GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Petua Untuk Melegakan Angin Dalam Badan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Seksanya kena serang dengan angin dalam badan... MF memang teruk kalau sekali kena.. rasa macam nak pitam... sebab tu memang elak makanan berangin ni.. Cara MF kurangkan angin adalah dengan sapukan losyen Pati Halia... sapu kat perut dan betis serta tapak kaki.. suami pula tolong urutkan belakang.. memang tak selesa kalau ada angin dalam badan... sebab kalau dah dok dalam badan, tak nak keluar pula anginnya... Tapi amalan dan petua-petua ni boleh membantu melegakan angin dalam badan... :

Petua 1: Campurkan air perahan bawang merah setengah cawan dengan halba rebus setengah cawan. Kemudian, campurkan sedikit madu asli dan kacau sehingga sebati dan minum. Amalkan setiap hari.

Petua 2: Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya dan makan mentah-mentah. Badan akan menjadi hangat dan angin akan keluar. Rasa mual dan pening akan berakhir.

Petua 3: Ambil 5 ulas bawang putih dan bakar tetapi jangan sampai hangus. Kemudian, makanlah bawang tersebut. Hasilnya, angin dalam badan akan keluar.

Petua 4: Rebus buah mata kucing bersama halia dan gula melaka. Minum air tersebut setelah suam. Lebih elok diamalkan selepas memakan nasi.

Berikut adalah makanan yang menyebabkan angin dalam badan:
  • Kacang
  • Sayuran seperti kobis, petola, terung, labu
  • Ubi
  • Taugeh
  • Bawang
  • Asparagus
  • Buah-buahan seperti nangka
  • Bijirin seperti roti gandum
  • Minuman ringan 
  • Susu dan produk daripada susu dan keju (MF tak alah angin yang ni.. susu dan keju feveret tu)
  • Makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijirin dan sos salad.
Tips Sihat Agar Tak Mudah Diserang Angin dalam Badan.

  • Banyakkan minum air kosong. (air suam sebaiknya)
  • Kurangkan udara yang anda sedut. (amalkan nafas melalui hidung, dan hembus ikut mulut)
  • Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih. (makan dengan adab bukan gelojoh)
  • Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah
Makanan berangin tu ikut orang juga la.. ada je yang tahan badannya boleh makan... Petua ketiga MF selalu juga buat, tapi petua keempat tu menarik juga.... boleh la cuba... sedap kan air mata kucing... lebih kurang rasa macam air longan la juga... mungkin boleh cuba... 

10Ulasan

  1. Tq sis atas petua ni..

    BalasPadam
  2. Saya pun rasa yang ke empat tu je la yang boleh saya telan..kena buat dulu baru tau..

    BalasPadam
  3. Samalah kita MF.. Saya ni pun berangin jugak tp bkn hot temper :-) Nasi goreng & nasi impit mmg x blh makan.. Itu antara mknan yg mengundang angin sgt kronik pd saya..

    Boleh cuba losyen halia next time. Tq for sharing.. ^_^

    BalasPadam
  4. Baru ja perut masuk angin kembung perut smlm... Lps muntah pakej dgn ceri beri br baik.. Tak suka kembung perut

    BalasPadam
  5. Ohh promote produk keapa ni?hehe tp halia memang terbukti agen pembuang angin yg bagus kan

    BalasPadam
  6. bermanfaat sangat! lagilah bila perempuan yg dah bersalin dan berpantang tak betul macam saya sbb pantang seorang dri peringkat awal T_____T sakitnya badan x mampu

    BalasPadam
  7. Salam singgah jumaat sis....terima kasih atas perkongsian petua ini....

    BalasPadam
  8. sangat bermanfaat.Eh baru tahu juga taugeh bole buatkan angin.Tq utk info ni yerk

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ