GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Setiap Hari Bercinta!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

google images

14 Februari setiap tahun, para remaja mesti ingat dan nak sambut.. terutama yang ada pasangan kekasih. Sana-sini kempen "SAY NO TO VALENTINE DAY" diwar-warkan di media sosial termasuk juga ceramah agama... tapi tetap juga ada yang sambut...

Sebenarnya, dalam Islam menganjurkan kita bercinta setiap hari, bukan pada hari-hari tertentu je... Bercintalah setiap hari... cuma salurkan rasa cinta itu pada tempat yang betul... Letakkan cinta kita yang utama pada Allah dan Rasul, kemudian ibu bapa, kemudian pada diri sendiri...dan begitulah seterusnya...

Dalam salah satu hadis Nabi s.a.w:

عَنْ أَنَسٍ عَنِ النَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ لا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
Dari Anas r.a. bahwa Nabi SAW bersabda, "Tidak sempurna keimanan seseorang dari kalian, sebelum ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri"

Tak sempurna iman orang yang takde rasa cinta pada saudaranya sendiri.. Maknanya penting rasa cinta itu.. Cinta tu fitrah manusia.. tiada salah.. yang salahnya kita, jika kita salah salurkan fitrah tu ke tempat yang salah.

Kejarlah cinta Ilahi... pasti akan temui cintai sejati... Jangan rosakkan rasa cinta kerana nafsu, tapi didiklah rasa cinta dengan iman dan taqwa... 

Pupuklah cinta setiap hari, 
agar sentiasa dekat pada Ilahi.. 
Bercintalah suami isteri, 
agar kekal abadi hingga ke syurga nanti...

Selamat bercinta... Agar Allah terus merahmati... 
"SAY NO TO VALENTINE DAYS"

9Ulasan

  1. betul tu kak. say no to valentine. tapi tula ramai dah yg duk terkejar nak tiru cara barat secara slow2. mcm melamar kt public lah ape lah sume tu.

    BalasPadam
  2. Salam singgah, jemput singgah segmen:
    Novel diagnosis, header, top up, vector art, tudung untuk dimenangi...
    http://studioous.blogspot.com/2015/02/1st-segmen-kerjaya-blogger-ipt-by.html

    BalasPadam
  3. cinta kepada Ilahi cinta yang kekal abadi :')

    BalasPadam
  4. Setuju sangat..tak ada maknanya bervalentine bagai..

    BalasPadam
  5. Hari2 pun bercinta dengan hasben,... tak rasa langsung special hari valentine's ni.... rasa special bila anniversary je... heee~

    BalasPadam
  6. Valentine day takde dalam kamus hidup kami suami isteri.

    BalasPadam
  7. btl tu kak..
    hari2 lah kite pttnye bercinta
    bkn takat dgn pasangan jee

    BalasPadam
  8. Orang yang sambut Valentine's ni mereka bercinta sehari dalam setahun jer. Lebih baiklah macam kita yang mengejar cinta hari-harikan :)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ