بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

sumber: google images

Lelaki tak banyak cakap..terutama yang jenis pendiam dan lepas kahwin... Bahkan...ada lelaki, masa bercinta banyak cakap dan rajin bercakap...tapi jadi pendiam lepas kahwin... Pening kepala dan huru-hara rumah tangga kalau isteri tak dapat nak faham lelaki... Lelaki pendiam banyak berkomunikasi dengan bahasa tubuh atau body language... Jadi, jom memahami bahasa tubuh lelaki supaya tak berlaku misscommunication...

Anggukan kepala
Apabila lelaki menganggukkan kepalanya ketika sedang berbual-bual dengan anda membuktikan lelaki itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri anda. Dia juga jenis yang ringan tulang membantu dan ada di samping anda apabila diperlukan.

Dekatkan badan
Lelaki yang suka mendekatkan badannya dengan diri anda apabila sedang berbual adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan.

Merenung
Lelaki ini adalah jenis suka meminta-minta kerana dia mahu mengetahui apa yang anda boleh tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.

Menggerakkan tangan  dan badan
Lelaki ini memberangsangkan, bertanggungjawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Mereka beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta. Oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.

Suka berdiri
Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan pantang mengalah.

Memandang mata
Ini adalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak kira bagaimana rapatnya hubungannya dengan orang tersebut.

Meniru gerak
Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Dia mudah dibawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah.

Diam ketika marah
Lelaki lebih banyak diam ketika marah..berbanding wanita yang membebel bagi melepaskan marahnya... 

5 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. Sy X sure kalau semua ni betul mcm husband sy.. Tp yg pasti lelaki mmg jarang tunjuk emosi.. Termasuk rasa marah..

    BalasPadam
  2. secara umumnya, semuanya betul huhuhu

    BalasPadam
  3. hehehe tak pernah meneliti tapi lepas ni boleh cuba.. test kat ayah dulu hehe

    BalasPadam
  4. lelaki mmg susah nak tunjuk emosi sebenar..tp lama kelamaan kita akan faham perangai hubby kita ;)

    BalasPadam
  5. hehe...bab kurang bercakap lepas kahwin saya setuju
    kebanyakkan lelaki begitu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama