GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Komen Bukan Sekadar Komen

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sumber: google images

Lama tak mencoret pasal blog kan... bukan tak nak... takde masa.. idea tu ada je...

Alhamdulillah... sepanjang berblog selama empat tahun dan betul serius selama dua tahun...banyak yang MF belajar dari blogger popular dan berpengalaman...

Belajar menulis entry, belajar bab SEO dan belajar bab nak cari hasil dari berblog secara sampingan... dari situ juga MF belajar juga cara nak memberi komen...

Dalam kita berblog... pasti antara tujuannya nak orang baca blog kita... bukan sekadar syok sendiri...salah satunya kita nak orang kenal blog kita adalah dengan berblogwalking dan juga meninggalkan komen diblog orang lain...

Alhamdulillah... blog MF masih menerima kunjungan orang lama dan orang baru... dan pastinya setiap hari MF akan menerima kunjungan blogger baru... MF tahu sebab diorang ni akan meninggalkan komen... sama ada komen dari join segmen atau memang baca entry-entry di blog MF... TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ADIK-ADIK NEWBIE...

Cuma yang sekadar berkongsi pengalaman... dalam kita memberi dan meninggalkan komen biarlah ikhlas... biarlah komen tu betul-betul komen yang membina... yang memberi inspirasi kepada penulis...

Jangan komen dengan nada memerli atau menghentam.... sebab komen dalam bentuk penulisan tak sama komen dalm bentuk percakapan... dalam penulisan... macam-macam orang boleh tafsirkan...dan boleh dibaca dengan pelbagai nada... jadi, berfikirlah sebelum memberi komen...

Berilah komen yang positif...tegurlah secara berhemah... jangan dengan tujuan hanya nak mendapat kunjungan balas... cubalah ikhlaskan diri dalam memberi komen... anggaplah blog itu rakan dan kenalan kita walaupun kita tak kenal...

Maaf la... jika pendapat MF ni tak disetujui orang... tapi MF rasa jika ada baik kita jadi silent reader jika kita tak mampu meninggalkan komen yang membina untuk orang lain...

Komen yang menyentuh peribadi seseorang... akan beri kesan negaTif... tapi jika kita kita meninggalkan kesan positif insha Allah.. kita akan dapat ramai kawan...

Komen bukan sekadar komen... komenlah dari hati... blogger bukan sekadar blogger... tapi lebih dari sokong menyokong antara satu sama lain...

Happy blogging...
Semoga kita diberkati dan dirahmati dalam setiap entry yang kita publishkan.. insha Allah...

10Ulasan

  1. amin ya Rabbal 'alamin.

    saya pun setuju dengan pendapat tu. komen ikhlas dari hati :)

    BalasPadam
  2. betul betul betul..setuju ni sis..

    BalasPadam
  3. setuju..saya rasa kalau blogger tu tulis benda yang kita tak setuju baik kita tak payah komen kalau kita macam nak bergaduh dengan tuan punya blog..Rasa tak boleh tahan sangat pm je tuan blog tu baik2..

    Ada setengah orang bila blogger tu tulis benda yang dia tak minat pun dia nak komen .."cerita tak berfaedah.."..:tulis cerita mengarut.."..pelik betul orang macam ni...dah tau mengarut dan tak berfaedah gigih pi komen jugak..rasa tak suka baca la cerita lain..

    Saya ada sorang pembaca ni..datang blog saya,ada je benda yang dia nak bangkang..setahu saya tak de pulak saya sakitkan hati dia ke sebelum ni.saya komen blog dia pun tak de kritik2 apa dia tulis...ikutkan hati memang tak mau dah pi blog dia dan komen2 supaya dia pun tak datang dah blog kita..tapi tak best pulak buat macam tu..cukup la sorang blogger je saya banned seumur hidup.tak mau ada blogger ke dua yang saya buat macam tu..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah. Setakat suma suma rakan blogger sangat suppotive, bagi komen membina, ;)

    BalasPadam
  5. hi, saya blogger baru hehe..

    #follow me on shukranzahari.blogspot.com
    #nuffnangclick
    #happy blogging

    BalasPadam
  6. Betul. Terbaik entry ni. Hehe. Sekali orang sentap bukan senang nk baikkan balik. Langsung xsalah utk saling membantu utk sama2 dpt yg terbaik tp bantu secara positif. Kalau rasa teguran bole timbulkn rasa malu kt seseorang blogger, jgn komen secara terbuka tp cari medium lain utk tegur secara private, tu lebih baik. :)

    BalasPadam
  7. betul tu
    perkongsian yang mnrik dan mmbina.smga mnjadi panduan bersama

    BalasPadam
  8. Komen yang baik2,komen yang membina,komen yang boleh memberi kita semangat untuk memperbaiki setiap kelemahan kita dalam dunia blogging ni...komen biarlah dari hati yang ikhlas...

    BalasPadam
  9. Setakat ni alhamdulillah saya terima komen yang positive. Cuma ada 2-3 komen dari new reader yang saya ada terasa sikit especially komen masa saya buat segmen. Ada yang kata saya x letak senarai nama dia lah padahal dia xde join segmen saya pun. Ermmm...

    BalasPadam
  10. Alhmdulilah, setakat ni menerima komen positif dari rakan blogger. ;)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ