GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Guna Minyak RON97 lebih Jimat dari RON95???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sejak harga minyak menurun, suami MF memilih untuk guna minyak RON97... memula guna untuk isi Proton Perdana V6... terasa kelainannya... rasa macam jimat dan lepas tu kami guna pula untuk perodua Viva660... memang terasa lain, bila MF memandunya... rasa macam smooth dan enjin pun agak senyap.. dan lebih jimat... isi full tank boleh tahan lebih dari dua minggu untuk penggunaan setiap hari pergi balik kerja... lebih kurang jaraknya 25km pergi balik... Suami pun dah guna RON97 untuk motosikal Hondanya... dan pernah sekali guna RON99 nozzle warna merah... tapi RON99 ni susah nak jumpa..dan jarang dijual oleh kebanyakan stesen minyak... tapi..betul ke RON97 lebih jimat dan enjin makin lancar?.. Jom study pasal minyak pula... 
Proses penghasilan jenis minyak dan gas...
Sumber: google images

RON adalah singkatan bagi ‘RESEARCH OCTANE NUMBER‘, dimana octane number ataupun octane rating bermaksud ketahanan minyak tersebut sebelum ianya meletup atau dinyalakan di dalam engine anda.

RON97 bermakna minyak ini lebih tinggi ketahanannya berbanding dengan RON95 atau RON92. RON yang tinggi dicipta untuk mengelakan berlakunya nyalaan pramatang dan pada asalnya diciptakan untuk kereta yang berkuasa tinggi seperti kereta-kereta lumba dan sport.

Tidak bermakna menggunakan RON95 itu tidak bagus untuk kereta anda. Harus diingatkan bahawa nilai oktana tidak ada kaitan dengan kandungan tenaga di dalam bahan api, ataupun kelajuan bagi api palam pencucuh untuk sampai merentasi kebuk pembakaran. Ia hanya ukuran ketahanan bahan api terhadap nyalaan sendiri.

Oleh itu, ia sepatutnya tidak menjejaskan prestasi enjin. Namun begitu, anda masih perlu memeriksa keperluan gred minima bagi enjin kereta anda.

Apa yang perlu anda buat ialah rujuk buku panduan kereta anda untuk Rating Octane minimum yang boleh dipakai dan juga kereta anda perlu menggunakan minyak unleaded (tanpa plumbum) ataupun leaded (plumbum).

Apabila anda refer kepada manual kereta anda, kat situ ada ada tercatat minimum ron yang boleh digunakan. Kalau dia tulis ron 95, maknanya anda kena guna Ron 95 dan ke atas saja. Jangan pula guna minyak bawah ron95. Nanti rosak pula kereta anda.

Selain di dalam buku panduan, anda juga boleh melihat sticker Octane Rating minimum di lid penutup minyak kereta anda. Di situ pun biasanya ada di catatkan.

Secara asasnya memang lagi tinggi RON tu, maka lagi bagus minyak tu. Tapi perlu diingat, RON yang lebih tinggi tidak bermaksud ianya lebih berkuasa. Ia hanya bermaksud minyak itu lebih susah untuk dinyalakan. Dan sebenarnya, setiap engine sesebuah kereta itu direka dengan minimum octane rating nya yang tersendiri.

Jadi, paling pentingnya ialah periksa manual kereta anda, apakah nilai minimum octane rating atau RON nya. Gunalah minyak paling minimum yang dicatatkan itu. Kalau RON95 maka anda boleh guna RON95 tanpa ada sebarang masalah. Dengan menggunakan minyak RON95, anda sebenarnya dapat menjimatkan duit anda kerana ianya lebih murah.

Namun, kepada mereka yang pakai kereta yang berkuasa tinggi contohnya kereta sport seperti evo, impreza, type R, skyline dan sewaktu denganya, maka adalah sangat disarankan supaya anda gunalah minyak RON97. Walaupun harganya mahal sedikit, tapi tidak mengapalah, janji anda puas hati. Nanti boleh la anda pecut kereta dengan lancar, tanpa semput-semput. [Sumber]

Jadi, faham dah la.. nombor tu mewakili ketahanan minyak tu dalam enjin... apa-apa pun check kat manual bookkerta masing-masing itu lagi baik kan darimengikut kata orang,,. Tapi MF cuma kongsikan dari pengalaman MF sendiri... Nak jimat kena tahu cara penggunaan kenderaan yang betul... bukan sebab minyak atau sebab kereta juga kan... banyak cara nak jimat minyak yang pernah MF kongsikan DI SINI.

6Ulasan

  1. oh.yeke...tapi harganya mahal skit ..kalau menjimatkan baguslah kan...

    BalasPadam
  2. sejak tak drive ni fiza jarang amek tahu pasal kereta mahupun minyak cuma tahu minyak turun naik harga je..huhu..kena amek tahu balik nampaknya ni

    BalasPadam
  3. Wah..hebat informasi ni sis..

    BalasPadam
  4. woww! macam masuk kelas belajar minyak sekejap. baru tahu. syukran ya ^^

    BalasPadam
  5. Sejak harga minyak turun, saya memang dah mula isi ron97. cuma rupanya tak byk stesen minyak ada ron97 ni...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ