GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Berhati-hatilah Ketika Perempuan Lebih Memilih Untuk Diam!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Saat kau sudah menjadi seorang suami, 

sesekali pandanglah wajah isterimu ketika ia terlelap; itulah wajah orang yang tiada hubungan darah denganmu, tetapi tetap selalu berusaha melengkapimu.

Sesekali saat isterimu sedang bersantai, ciumlah tangannya; itulah tangan yang selalu ikhlas mengerjakan pekerjaan rumah serta membesarkan anak-anakmu, padahal sebelum akad nikah ia tak punya hutang budi terhadapmu;

Sesekali di saat isterimu sedang marah; cubalah mengerti hatinya, mungkin kemarahannya adalah satu tanda dia begitu peduli terhadap keluarganya.

Berhati-hati lah ketika isterimu lebih memilih untuk diam!!!

********************
madah yang sungguh mendalam dan berkesan... Patut rasanya sesekali kongsikan madah sebegini dengan para suami... Agar mereka cuba mengerti...bahawa wanita itu berbeza dengan lelaki... Tapi cuba dan berusaha untuk melengkapi hidup seorang lelaki... 

Fitrah manusia itulah... Allah ciptakan Hawa sebagai peneman kaum Adam... 

Renungkanlah.. 

Perempuan bukan dijadikan dari atas kepala untuk disanjung dan dipuja
Perempuan juga bukan dijadikan daripada alas kaki untuk dipijak-pijak sebagai alas kaki
tetapi perempuan dijadikan daripada tulang rusuk kiri lelaki
diciptakan dengan hati untuk disayangi
diciptakan dengan tangan untuk dilindungi
tulang rusuk kiri lelaki, bengkok sifatnya
menjadi tanggungjawab lelaki untuk meluruskannya
tidak mungkin batang yang bengkok mampu menghasilkan bayang yang lurus
akal perempuan setipis rambutnya
selalu mengikut perasaan ketika berbicara

hati perempuan serapuh kaca
mudah tersentuh dengan kata-kata
nafsu perempuan setinggi gunung
hanya keimanan mampu menghalangnya
suara perempuan gemersik bak buluh perindu
hingga menusuk, membelai di kalbu
bicara perempuan sehalus sutera
takkan jemu ketika mendengarnya
air mata perempuan mahal harganya
tanda kasih pada kekasihnya
kasih perempuan selembut salju
mampu membuat lelaki hilang arah tuju.

4Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ