Thursday, 15 January 2015

Tips Ajar Anak Bercakap!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Alhamdulillah... si adik dah berusia 11 bulan... minggu depan dah nak setahun... Alhamdulillah... apa yang MF perasan... gaya cakap si adik... dia dah pandai mengajuk apa yang sahaja perkataan pendek satu suku kata... Alhamdulillah... gaya macam cepat juga nak bercakap ni... Mungkin juga anak perempuan kan...segalanya cepat... sebab tu orang kata perempuan cepat matang dari lelaki... sebab nampak dari kecil macam tu perkembangannya... 

MF dan suami juga sering melatih anak bercakap... ajar perkataan yang mudah-mudah... si kakak tiga tahun setengah memang dah lancar sangat...cuma susunan ayat je tunggang terbalik... tapi boleh la faham... memang dah macam murai dah gaya kakak bercakap... bahkan mcam orang dewasa kadang-kadang... 
sumber: google images

Ada beberapa tips yang boleh digunakan untuk galakkan anak cepat bercakap.. 
  • Mendedahkan anak anda dengan perbendaharaan kata yang luas serta kepelbagaian bahasa. Selain itu, tunjukkan minat dan ekspresi dalam ucapan anda.

  • Bercakaplah dengan bayi anda dengan cara yang universal ; melibatkan nada suara yang lebih nyaring, bercakap perlahan-lahan, dan menekankan perkataan yang penting dalam sesuatu ayat. Contohnya, “Ya, betul, ini BOLA.”. Anak-anak lebih suka mendengar lenggok bahasa yang sebegini. 

  • Galakkan anak anda ‘berceloteh’ pada usia awal (daripada lebih kurang enam bulan). Bayi yang banyak ‘berceloteh’ akan bercakap lebih awal dan mempunyai perbendaharaan kaya yang lebih banyak pada usia 18 bulan. Ini adalah kerana kita memberi reaksi positif pada bayi yang berkata “mama”, dan reaksi ini membantu bayi memahami bahawa perkataan mempunyai tujuan yang tertentu. 

  • Perlahankan / tutupkan bunyi televisyen dan bunyi-bunyi lain. Cara paling berkesan untuk mereka belajar bercakap adalah melalui interaksi secara langsung dengan anda ataupun orang lain. 

  • Bercakaplah dengan perlahan-lahan dan jelas, menggunakan perkataan yang mudah agar bayi anda dapat faham.

  • Perbakayakan bahasa mereka dengan memperkenalkan perkataan baru, kata sifat (adjektif), dan frasa-frasa yang biasa digunakan.

  • Berikan mereka masa untuk membina ayat, dan jangan cuba habiskan ayat mereka. Bergilir-gilirlah semasa bercakap, dan beri mereka peluang untuk memulakan perbualan. Mereka perlu belajar untuk mendengar di samping belajar untuk bercakap.

  • Anda perlu peka terhadap peningkatan perbendaharaan kata anak anda. Anak anda biasanya akan mengucapkan bunyi yang membawa maksud tertentu kepada mereka, bukan kepada anda. Contohnya, “ba” mungkin bermaksud susu, “uh” bangun, dan “da” mahu. Perkataan satu suku kata seperti “ba” juga boleh membawa maksud yang lebih lengkap seperti “saya mahu itu” atau “apakah benda ini?”. Lebih banyak dorongan yang anda beri kepada mereka, maka lebih banyaklah cubaan mereka untuk mengucapkan pelbagai bunyi dan perkataan baru.

  • Berilah perhatian dan sokongan sepenuhnya apabila mereka bercakap. Galakkan mereka mengulang perkataan yang anda ucapkan : “Tengok anjing tu. Sebut anjing? Bagaimana bunyi anjing? Sebut woof?” Tanyalah soalan yang tidak berakhir dengan ‘ya’ atau ‘tidak’. “Ya, anak patung ini sedih. Mengapa dia sedih?” Semasa memakaikan pakaian pada waktu pagi, lakukan aktiviti seperti menamakan anggota badan, mengira butang baju, dan meneka warna dan corak pada pakaian mereka. Semasa membeli-belah, kira sayur-sayuran bersama mereka semasa anda memasukkannya ke dalam beg plastik dan teka warnanya bersama-sama.

  • Banyakkan membaca kepada anak anda. Ia bukan sahaja akan mengayakan perbendaharaan kata anda, malah ia juga dapat memupuk minat mereka untuk membaca serta membantu meningkatkan daya konsentrasi mereka. Sekiranya anda terjumpa perkataan yang agak baru, tanyakan jika mereka tahu apa maksudnya.

  • Apabila usia mereka semakin meningkat, pastikan anda bercakap dengan mereka seperti orang dewasa. Jangan sebut perkataan seperti “asi” walaupun begitulah cara mereka menyebut “nasi”. Betulkan sebutan yang silap secara positif. Sekiranya mereka menyebut “topi” untuk ‘kopi’, ucapkan kata-kata perangsang kepada mereka (kerana mereka sebenarnya berjaya berkomunikasi apabila anda memahami maksud mereka) dengan menyebut kembali perkataan itu dengan sebutan yang betul : “Ya, betul. Ini KOPI.”

Tak perlu risau anak lambat bercakap...cuma kerapkan latihan bercakap dengan dia.. nanti dah pandai bercakap...memang non-stop pula... bingit telinga dia bercakap... tambah jenis kakak yang banyak soalan yang tak pernah berhenti... hehe.. layankan aje.. jawab je.. janji jawab... 

9 comments:

  1. singgah sini ye . jom join segmen shahril yang terbaru .

    http://muhammadshahril97.blogspot.com/2015/01/segmen-jom-masuk-ke-bloglist-shahril.html

    ReplyDelete
  2. boleh kongsikan dengan akak acik nie..terima kasih ilmu yang sangat berguna

    ReplyDelete
  3. tima kasih

    ank saya dh 5 bulan
    x sabar nya nk tunggu permata hati blh cakap.ada kawan nyembang.. seronok layan anak anak tadika dulu.pot pet aje..
    itu anak anak tadika.saya dh teruja, kalau anak sndiri.. subhanallah :)

    ReplyDelete
  4. ank sy 1y9m, dh pndi la sikit2 perkataan, tp dh phm da ape2 kalo kite suruh walaupon dia xreti sebut hehe

    ReplyDelete
  5. Anak sue yg 10 bln ni pun suka sgt bercakap skrg ni. Kalo dgr azan atau bacaan ayat quran dia pun sama naik bercakap dah mcm bertih jagung walaupun sue x faham apa dia ckp ^^

    ReplyDelete
  6. setuju,.. sedang melatih irine untuk bercakap.. dengan syarat kita pon kena laaa rajin2 cakap dengan dia ye takk.. penat jugakk sebab kengkadg bukan dia paham sangat pon kita cakap apa.. yg penting tak give up.. hehe

    ReplyDelete
  7. bagus teruskan latihan bercakap tu lama lama mesti cepat belajar kan

    ReplyDelete
  8. Perkongsian yg bagus dan sgt bermanfaat... sgt positif..

    ReplyDelete

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^