GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kisah Teladan: Tradisi Membuang Orang yang Sudah Tua Ke Hutan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



SIFAT SEBAHAGIAN UMAT
MENGHUMBAN IBU
SYAITAN KETAKUTAN
HAIWAN PUN HAIRAN

Dikatakan di Jepun dulu pernah ada tradisi membuang orang yang sudah tua ke hutan. Dan ada juga organ mereka diambil untuk kegunaan perubatan..

Mereka yang dibuang adalah orang tua yang sudah tidak berdaya, agar tidak membebankan kehidupan anak-anak..

Pada suatu hari, ada seorang pemuda yang berniat membuang ibunya ke hutan kerana si Ibu telah lumpuh dan agak nyanyuk. Si pemuda ini bergegas menyusuri hutan sambil menggendong ibunya.
Si Ibu yang kelihatan tak berdaya, berusaha mencapai setiap ranting pohon yang mampu diraihnya lalu mematahkannya dan menaburkannya di sepanjang jalan yang mereka lalui.

Sesampai di dalam hutan yang tebal, si anak menurunkan ibunya dan mengucapkan kata perpisahan sambil berusaha menahan sedih kerana ternyata dia tidak menyangka terpaksa melakukan perbuatan ini terhadap Ibunya.

Si ibu yang tak terdaya tadi masih tenang.. Dalam senyumnya, dia berkata,
"Anakku, Ibu sangat menyayangimu. Sejak kau kecil sampai dewasa, Ibu selalu merawatmu dengan segenap cintaku.

Bahkan sampai hari ini, rasa sayangku tidak berkurang sedikitpun. Tadi Ibu sudah menandai sepanjang jalan yang kita lalui dengan ranting-ranting kayu.

Ibu takut kau tersesat. Ikutilah tanda itu agar kau selamat sampai di rumah."

Setelah mendengar kata-kata tersebut, si anak menangis dengan sangat sebak dan sayu. Kemudian terus memeluk ibunya dan kembali menggendongnya pulang ke rumah.

Pemuda tersebut akhirnya merawat Ibu yang sangat mengasihinya sampai Ibunya meninggal.


Tradisi Membuang Orang yang Sudah Tua Ke Hutan
Sumber: google images


Pengajaran

Sahabatku semua,
Renungilah..
"Orang tua" bukanlah barangan lusuh yang boleh dibuang atau diabaikan setelah terlihat tidak berdaya.

Kerana pada saat kita berjaya atau saat kita dalam keadaan susah, hanya 'orangtua' yang mengerti kita dan batinnya akan menderita jika kita susah.

"Orang tua" tidak pernah meninggalkan kita, macamanapun keadaan kita. Walaupun kita pernah kurang ajar kepada mereka.

Namun Ibu dan ayah kita akan tetap mengasihi kita. Mulai sekarang, mari kita lebih mengasihi orangtua kita selagi mereka masih hidup.

I LOVE YOU PAPA & MAMA

"HORMATILAH ORANG TUAMU, KERANA ITU MASA DEPANMU; 
SAYANGILAH ANAK KECIL KERANA ITU MASA SILAMMU."

7Ulasan

  1. their love for us is endless.. semoga kita tak masuk dalam golongan yang lupa daratan dan derhaka. mari kita brusaha jadi golongan yang sama sama dapat berpimpin tangan menuju jannah..

    BalasPadam
  2. Pernah bc cerita ni kat blog sape tah.. Sedih betul.. Tp nak ambil teladan saje lah.. Tanggang moden mmg ramai skrg ni

    BalasPadam
  3. Astagfirullah... tak terkata bila tengok ada anak2 yg sanggup buat mcm ni...

    BalasPadam
  4. betullah cikgu
    touching baca cite ni walau saya dah penah baca
    message yang cuba disampaikan sangat mendalam

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ