GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kelebihan Masuk Tingkatan 6!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Keputusan SPM dah berlalu... masa ni masing-masing pasti sibuk buat pilihan ke mana hala tuju yang seterusnya... Bagi yang dapat keputusan cemerlang, takde masalah... tawaran menarik pasti menanti, tapi bagi yang dapat keputusan sederhana, memang dilema... MF pernah hadapi juga dulu... Minta kerja tak dapat, sebab dia kata result ni elok nanti kerja tak lama... Jadi, dia tak terima.. Nak masuk U pun tak lepas... Dilema juga la... Akhirnya, MF ikut jejak kakak dan abang MF masuk tingkatan enam... Mulanya bapa MF suruh je sambung ambil STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia), MF tak minat... sebab banyak menghafaz... rasa tertekan dah nak hafaz banyak-banyak.. Jadi, bapa MF usahakan untuk masuk ke Tingkatan Enam sekolah harian biasa dalam daerah Baling. 

Memang makan masa prosedur tu... Orang dah banyak belajar... Pelajar dari SMK diserap masuk je... dalam bulan empat diorang dah mula belajar... Tapi MF punya permohonan dari SAR ke SMK lambat sikit... bulan Jun baru MF masuk... Maka, jadilah pelajar semula... 

Pada zaman MF tu... entah kenapa, orang pandang lekeh pada budak-budak SPM yang ambil Tingkatan Enam... bahkan, masa memula masuk, memang ramai ke Tingkatan Enam.. tapi mula berkurangan bila result Matrikulasi dan diploma keluar... orang nampak pelajar tingaktan enam ni macam budak tak pandai.. sebab tingkatan enam pilihan akhir sekali. Bahkan kat kampung tu, anak yang dapat masuk matrik lebih dipandang, dari yang masuk tingkatan enam... tapi bapa MF tak nak 

Tapi cikgu memujuk kami.. sebenarnya, banyak kelebihan masuk tingkatan enam:

1. Setaraf dengan Matrikulasi/Diploma
STPM walaupun belajar di sekolah tapi Sijilnya setaraf dengan Matrikulasi dan Diploma.. Matrikulasi yang gunakan sistem Universiti, dan Diploma tempoh lama dari biasa... biasa paling singkatn diploma 2 tahun setengah... 

2. Mudah Skor
STPM mudah skor... sebab kita tak tertekan sangat ketika belajar.

3. Subjek sikit
Subjek STPM minima empat dan maksima 5 je kot (tak pasti, sebab masa zaman MF maksima 5 subjek)... Jadi, mudah nak skor dalam tempoh belajar 1 tahun setengah.

4. Tempoh belajar 1 tahun setengah
Tempoh belajar yang singkat... dan ikut juga pengurusan sekolah.

5. Kerja Kursus yang Mudah
Kerja kursus yang diberikan mudah... sesuai dengan apa yang ada..

6. Cikgu mudah fokus
Cikgu mudah bagi fokus sebab pelajar yang tak ramai... itu untungnya, bila tak ramai amik tingkatan enam... CIkgu fokus dan mudah buat pembelajaran dua hala... boleh berbincang dengan mudah dalam kumpulan belajar yang kecil.

7. Yuran Murah
Yuran masuk tingkatan enam tak sampai ribu riban... Ratus-ratus je.. bukunya pun boleh kita dapat dari senior-senior yang ada.. 

8. Enjoy
Memang enjoy masuk tingkatan enam... tak stress... kena pula cikgu yang sporting... buat kerja kursus apa yang ada.. siap boleh kautim dengan cikgu lagi... hha... 

Itu je kot yang MF boleh listkan antara kelebihan masuk tingkatan enam. Bagi yang tak dapat masuk U, masuk je tingkatan enam. Cikgu kata sebelah kaki dah kat univerisiti dah bila dapat masuk tingkatan enam ni,... Sebab senang nak lulus.. Peratus gagal tu tak tinggi. 

Jangan kecewa jika tak dapat masuk U, banyak lagi peluang lain menanti.. Ingat! Kejayaan dan kabahagiaan bukan tercatat bukan pada sekeping sijil... Niatkan belajar untuk dapatkan redha dan ilmu Allah... bukan nak dapatkan sijil atau kerja bagus... Banyak jalan yang Allah sediakan...

Sumber: group telegram sekolah

Renungkan...
Ketika satu pintu kebahagiaan/kejayaan tertutup, pintu yang lain dibukakan...Tetapi seringkali kita terpaku terlalu lama, pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita 

15Ulasan

  1. peluang terbuka luas untuk adik2 ni sambung belajar..tak semestinya tak dapat masuk U terus yang lain pun tak dapat..selalunya ada peluang kedua..dan rebut la..takut kalau kita tolak sebenarnya peluang kedua yang di beri tu lah satu2 nya peluang yang kita ada...yang kita harap2 kan sangt tu tak kunjung tiba..

    BalasPadam
  2. Salam kenal...
    nieyl amek form 6..
    bukan sebab result tak bagus...(tapi xdelah bagus sgt pun)
    Alhamdulillah...walaupun nampak susah..( mmg susah ckit la) tapi..perjalanan ke U tu lebih mudah..
    rugi siapa yang tak amek form6 nie klu ada peluang...

    BalasPadam
  3. mohon maaf ye sebab atas pendapat ni . saya ni pernah tinggal asrama . sekali dngan form 6 . tapi sy tngok diorang study pon memang susah . pasal skor tuu, diorang sendiri yang cakap , memang susah nak score . pasal belajar , memang stress tambahan lagi bersekolah dngan budak2 lain . ni hanya pendapat . sy pon dapat daripada kawan saya yang belajar form 6 . thanks for the info anyway .

    BalasPadam
  4. Adik ipar saya memang amik form 6. Baru dapat result. Alhamdulillah...dpt 3.82 ☺

    BalasPadam
  5. Akak pun ambik STPM..mula2 cuak jgk sbb buku tebal2 tapi alhamdulillah tetap lulus :)

    BalasPadam
  6. Sue dulu maduk srkejap tingkatan 6 before dpt tawaran u swasta.

    Tingkatan 6 pun srbenarnya byk manfaatnya mcm yg maria list di atas.

    Namun madyarakat memandang sefikit lekeh pd budak2 tingkatan 6 ni..

    BalasPadam
  7. Sha dulu memang teringin nak masuk Form 6, sebab suka sekolah. Tapi yang peliknya, permohonan ke Form 6 tu direjek, sedih tau masa tu. Last-last, yang dapat hanya matrik. Nak tak nak terpaksa lah jugak masuk matrik. Tapi, alhamdulillah ok :)

    BalasPadam
  8. Form 6 subjek-subjeknya memang susah kan? sS orang kata, hanya orang yang pandai je masuk form 6 ni, hihi

    BalasPadam
  9. Form 6 ni memang susah kan? Sebab tu orang kata yang pandai-pandai je masuk Form 6 ni ~

    BalasPadam
  10. tula,. ramai org pandang lekeh amik form 6 ni, padahal form 6 paling jimat dari pegi amik diploma tu ;)

    BalasPadam
  11. Kelebihan T6
    1. Sistem pentaksiran baharu - peperiksaan berpusat setiap penggal dan kerja kursus
    2. Sistem penggal (3 penggal) sama seperti sistem semester di Universiti Awam (UA)
    3. Berpeluang mengulang peperiksaan penggal 1 dan penggal 2 untuk perbaiki keputusan
    4. Kerja kursus membantu keputusan STPM menjadi lebih baik
    5. Keputusan peperiksaan setiap penggal dikeluarkan MPM untuk memberi peluang pelajar menilai sama ada hendak mengulang atau tidak.
    6. Keputusan STPM sebenar mengambil gred terbaik keputusan peperiksaan (penggal 1 atau ulang penggal 1 + penggal 2 atau ulang 2 + penggal 3 + kerja kursus)
    7. Sistem persekolahan Mod 1 (sekolah T6 sahaja) dan Mod 2 (bercampur aliran perdana tetapi bangunan T6 berasingan)
    8. Pakaian smart casual untuk pelajar T6. Tidak lagi pakai pakaian sekolah
    9. Ada sekolah T6 diambil UA sebagai sekolah angkat. Pelbagai program dilaksanakan
    10. Sijil STPM diiktiraf kerajaan Malaysia. Bermakna pelajar T6 diterima masuk di semua UA dan universiti swasta di Malaysia
    10. Sijil STPM diiktiraf Cambridge Assessment (CA), UK. Bermakna pelajar T6 diterima masuk ke universiti terkemuka luar negara. Apabila CA mengiktiraf STPM, 53 negara Komanwel turut mengiktiraf STPM, seperti Australia, NZ, Brunei, Singapura dan lain-lain.
    11. Negara bukan komanwel turut menerima pelajar STPM seperti German, Ireland, China dll
    12. Sijil STPM turut diiktiraf JPA untuk bekerja di sektor Kerajaan. Juga disektor swasta
    13. Penajaan biasiswa kepada lepasan STPM oleh KPM, JPA dan juga pihak swasta seperti Petronas, Gamuda, STAR dll untuk melanjutkan pengajian di universiti dalam dan luar negara
    14. Biasiswa juga disediakan oleh Univ Keb Singapura kepada pelajar lepasan STPM yang berjaya ditawarkan ke universitinya. (Biasiswa ASEAN)
    15. Universiti Kebangsaan Singapura turut iktiraf MUET. Pelajar STPM yang mendapat Band 4 dalam MUET tidak perlu duduki pep BI di Univ ini
    16. Pensyarah UA lebih suka kepada lepasan STPM kerana lebih matang, boleh berdikari, dan graduan lepasan STPM lebih cemerlang di Univ
    17. Peratusan keputusan STPM sentiasa meningkat dari segi PNGK dan bilangan pelajar yang mendapat lulus penuh (Prinsipal). Ini menggambarkan STPM bukanlah sukar seperti yang digembar-gemburkan oleh mereka yang tidak pernah melaluinya

    Moga perkongsian ini membuka mata dan minda masyarakat bagi menepis persepsi negatif tentang STPM. Terima kasih

    BalasPadam
  12. Hakikatnya ramai anak melayu malas nak amik form 6 sebab susah.dorang nak senang masuk universiti tu sbb amik matrikulasi....ramai yg sedar konsep bersusah dahulu senang kemudian.yg susah akan bawsk kita jauh keatas.cina dan india jer yg ramai buat form 6.form 6 juga entry kemasukan ke universiti singapore pd yg nk study kst singapore....da dari singapore lepas degree terus lerja di singapore atau luar negara

    September 27, 2019 at 9:27 AM Delete
    Blogger AdaAkuKisah said...
    Anak saya dipaksa buat form 6,memang dia tak suka sb kawan2 dia dh buat matrikulasi,sebab buat form 6 adalah kerana sy nk menghantarnya ke NUS spore,syarat kemasukan NUS adalah form 6.dia tak nk masuk NUS,sy bgtau dia kalo tak nak NUS maka dia kena masuk uni yg no satu di Malaysia....arini dia dlm tahun 2 jurusan Law dalam Universiti Malaya..

    BalasPadam
  13. Hakikatnya ramai anak melayu malas nak amik form 6 sebab susah.dorang nak senang masuk universiti tu sbb amik matrikulasi....ramai yg sedar konsep bersusah dahulu senang kemudian.yg susah akan bawsk kita jauh keatas.cina dan india jer yg ramai buat form 6.form 6 juga entry kemasukan ke universiti singapore pd yg nk study kst singapore....da dari singapore lepas degree terus lerja di singapore atau luar negara

    September 27, 2019 at 9:27 AM Delete
    Blogger AdaAkuKisah said...
    Anak saya dipaksa buat form 6,memang dia tak suka sb kawan2 dia dh buat matrikulasi,sebab buat form 6 adalah kerana sy nk menghantarnya ke NUS spore,syarat kemasukan NUS adalah form 6.dia tak nk masuk NUS,sy bgtau dia kalo tak nak NUS maka dia kena masuk uni yg no satu di Malaysia....arini dia dlm tahun 2 jurusan Law dalam Universiti Malaya..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ