maksimum 12 aksara)
3. Hadir di kaunter-kaunter khidmat pelanggan LHDNM dengan membawa Kad Pengenalan / Passport untuk pengesahan.

Akhirnya, dapat masuk... Alhamdulillah.. dah reset password... terus tengok e-borang... hmm.. macam blurr lagi nak update apa.. haha... tengok-tengok je dulu borang tu... tak update dan tak hantar lagi pun... Tapi MF dah buat reminder pada phone dan buku, untuk update dan hantar semula sebelum 30 April 2015... Sebab itu tarikh yang dia bagi masa MF cancelkan update e-borang tu tadi... Berikut ialah tarikh-tarikh untuk update secara manual di mana-mana kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). 


Jadi, boleh dah buat sekarang ya... Kemas kini awal-awal takut line sibuk pula nanti... MF pun tunggu buat time free sikit.. tak boleh time kelam kabut.. nanti takut ada yang silap...

Lega dah ada e-Filing ni... tak payah dah nak beratur lagi kat kaunter... Tahun lepas je la MF kena beratur sebab tak pernah buat lagi... Tahun ni, cuma update je guna internet yang ada... Mudah dan cepat... 

Maklumat lanjut boleh rujuk laman web LHDN atau mana-mana cawangan LHDN... 

Kenyataan Media tentang e-Filing : Klik Sini

Boleh update e-Filing di sini: https://ez.hasil.gov.my/CI/Index.aspx

4Ulasan

  1. thanks for sharing...kawan2 saya pon tengah sibuk buat e-filling...

    BalasPadam
  2. alamak..mcm tak pernah buat pon haha adoyaiii

    BalasPadam
  3. Hubby dah settle isi dah borang ni..

    BalasPadam
  4. cn tak pernah isi lagi e-filling ni, kena daftar manual dekat kaunter dulu, tu yg bercinta benor..hehe

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ