Saturday, 10 January 2015

Jom Undi: Wajarkah Pelajar Bawa Telefon Bimbit Ke Sekolah???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Baru-baru timbul semula isu pelajar bawa telefon bimbit ke sekolah... Ada pihak yang minta pihak Kementerian Pendidikan Malaysia kaji semula larangan pelajar bawa telefon bimbit ke sekolah...

Ada pihak bersetuju dan ada pihak tak setuju... Masing-masing ada pendapat kewajaran pelajar dibenarkan bawa telefon bimbit ke sekolah...


Dan setakat ini... Kementerian Pendidikan Malaysia ada membuat undian terbuka di Portal KPM... Jadi, sesiapa sahaja yang melawat portal tersebut boleh mengundi... Dan setakat hari ni yang MF printscreen ni... Majoriti bersetuju pelajar dibenarkan bawa telefon bimbit ke sekolah...

Jadi... Sementara undian masih dibuka... Jom kita mengundi... Sama ada setuju ke tak... Tak kisah anda sebagai ibu bapa, orang awam ataupun sesiapa... Jom kita undi. Keputusan nanti tak pasti la berasakan undian ini ataupun mungkin akan dibincangkan semula oleh pihak yang terbabit... Namun, harapan MF semoga undian ini sedikit sebanyak boleh membantu keputusan muktamad yang akan dibuat nanti...

JOM UNDI DI SINI!!!


Nota: Pendapat MF, MF pasti undi tak setuju sebab sebagai guru, pasti akan menambah bebanan guru... Terutama guru disiplin... Mungkin akan bertambah kes sosial dan tak terkecuali kes dan gejala selfie yang melampau di sekolah.  

MF setuju jika telefon tu ialah telefon Nokia 3310 yang hanya ada fungsi call dan meseg sahaja! 

13 comments:

  1. Kalau bawa fon ke sekolah, dikhuatiri akan mengganggu kosentrasi pelajar tu sendiri ketika berada di kelas. Unless kalau dah urgent sangat, boleh kottt. Hmmm :)

    ReplyDelete
  2. Tidak setuju kan. Sbb pasti akan mendatangkan lebih banyak keburukan dari kebaikan nanti. Kalau student guna untuk kecemasan, okay je kan.

    ReplyDelete
  3. xsetuju! zman timm dlu xboleh bwak phone di sekolah,dduk asrma pulak tu..ok jer xde henfon..

    ReplyDelete
  4. Setuju jika boleh call dan mesej sbb kdg2 parents bekerja yg nak ambik anak lewat ke perlu telefon ank diaorang kan..

    ReplyDelete
  5. Betul tu Cikgu.

    Tak perlu bawa henfon. Guna fon sekolah je atau public fon kat sekolah.

    ReplyDelete
  6. Mungkin kena buat peraturan.. telefon bimbit di letak di satu corner sebelum start kelas. hanya boleh guna lepas sekolah? Tapi betul jugak tu maria.. agar sukar nak control. Apapun i oso vote no HP please.

    ReplyDelete
  7. setuju kalau henpon tu xde kamera..hihi.. mase anis skolah dulu pernah terbawak henpon kat sekolah.. gelabah nak tunggu waktu balik.. boleh plak masukkan henpon dalam beg.. huhu.. tu la last "bawak" henpon..okeee anis nak undi sat :)

    ReplyDelete
  8. Saya dah vote jugak, kak. Ramai yang tak setuju, hehe. Saya pun nak bagi pandangan sikit la. Saya pun tak bersetuju sekiranya handphone dibawa ke sekolah. Sejujurnya, saya pun pernah bawa handphone ke sekolah dengan tujuan nak call ummi bila tamat waktu sekolah. Itu sahaja. Handphone memang ada perlunya bila nak buat emergancy call. Selebihnya, handphone berpotensi menganggu pembelajaran murid, dan berlakunya kes kecurian. Boleh disimpulkan disini, handphone membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. Hehe, dah buat karangan pulak. :)

    ReplyDelete
  9. malas nak undi huwahuwa
    sebagai cikgu MEMANG SGT TIDAK BERSETUJU!
    dieorg tak duk sekolah mana tahu apa2 yg berlaku di sek...nak suurh bawak buku pon kdg buku netah ke mana2..mcm mana anak2 nak fokus..
    hambik bebel plok doh hahaaha geram!

    ReplyDelete
  10. penting juga bawa dalam dunia skarang yanv bahaya tp yes kalo telepon biasa tu saja. untuk call kalau urgent. kalo bawa henpon memahal bebudak semua nak menunjuk aje.

    ReplyDelete
  11. klau dah sekolh pun x de public phone dah camne tu

    ReplyDelete

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^