GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

KIsah Teladan: Akibat Karaoke!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Perkongsian daripada seorang sahabat 

Aku dah pernah ceritakan dulu kisah karaoke. Tapi, mungkin ramai kawan baru yang belum pernah baca. Jadi, aku tuliskan di sini sekali lagi untuk tatapan.

Masa aku di tahun akhir ijazah, masa tu memang dah dekat dengan final exam.

Bidang aku ambik ni bidang agama. Jadi, memang kena hafal Al-Quran. Di tahun akhir, 8 juzuk Al-Quran akan ditanya ketika ujian lisan dan bertulis. Sebab nak exam, aku pun pulunlah hafal-hafal sampai ingat. Dalam kepala, memang dah ingat. Memang untuk subjek Al-Quran, markah aku dapat tak rendah dari B. Kalau tak dapat B, dapat A. Bukan nak riak, nak cerita kan ni.

Nak dijadikan cerita, suatu hari kawan ajak pergi karaoke. Saja nak release tension. Aku bukan biasa pergi tempat-tempat gitu. Tapi, sebab perasaan nak tahu, gila-gila remaja, oklah pergilah. Sampai situ, aku tak karok pun. Kawan je duk layan kepala. Dia pass mic pun aku tolak, segan pula. Kalau aku nyanyi, kang terlampau merdu lak. Huhu. So, aku dengar sajalah.

Habislah sesi berkarok. Aku pun balik hostel. Macam biasa, aku bila balik hostel, aku studylah. Nak exam, kan. Aku pun cuba panaskan balik hafalan aku.

Tiba-tiba, aku terkejut bila, dari 8 juzuk yang aku hafal, salah satu juzuk, hilang terus dari kepala aku. Tak ingat. Langsung tak ingat. Gelabahlah exam dah nak dekat.

Terpaksalah hafal balik satu persatu, juzuk yang hilang dari kepala tu. Satu juzuk sama dengan 20 muka surat Al-Quran.

Tak pernah aku kena macam tu. Kalau tak ingat pun, tak ingat semuka surat ke, separuh ayat ke, itu biasa. Ni tak, tak ingat satu juzuk terus. Macam nak nangis hafal balik.

Maknanya, masuk saja ke tempat macam tu. Allah tak reda. Hati jadi kotor. Walaupun tak nyanyi. Sebab aku masuk dengan hati reda dengan segala bunyi-bunyian dalam tu. Segala jenis maksiat yang aku tak nampak dalam tu. Aku tahu ada pasangan couple masuk dalam tu berpelukan bagai dalam bilik tertutup, tapi aku buat tak tau. Maksudnya, hati aku tak kisah.

Natijahnya, Allah bayar cash. Nur Al-Quran tidak akan bersama-sama dengan lubuk kegelapan yang kita sendiri reda dan cari.

Selama-lamanya, hak dan bathil tidak akan bersatu.

Kalau nak diri diterangi cahaya Al-Quran, nak hati terang-benderang, jauhi apa yang Allah larang. Satu saja persoalan aku pada korang yang suka ke tempat karaoke tu,

"Malaikat masuk tak tempat macam tu?"

Malaikat pencatat amalan saja yang sentiasa ada. Sebelah kiri setia mencatit. Sebelah kanan menggelengkan kepala.

Jadikan kisah aku ni sebagai panduan untuk korang. Benda nampak remeh. Cerita ni boleh digelakkan je, tapi ni berlaku betul-betul pada diri aku sendiri.

Renungan, itulah hati..tak kan mudah bercampur dengan maksiat..satu maksiat akan ada satu titik hitam di hati... dan titik itu akan memadamkan kebaikan yang ada... 

Al-Quran tidak akan lekat di hati orang-orang yang tidak mampu untuk menjaganya sebaik mungkin, maka beruntunglah mereka yang menghafal, menghayati serta mengamalkan isi al-quran tersebut… 

Jadikanlah tujuan dan matlamat disebalik menghafal al-Qur’an semata-mata hanya kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah, (Ikhlas) serta hadirkan dalam hati bahawa apa yang dibaca itu adalah kalam Allah. Jauhilah dari menghafal al-Qur’an untuk mendapatkan kedudukan disisi manusia (dipuji) ataupun untuk mendapatkan habuan dunia. Lupa hafalan al-Qur’an adalah antara musibah yang besar. Sebenarnya hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang dapat menghafal al-quran. 

Imam Syafie Rahimahullah yang terkenal dengan cepat hafalannya pun pernah mengadu kepada gurunya Waqi’ Rahimahullah bahawa suatu hari dia terasa amat sukar untuk menghafal, lalu gurunya menunjukkan kepadanya satu bentuk rawatan yang tegas iaitu dengan meninggalkan perkara-perkara maksiat dan membersihkan hatinya dari semua perkara yang menghalang dari tuhannya. al-Quran adalah cahaya . Cahaya Allah tidak dapat bersama dengan perkara kemaksiatan. [1]

sama-sama kita ambil iktibar dan pengajaran...

6Ulasan

  1. Elok di kongsi kat fb nih..:)..ramai jugak kawan2 kaki karok.

    BalasPadam
  2. huuurm.. sama sama amek iktibar dan pengajaran..
    thank you kongsi cerita supaya ada pihak yang boleh ambil jadikan panduan..

    BalasPadam
  3. sib baik aida and mr.asben x gemar karoks.
    ada frens yg addicted to karoks ni hu hu hu

    BalasPadam
  4. teringat kisah dalam Tanah Kubur
    Nauzubillah. Moga-moga kita dijauhkan daripada dimurkai Allah. amiin

    BalasPadam
  5. Menjadi peringatan buat diri sendiri & perkongsian yg baik utk renungan semua... subhanallah...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ