GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Memahami Bahasa Tubuh Lelaki!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Lelaki tak banyak cakap..terutama yang jenis pendiam dan lepas kahwin... Bahkan...ada lelaki, masa bercinta banyak cakap dan rajin bercakap...tapi jadi pendiam lepas kahwin... Pening kepala dan huru-hara rumah tangga kalau isteri tak dapat nak faham lelaki... Lelaki pendiam banyak berkomunikasi dengan bahasa tubuh atau body language... Jadi, jom memahami bahasa tubuh lelaki supaya tak berlaku misscommunication...

Memahami Bahasa Tubuh Lelaki!

Memahami Bahasa Tubuh Lelaki!


Anggukan kepala

Apabila lelaki menganggukkan kepalanya ketika sedang berbual-bual dengan anda membuktikan lelaki itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri anda. Dia juga jenis yang ringan tulang membantu dan ada di samping anda apabila diperlukan.

Dekatkan badan

Lelaki yang suka mendekatkan badannya dengan diri anda apabila sedang berbual adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan.

Merenung

Lelaki ini adalah jenis suka meminta-minta kerana dia mahu mengetahui apa yang anda boleh tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.

Menggerakkan tangan  dan badan

Lelaki ini memberangsangkan, bertanggungjawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Mereka beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta. Oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.

Suka berdiri

Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan pantang mengalah.

Memandang mata

Ini adalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak kira bagaimana rapatnya hubungannya dengan orang tersebut.

Meniru gerak

Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Dia mudah dibawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah.

Diam ketika marah

Lelaki lebih banyak diam ketika marah..berbanding wanita yang membebel bagi melepaskan marahnya... 
Sumber: Mingguan Wanita

5Ulasan

  1. Sy X sure kalau semua ni betul mcm husband sy.. Tp yg pasti lelaki mmg jarang tunjuk emosi.. Termasuk rasa marah..

    BalasPadam
  2. hehehe tak pernah meneliti tapi lepas ni boleh cuba.. test kat ayah dulu hehe

    BalasPadam
  3. lelaki mmg susah nak tunjuk emosi sebenar..tp lama kelamaan kita akan faham perangai hubby kita ;)

    BalasPadam
  4. hehe...bab kurang bercakap lepas kahwin saya setuju
    kebanyakkan lelaki begitu

    BalasPadam
  5. Saya harap saya dapat seorang lelaki yang selalu bersabar Dan bertanggungjawab..Amin..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ