Tuesday, 17 February 2015

3 Waktu Utama Menasihati Anak Mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

sumber: google images

Ada 3 waktu utama dalam menasihati anak yang diterapkan Rasulullah saw:

1. Dalam perjalanan

Hadis riwayat al-Hakim dari Ibnu Abbas r.a yg bermaksud:
“Nabi saw diberi hadiah seekor bighal oleh Kisra. Baginda menungganginya dengan tali kekang dari serabut. Baginda membawaku di belakangku. Kemudian baginda berjalan. Tidak berapa lama, baginda menoleh dan memanggil “hai anak kecil.” Jawabku, “labbaika, wahai Rasululllah.” Baginda bersabda, “jagalah agama Allah, nescaya Dia menjagamu…”

Pengajaran hadis:
ketika kita dalam perjalanan membawa anak-anak adalah saat terbaik untuk menasihat, menegur kesalahan anak-anak sebab waktu tu anak-anak kebiasaannya dalam keadaan gembira dan hati terbuka untuk menerima sebarang teguran membina dari ibubapa khasnya.. 

2. Waktu makan 
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Umar bin Abi Salamah r.a yang bermaksud:

“aku masih kecil ketika berada dalam pengawasan Rasulullah SAW. Tanganku bergerak ke sana ke mari di hadapan makanan. Lalu sabda Baginda SAW, hai anak kecil, ucapkanlah basmalah, makanlah dengan tangan kanan dan makanlah apa yang ada dihadapanmu.. sejak itu, begitulah caraku makan.”

Pengajaran hadis:
Waktu makan adalah antara waktu yang anak-anak paling agresif dan akan menunjukkan sifat & watak aslinya sehinggakan kadang-kadang sanggup berperilaku buruk dan melanggar adab sopan ketika makan. Jika ibu bapa tidak duduk makan bersama, tidak menegur, tidak membetulkan kesalahan anak-anak, akan menyebabkan anak-anak terus menerus melakukan kesalahan. Selain itu, saat makan adalah peluang terbaik (waktu berkualiti) bagi ibu bapa untuk meluangkan waktu bersama-sama anak-anak. 

3. Ketika sakit

Hadis riwayat Bukhari dari Anas r.a yang bermaksud:
“Seorang anak Yahudi yang menjadi pelayan Nabi SAW sakit. Baginda SAW datang menjenguknya. Baginda duduk di dekat kepalanya dan bersabda kepadanya, ‘masuk Islamlah engkau’. Dia meliaht ke arah bapanya yang saat itu berada di sana. Si bapa berkata, ‘turutilah Au Qasim’. Maka, dia pun masuk Islam. Nabi SAW pergi sambil berdoa, ‘segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkannya dari api neraka’.

Pengajaran hadis:
Sakit adalah nikmat yang Allah SWT beri kepada manusia hingga mampu melembut dan melunakkan hati orang dewasa yang keras, apatah lagi hati anak-anak kecil. Sakit memiliki 2 kelebihan iaitu. Pertama, fitrah kanak-kanak yang suci bersih dan kedua, sifat kelembutan hati dan jiwa. justeru, gunakan waktu anak sakit sebagai peluang untuk mendekati, menegur dan menasihati secara lembut akan kesalahan mereka. 

******************************************************************
Jom kita amalkan dan moga dipermudahkan kita untuk mendidik anak-anak kita menjadi insan kamil soleh dan solehah. 

Pengalaman MF, memang MF gunakan ketiga-tiga waktu tu sebaiknya untuk menyampaikan nasihat dan mendidik aqidah anak-anak. Walaupun anak-anak masih kecil, tapi usia si kakak 3-4 tahun itu, otaknya ibarat span... dia akan mudah menyerap apa sahaja input baik atau buruk ke dalam otaknya. Jadi, gunakan waktu-waktu berkualiti untuk nasihatkan dia secara berhemah.... 

Menasihati anak-anak perlukan pengulangan yang sangat banyak... ulanglah tanpa jemu dan penuh sabar.. Mf sendiri pun kadang hilang sabar. Jangan tegur anak ketika kita letih dan penat, sebab nanti teguran tu tak akan sampai di hati anak-anak.... Jika dia tengah agresif... biarkan dulu... pujuk dia dengan buku atau mainan... insha Allah... kita dah hilang penat, dah cool, barulah mula main dan nasihatkan dia...

Insha Allah, kena set waktu ni yang terbaik untuk diberi nasihat... Moga MF dan suami diberi KESABARAN DAN KEKUATAN untuk mendidik anak-anak solehah kami, pinjaman Ilahi ini... Allahu Rabbi..bantulah kami...mendidik amanah dari Mu sebaik mungkin... ameen.. 



Nota:
Perkongsian Ilmu Keibubapaan di atas adalah hasil tulisan rakan ex-universiti MF... iaitu perkongsian beliau dari pembacaan buku "Prophetic Parenting: Cara Nabi SAW Mendidik Anak". 

12 comments:

  1. selamat beramal untuk semua ibu bapa.

    ReplyDelete
  2. Mendidik anak mmg memerlukan kesabaran dan kebijaksanaan kan.. T kasih atas peringatan nasihat & perkongsian ini MF.

    ReplyDelete
  3. saya tertarik dgn dlm masa perjalanan ... perkongsian yg menarik .

    ReplyDelete
  4. selalu nya saya gunakan waktu makan tu untuk nasihat anak...sambil gelak2,sambil menyembur2..hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...waktu makan lebih mudah mnasihati anak2...

      Delete
  5. Perkongsian yang bermanfaat kak maria :)

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih berkongsi ilmu, Maria. Biasanya saya pun selalu menasihati anak-anak ketika santai dalam kereta dan selepas makan. Kalau sedang main-main sama dengan mereka pun, saya selalu buat perkara yang sama. Barulah mereka ada keinginan nak mendengar nasihat. Kalau tidak, aduhai.... tabah ajelah!

    ReplyDelete

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^