GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Rotan Anak Adalah Kesalahan Jenayah!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Isu yang hangat diperkatakan... pasal rotan.. ramai juga yang beri komen negatif dengan isu ni... Namun, ada juga yang pandang positif dan tak mudah melatah dengan isu ni...

Dah macam kat Sweden kes pasangan yang dipenjara kerana merotan anak yang tidak solat. 

Ramai melenting isu ni, sebabnya nampak kata rotan tu jadi jenayah... sebab secara dasar orang nampak isu ni... rotan tu satu kesalahan jenayah..sebab baca tajuk je kan... Tapi sebenarnya mesti ada ciri-ciri atau syarat-syarat tertentu untuk klasifikasikannya sebagai satu kesalahan jenayah. Dan belum ada lagi penyataan mengatakan menyimpan rotan itu satu kesalahan jenayah kan... dan belum keluar lagi kenyataan tentang pengharaman jualan rotan... Kita suka sangat melenting dan cepat melatahkan.. hmmm.... 

Pendapat MF, rotan dengan asas mendidik dan kena gayanya... yang tak meninggalkan bekas...itu adalah sunnah. Sebagai mana yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w ialah merotan dari paras pinggang ke bawah... Jika merotan sampai nampak lebam... rotan atas dari paras pinggang... memang satu kesalahan jenayah la tu...sebab ianya mendera, bukan mendidik... 


Merotan biar kena caranya... jika salah cara memang bawa mudharat... 

Rotan memang satu sunnah... Sunnah nya menggantung rotan di rumah... tapi tak bermakna ibu bapa boleh gunakan rotan sesuka hati saja... 

Rotan memang sunnah jika digunakan secara berhemah untuk mendidik... Tapi ianya satu jenayah jika digunakan untuk menghukum... 

Apa-apa pun.. Akta ni belum diputuskan.. Hanya cadangan... Ramai juga pihak minta kaji semula cadangan ni.. Fikirkan pro dan kontra nya... Jangan mudah melatah... Cuma doakan ianya tak jadi realiti di Malaysia seperti mana akta ni dijalankan di Sweden dulu... 

Baca juga: 

9Ulasan

  1. Assalam...

    itulah kan, tak terkata nengok kenyataan tuh... skrg cikgu rotan murid tak blh, mak pak nk rotan anak pun dh tak boleh... apa lah nk jd kt anak2 tuh nnti...

    jgn esok lusa ada mak pak kene dera dek anak2 udahla...

    BalasPadam
  2. Generasi terdahulu, rotan anak adalah perkara biasa dalam mendidik anak. Sekarang ni, bila dah konon dah moden sangat ni, merotan anak tu dianggap sebagai cara yang salah. Padahal, melalui rotan ni jugak mampu mendedahkan anak-anak dengan realiti kehidupan sebenar yang apabila dewasa sangat mencabar dan keras, jauh lebih keras dari sebatan rotan yang mak ayah berikan.

    BalasPadam
  3. harap ianya tak diputuskan untuk dilaksanakan..

    BalasPadam
  4. saya pun rotan anak jugak..tapi untuk kesalahan2 berat je..tu pun tak de la sampai rotan berdarah2..berbirat kat kaki je..hahaha..

    BalasPadam
  5. saya setuju..cuma tajuk yg digunakan oleh media menampakkan seolah2 akta itu sememangnya kejam

    BalasPadam
  6. Harap tak adalah akta sampai mcm Sweden tu..teruk Sgt dah tu..

    BalasPadam
  7. Betul.. saya setuju. Boleh guna rotan cuba ada caranya. Do's and dont's.

    BalasPadam
  8. Ramai ikut emosi... termasuklah dengan Sha... haha

    BalasPadam
  9. Betul tu,rotan tu perlu utk mendidik..xperlu ikut Sweden sgt le ..hehe

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ