GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

5 Cara Pantas Atasi Stress!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

sumber: google images

Pernah tak rasa moody je bangun pepagi... Lepas tu nak ke tempat kerja pula jem... Sampai kat tempat kerja, orang longgokkan lagi beban kerja atas meja.. Pernah tak??? MF pernah hadapi camtu... Rasa nak jerit je... Tambah moody tu pula time dekat nak PMS... Biasalah orang perempuan.... Tapi tu lah.. Rasa tension, stress, dan nak mengamuk pun ada... 

Tapi ada lima tip pantas atasi stress ini.. Mungkin boleh cuba... 

Aroma Lavender
Siapa di antara anda semua peminat lavender? Tahu atau tidak, selain dari baunya yang harum, lavender juga mempunyai banyak manfaat lain. Mengikut salah satu kajian di Jepun, bauan yang terdapat pada lavender dikatakan mampu menenangkan fikiran. Ia boleh memberikan kesan relax dan santai dan kini lavender telah menjadi antara bahan popular untuk beberapa produk kecantikan dan kesihatan.

Layan muzik
Otak bercelaru? Inilah masa untuk dengarkan lagu favourite anda. Banyak pilihan muzik terkini pelbagai genre seperti Bruno Mars, If I was your man,  hinggalah ke lagu-lagu evergreen seperti daripada kumpulan Backstreet Boys dan Westlife. Seeloknya pilihlah muzik yang tidak terlalu rancak kerana ia mungkin akan membuatkan fikiran anda lebih berserabut.

Kami terbaca kajian daripada University of Marylands yang mengatakan dengan mendengar muzik kegemaran, sistem peredaran darah akan menjadi lebih lancar serta aliran darah dapat ditingkatkan. Wah, ini bukan sahaja mampu menenangkan anda, tetapi baik untuk kesihatan jantung anda.

Resipi ketenangan
Inginkan sesuatu yang manis? Cubalah untuk buat beberapa resepi terbaru anda sendiri seperti pavlova, brownies, dan pelbagai lagi. Ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu terapi untuk melupakan masalah yang dialami. Rasa manis pada makanan seperti coklat  juga dikatakan mampu meningkatkan kadar hormon Endorfin yang akan membuat kita merasa senang hati dan bahagia.

Lepaskan bebanan
Jangan salah sangka tau! Kami tidak maksudkan anda untuk lepas tangan terhadap masalah anda. Tetapi, normal bagi wanita ungtuk menangis jika terlalu tertekan. Mengikut kajian yang dilakukan oleh beberapa pengkaji biokimia, hampir 85% wanita mengatakan dengan menangis akan membuatkan mereka merasa lebih baik dan lega. Jadi wanita sekalian, jangan lagi tahan air mata anda. Wanita bukannya lemah dengan air mata, malah menjadi lebih kuat!

Hanya 1 minit
Hanya 1 minit senaman ringkas seperti berlari setempat juga mampu meningkatkan tenaga serta melawan stress. Hal ini kerana segala anggota badan digerakkan dan ia dapat melancarkan peredaran darah seluruh badan dan perkara ini dapat membuatkan minda kita terasa lebih segar. [sumber]

Memang kengkadang kita perlukan masa sendiri... Bila dihadap dengan tekanan bertubi-tubi boleh migrain jadinya... Apa yang MF lakukan... Beristighfar tanpa henti... Sebab masa kita stress, syaitan mula la nak masuk jarum... Istghfar dan zikir.. ingat Allah... lepas tu baru MF akan cuba tips-tips di atas... Cara paling pantas nak redakan, ialah coklat.... Tak dapat makan coklat, air coklat sudah cukup melegakan... Menangis, bila dah tak tahan sangat... tapi cari port sesuai untuk lepaskan tekanan tu... Supaya takde lah kontroversi yang timbul... 

5Ulasan

  1. kalo saya lagi stres banyak fikiran suka di lampiaskan dengan musik :)

    BalasPadam
  2. Thanks Maria.. ketenangan terganggu gak ni lately.. huhu

    BalasPadam
  3. Nice sharing, memang harini agak stress plus ada PMS pulak, kena amalkan ni :D

    BalasPadam
  4. Ada gak rasa moody baru-baru ni.
    Tapi, bukan sebab kerja tu sendiri..
    More to ada orang kat rumah yang hilangkan mood kita nak kerja cam biasa.

    BalasPadam
  5. hihi..
    sama la cara saya dgn mf
    suka coklat juga.
    menangis pon..
    sepanjang berttc dulu mmg tak terkira stressnya..
    bila berblog byk yg saya prlajari.
    semakin hari semakin positif bilan sntoasa dpt komen positif dr mmber member blog.
    terima kasih semua ;)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ